Tuesday, January 31, 2012

Bila Cinta Bertamu Episod 5

Perkenalan Halim dan Faiza sudah mencecah hampir setahun. Namun, mereka tidak pernah mengenali dan melihat wajah masing-masing. Bagi Faiza, Halim adalah rakan mayanya dan Halim pula tidak mahu dirinya diketahui oleh Faiza walaupun dia sebaliknya. Namun, hubungan mereka semakin rapat dan Halim dapat merasakan keserasian yang ada antara mereka. Bagi Faiza, walaupun Faiz sudah tidak menghubunginya, dia tetap setia. Apabila dia menghadapi masalah dan memerlukan pendapat, Faiz adalah orang kedua yang ditanya selepas abangnya. Namun, kebanyakannya tidak mendapat respon seperti yang diharapkan daripada Faiz. Lantas, Halim menjadi sumber seterusnya untuk dia bertanya. Sikap matang Halim begitu disenangi oleh Faiza.

anoy_ziedax: Em Faiza, saya nak tanya satu soalan yang bersifat peribadi boleh tak?

teratai_ija: Eh, tanya lah. Selagi tidak terlalu peribadi, apa salahnya..

anoy_ziedax: Umur awak sekarang dah mencecah 26 tahun. Awak tak ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga? Atau belum bersedia?

teratai_ija: Wah, soalan yang memang bersifat peribadi. Em, saya sudah lama ada perancangan untuk berkahwin. Rasanya dari sekolah menengah lagi. Haha..

anoy_ziedax: Ija, saya serius ni.....

teratai_ija: Oh, serius ya? Maaf... Em, umur memang dah lanjut, perancangan memang dah ada. Tapi keadaan masih tidak mengizinkan. Saya baru sahaj setahun bekerja. Masih ada perkara penting lagi yang perlu saya lakukan.

anoy_ziedax: Oh, tapi macam mana kalau ada yang datang melamar awak? Awak terima?

teratai_ija: Buat masa ini, mungkin saya katakan tidak. Lagipun, saya sebenarnya sudah ada teman dan masih setia pada dia.

Tiba-tiba rasa tersentak hati Halim membaca ayat terakhir itu. Rupanya dia sudah berteman. Selama ini aku mengganggu ke? Soal Halim dalam hati.

anoy_ziedax: Oh, begitu....

teratai_ija: Ya begitu... Awak pula? Rasanya umur awak juga sudah sesuai untuk berumah tangga bagi seorang lelaki. Lagipun, awak juga sudah bekerjaya. Abang saya juga sama umur dengan awak dan sudah pun memiliki cahaya mata.

anoy_ziedax: Saya masih mencari calon yang sesuai.

teratai_ija: Bukan di sana ada ramai calon? Awak pilih sahaja sesiapa yang awak kehendaki.

anoy_ziedax: Memang ramai di sini, tapi Allah tidak buka hati saya untuk memilih mereka. Em, Faiza, saya kena pergi dulu. Ada perkara yang perlu diselesaikan. Assalamualaikum..

Serta merta Ziedax menutup talian mayanya. Faiza berasa hairan dengan tingkah Ziedax yang tiba-tiba menutup talian padahal sebelumnya tidak. Faiza? Tiba-tiba nama itu juga menjadi tanda tanya yang terserap di minda. Bagaimana dia tahu nama aku? Sedangkan selama ini tidak pernah nama itu disebut mahupun daripada dia ataupun Faiza sendiri. Siapa dia sebenarnya?

Sambungan Episod 6






Monday, January 30, 2012

Bila Cinta Bertamu Episod 4

"Tahniah Ija atas konvokesyen yang lepas. Maaflah, tak ada bunga la nak bagi. Pospone dulu ye hadiah konvokesyen tu," sapa Liza, kawan rapat Faiza semasa sekolah menengah.

"Terima kasih Liza. Boleh pula nak tunda ke hadiah tu? Entah-entah nanti terus lupa,"

"Aku tunggu majlis kahwin kau nanti. Waktu tu, kira hadiah 2 dalam 1 la ye. Kahwin dan konvokesyen sekali," jawab Liza mengenakan Faiza.

Seketika Faiza teringat pada Faiz yang sudah lama menyepikan diri. Malah, waktu konvokesyen juga hanya ucapan tahniah SMS sahaja yang diterima. Hampir 4 bulan Faiz seperti dingin dengannya. Pesanan ringkas juga hany dibalas jika Faiza yang memulakan.

"Saya terfikir sesuatu tentang hubungan kita. Jarak kita yang jauh ini pasti menyukarkan kita pada masa hadapan lebih-lebih lagi setelah berkahwin," mesej yang diterima Faiza selepas 4 bulan menghabiskan pengajiannya.

"Em, kenapa baru sekarang mempersoalkan perkara ini? Kenapa dulu awak yakinkan saya yang perkara ini tidak akan timbul?" soal Faiza yang tidak puas hati atas alasan yang diberi oleh Faiz.

"Itu dahulu. Sekarang kita perlu tengok pada masa hadapan." jawab Faiz semula.

Perkara itu akhirnya selesai dengan tiada kata putus dari kedua belah pihak. Perkara itu akhirnya menjadi isu yang berulang kali dipersoalkan oleh Faiz sehingga Faiza menjadi kurang yakin pada hubungan dan kepercayaan yang diberi sepenuhnya kepasa Faiz. Baginya, bukan mudah dia menerima orang lain dalam hatinya, dan sekali dia menerima, dia akan terus setia. Namun, isu jarak yang diungkit mula menghakis rasa yakin pada Faiz.

"Ija, ija. Kau ni, orang bercakap, dia mengelamun pula." Tersedar Faiza daripada lamunan. Kasihan pula pada rakannya yang semangat bercerita padahal dia sendiri hanya memberi telinga tanpa mendengar.

"Maaf ye Lizaku sayang," pujuk Faiza setelah melihat Liza mendiamkan diri.

Hari itu, mereka menghabiskan masa bersama sambil bercerita kisah-kisah lama. Sudah hampir 4 tahun tidak berjumpa, akhirnya mereka dipertemukan untuk berkerja di bawah bumbung yang sama. Terasa kecil sungguh dunia dan pastinya itu adalah perancangan Allah.

Sambungan Episod 5

Friday, January 27, 2012

Karikatur ke?? ^_^



Bismillah. Hari ni adalah penghulu segala hari. Hari yang paling disukai oleh kebanyakan orang. Sebab esok cuti!! Esok, seorang rakan akan melansungkan perkahwinan bersama bakal suaminya. Dan apa yang pasti, saya tidak dapat untuk menghadiri majlis beliau atas jarak yang tidak mengizinkan...huhu. Hanya doa yang mampu kukirimkan..^_^

Cadangnya, ingin memberi hadiah melalui pos sahaja. Tapi pastinya, memilih hadiah untuk majlis perkahwinan ni susah juga rasanya. Teringat pula kali pertama menghadiahkan hadiah yang dilukis sendiri untuk perkahwinan adik teman di Selangor. Pada mulanya, memang buntu memikirkan hadiah yang ingin diberi. Setelah membuat 'research', (wa, research gitu, haha) akhirnya, saya membuat keputusan untuk melukis karikatur mereka. Oleh sebab ini adalah cubaan melukis yang kedua, maka hasilnya memang tidak begitu 'indah'. Tapi saya amat berpuas hati sebab dapat menghadiahkan sesuatu yang saya hasilkan sendiri. Ikhlas dari hatiku ini..^_^

Em, mungkin akan cuba untuk melukis lagi untuk majlis perkahwinan teman yang lain...!!!


tadaa...haha. maaflah ye Nadia, tak cantik..:D tapi tetap nak bagi juga..hehe.
semoga Nadia dan Ikmal bahagia hingga ke syurga. Amin...

Thursday, January 26, 2012

Bila Cinta Bertamu Episod 3

anoy_ziedax: Assalamualaikum. Apa khabar? Harap sihat sahaja di samping keluarga tersayang.

teratai_ija : Waalaikumsalam. Saya sihat alhamdulillah. Awak pula apa khabar?

anoy_ziedax: Saya juga sihat alhamdulillah. Macam mana dengan cuti di kampung? Seronok tak? Keluarga semua sihat?

teratai_ija : Baru je sampai petang tadi, tak terasa lagi cuti di kampung ni. Keluarga semua sihat. Ziedax sekarang ada kat mana?

anoy_ziedax: Eh, saya terlupa awak baru je sampai. Sekarang ada di depan komputer sedang menaip...........(gurau je) Sekarang saya masih di Kuala Lumpur.

teratai_ija : oo..selamat menjalankan tugas ya. Em, saya kena pergi dulu. Maklumlah, dah lama tak balik. Nak habiskan malam ni dengan keluarga pula.

anoy_ziedax: Ow maaf mengganggu. Selamat menghabiskan masa cuti ya. Assalamualaikum.

teratai_ija : Terima kasih. Waalaikumsalam.

Halim sengaja membiarkan laman Yahoo Messenger terpapar sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Sesekali matanya melirik pada nama 'teratai_ija' yang sudah hampir 3 bulan menjadi rakan bualnya di internet. Alamat emel yang disalin daripada keratan akhbar hari raya yang lepas membawa dia kepada insan yang selama ini bermain dalam fikirannya sejak bulan ramadan yang lalu. Sekarang, dia sudah pasti siapa insan yang bernama Faiza ini yang sebenarnya. Terukir senyuman di bibir Halim sebelum dia meninggalkan kerusinya.

"Mohd Saiful Halim bin Hafizi. Aku nak tanya sesuatu boleh tak?" tegur Kamal apabila melihat kelibat Halim keluar daripada bilik.

"Hah, tanya apa wahai Kamal bin Arifin? Sejak bila kau pandai mintak kebenaran untuk bertanya ni?" ejek Halim.

"Eh, kau ni. Aku yang nak tanya, kau bagi aku soalan buat apa? Ni, sejak kebelakangan ni, aku tengok kau bukan main lagi dengan lappy kau tu. Bangun tidur, balik kerja, terus bukak komputer. Kau tengok apa kat internet? Main saham ke?" tanya Kamal yang menyedari perubahan sikap rakan serumahnya itu.

"Yeke? Aku tak perasan pun. Takkan kau cemburu kot kat komputer aku bila tengok aku tak ada masa nak lepak dengan kau." Sengih Halim mendengar soalan daripada Kamal.

"Amboi kau ni Halim. Rasanya kau cakap ni macam bukan jawapan yang aku minta je. Kerja wartawan, tapi nak menjawab soalan pun tak tepat," geram Kamal bila jawapan Halim tidak seperti yang diharapkan.

"Haha.. Alamak marah ke kawan. Aku mana ada main saham. Kebelakangan ni, banyak berita yang aku dapat, jadi banyak perkara lah yang aku kena taip. Takkan nak menaip dengan periuk nasi kot kan?" jawab Halim.

"Yalah tu, memang tak boleh dipercayai. Entah-entah sibuk berchatting dengan awek. Dahlah, malaslah nak tanya kau ni." Halim hanya tersengih meninggalkan Kamal. Namun, hatinya membenarkan apa yang diperkatakan Kamal. Setiap hari dia tidak ketinggalan untuk menyemak peti masuk emel dan mengharapkan ada pesanan dari seorang insan yang ditunggu. Memang terasa sedikit perubahan yang dia alami.

Namun, Halim tidak pernah berhenti meminta petunjuk daripada Pemberi anugerah perasaan itu kepadanya...

sambungan Episod 4

Wednesday, January 25, 2012

Bila Hati Bertamu Episod 2

3 bulan kemudian...

"Tak lama lagi, ujian tiba. Sem ni, siapa yang dapat pointer tinggi mesti belanja orang yang dapat pointer rendah tau," cadang Faiz pada Faiza.

"Eh, tak adil macam tu. Kalau macam tu, tak nak lah belajar. Nanti terpaksa keluar duit pula nak belanja orang," ejek Faiza.

Perkenalannya dengan Faiz amat tidak dijangka. Selama ini hati Faiza menolak kehadiran mana-mana lelaki dalam hatinya. Ini semua kerana kisah lamanya yang terasa begitu membuang masa walaupun hanya 3 bulan menjalinkan hubungan dengan teman lamanya. Entah mengapa, jejaka yang berasal dari Pahang itu dapat diterima walaupun sudah menetapkan hati untuk tidak menerima orang lebih-lebih lagi yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Mungkin atas kematangan yang ditunjukkan oleh jejaka yang lebih tua daripadanya itu membuatkan hati Faiza terasa untuk mencuba hubungan yang pastinya memberi banyak cabaran terutama sekali pada masa akan datang.

"Ma rasa, boleh ke Faiza teruskan hubungan dengan Faiz ma?" tanya Faiza sebelum menerima Faiz dalam hatinya.

"Ma tak kisah nak, asalkan anak ma bahagia. Ija pun dah besar, boleh tahu dan kawal keadaan kan? Ma taknak jadi macam Ija dengan Zamri dulu." Mak Tijah berpesan pada satu-satunya anak perempuan yang dimiliki. Bagi Faiza, segala kisah hidup yang dilalui pasti akan dikongsi bersama ibunya. Ibunya adalah sahabat paling rapat yang dia miliki. Atas kebenaran dan pesanan ibunya itu, Faiza berani untuk membuka hatinya buat Faiz.

Kehidupan sebagai pelajar berlalu dengan begitu pantas. Minggu peperiksaan terakhir bagi Faiza juga sudah berlalu. Tinggal seminggu sahaja lagi Faiza akan balik ke kampung halaman menikmati cuti sem yang bakal tiba.

"Kak, semalam saya jumpa gambar akak dalam surat khabar. Tapi surat khabar tu masa hari raya dulu. Akak ada bagi ucapan raya kan? Tengah belek-belek terkejut tengok muka akak." tegur Suraya yang kebetulan berjumpa dengan Faiza.

"Ade ke Su? Akak dari dulu lagi tunggu bila keluar part akak tu. Masa hari raya tu, akak beli tiap hari tapi tak ada. Ingatkan ucapan akak tu tak diterima media. Haha.. Akak nak tengoklah nanti. Nanti bagi ye," semangat Faiza memberi respon kepada Suraya.

Malam itu juga Suraya menghantar keratan akhbar itu kepada Faiza. Dengan penuh teruja, Faiza membawanya pula ke bilik Filzah. Meriah bilik A32 itu dengan hilai tawa Faiza dan Filzah membaca ucapan yang mereka tuturkan sendiri dahulu.

sambungan Episod 3

Bila Hati Bertamu Episod 1

"Assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Nurfaiza Sulaiman?" kedengaran suara wanita di hujung talian.

"Ya, saya bercakap."

"Saya kak Fatin dari bahagian Hal Ehwal Pelajar. Nurfaiza pelajar dari Sarawak kan? Esok ada wartawan daripada Berita Harian akan datang untuk menemubual beberapa orang pelajar yang tidak balik sempena Aildilfitri yang akan datang. Saya dapat tahu cik Nurfaiza adalah salah seorang yang tidak balik. Boleh cik datang ke pejabat HEP untuk temubual itu esok hari?" terang wanita tersebut penuh teliti.

'Wah, temubual? Masuk surat khabar ke? Seronoknya..!!!' Tiba-tiba hati Faiza kegirangan.

"Em, boleh juga kak. Pukul berapa ya saya perlu datang?" balasnya penuh senyuman. Hari itu, dia mengajak Filzah untuk menemaninya keesokan harinya.

Keesokan harinya,

"Halim, kau dah bawak ke semua peralatan yang diperlukan? Notebook, kamera, pen semua dah disimpan kan?" tegas Kak Lin mengingatkan Halim untuk temubual hari itu.

"Sudah kak. saya dah simpan dah, dari semalam lagi saya dah buat checklist. Tengok ni, semua dah siap dipangkah," balas Halim sambil menunjukkan buku nota yang dipegang.

Tibanya di pejabat HEP, Halim dan Kak Lin bersalaman dengan pekerja yang menguruskan temubual pada pagi itu dan dibawa ke bilik yang telah ditetapkan. Di dalam bilik, kelihatan 3 orang pelajar yang setia menunggu termasuklah Faiza dan Filzah.

"Baik, untuk hari ini, mula-mula saya akan menemubual Aisyah untuk segmen khas mahasiswa. Selepas tu, baru saya akan temubual Faiza dan Filzah ye," terang Kak Lin mengenai perjalanan tugas mereka.

Selesai sahaja temubual bersama Aisyah, Kak Lin mendapatkan Faiza dan Filzah untuk temubual kedua. Halim pula sibuk menangkap gambar Aisyah. Sesekali matanya melirik ke wajah Faiza yang sedang ditemubual oleh Kak Lin.

'Macam pernah tengok pula budak ni,' getus hati Halim sebentar. Selesai menangkap gambar Aisyah, tiba giliran Halim untuk mengambil gambar Faiza dan Filzah yang selesai ditemubual. Dengan penuh semangat, Faiza dan Filzah masing-masing melemparkan senyuman manis mereka. Halim mangambil gambar Filzah dan seterusnya Faiza. Tanpa disedari, tangannya lebih banyak menekan butang kamera semasa wajah Faiza tersenyum di sebalik lensa kameranya.

Sepanjang perjalanan pulang, otak Halim ligat mengecam wajah yang seperti pernah dia lihat. Sesekali dia mengerling wajah Kak Lin yang sibuk membaca mesej di sebelah. Hati terasa ingin bertanya, tapi malu nanti disoal semula oleh Kak Lin. Ah, malulah. Baik diam. Halim mematikan tindakannya.

"Em Kak Lin, dua orang budak perempuan tadi dari mana ye kak?" Akhirnya keluar juga niat di hati setelah penat berperang dengan perasaan malu.

"Seorang dari Sarawak, seorang pula dari Sabah," jelas Kak Lin lantas meletakkan buku nota dan alat tulis di atas meja sebelum berlalu pergi untuk ke bilik air.

"Kak Lin, nak baca nota Kak Lin tadi boleh?" Tidak tahu mengapa hati Halim kuat untuk mengetahui perihal wanita yang dijumpai tadi.

"Bacalah........," sahut Kak Lin. ".......tu pun kalau faham tulisan akak."

Berkerut dahi Halim membaca tulisan Kak Lin yang sudah lebih 3 tahun menceburi bidang kewartawanan. Namun apa yang pasti, dia dapat tahu nama dua orang pelajar yang dijumpai tadi, tapi kurang pasti nama wanita yang menarik perhatiannya sejak tadi. Ah, biarlah. Tengok nanti je lah. Buku nota lantas diletak semula ke atas meja.


sambungan Episod 2

Friday, January 20, 2012

Grey Green



Bismillahirrahmanirrahim...
Grey green...warna yang menarik perhatian sang mata.. ^_^
mungkin ini menjadi pilihan..











dekorasi menarik untuk bilik tidur



Hari ini, secara rasminya saya telah mendapat bilik tidur yang baru...waaa...^_^ sebenarnya, saya dan adik perempuan berkongsi bilik yang sama. Pada mulanya, di rumah ada enam buah bilik tetapi 1 bilik digunakan untuk meletak pakaian. Jadi bilik yang digunakan hanya ada 5 buah sahaja untuk abang, adik-adik dan saya sendiri. Oleh sebab 'kekurangan' bilik, jika semua adik-beradik ada di rumah, dan adik-beradik pun semuanya sudah besar, pastinya ada yang akan tidur di ruang tamu kerana tak suka berkongsi dah sekarang.

Jadi, sebab tu ayah buat keputusan untuk renovate balik bilik pakaian tu untuk saya dan adik. Dah siap, esok adalah masa untuk memilih cat bilik baru!! Dengan rasa teruja yang amat mendalam, saya mula menggodek gambar di google yang boleh dijadikan panduan....^_^


merah...em, menyerlah sangat kan..:)

white is just really nice right?? natural colour..


adik minta untuk cat warna ungu muda.. Just like this.. huhu..


ha, yang ini bukan pada cat yang menarik perhatian. Tapi pada bookshelf tu. Suka sangat. Rendah je tapi comel..!! Nanti nak survey untuk rak buku ni..:)

Itu lah sikit contoh yang saya dah tengok. Lepas ni, nak tengok lagi for others. Okey, salam semua..:)


Bersabung nyawa untuk ke sekolah






Gerun tengok gambar murid sekolah ini melintas sungai menggunakan jambatan yang hampir runtuh ni. Ai, mak ayah diorang tak takut ke anak-anak jatuh kat bawah tu...0_o

Gambar yang diambil dari sebuah kampung di Indonesia ini menunjukkan keadaan yang perlu ditempuh oleh anak murid yang terpaksa melalui jambatan hampir runtuh kerana banjir. walaupun keadaan jambatan yang sudah berlubang dan pastinya melalui sungai yang besar itu adalah satu perkara yang amat menggerunkan..huhu. Ya Allah, selamatkanlah budak-budak ni...*_*

Sumber: Kosmo

Thursday, January 19, 2012

It is my first step...

Bismillahirrahmanirrahim...
Okey, hari ini saya sudah ada azam yang baru. Haha.. Terima kasih pada Kak Jaja dari JajaKraf.com yang berjaya menarik perhatian dan minat saya untuk mencuba hobi baru..^_^ Geram rasanya melihat benda-benda comel berwarna-warni yang kak Jaja buat dalam blog beliau. Tergerak pula hati ingin mencuba membuat benda-benda comel yang banyak tu. Jom tengok kat bawah ni..








aaaaaaa...comel kan?? Geram betul tengok! Jadi lepas berperang dengan kata hati, terasa ingin mencuba untuk membuat benda-benda comel ni. Tangan pun terus menggodek isi-isi blo Kak Jaja dan akhirnya jumpa tutorial dari kak Jaja. Lepas habis punya berfikir, akhirnya, 2 buku tutorial kak Jaja saya pesan sebagai step pertama melangkah ke alam comel..haha...

buku headband untuk kanak-kanak. Azam nak buat untuk bagi kat anak buah I..hehe


Ni tutorial yang kedua. Sangat tidak sabar nak dapatkan tutorial ni!! ^_^

Oh ya, kalau nak cuci mata untuk barang kak Jaja bolehlah berkunjung ke laman beliau kat SINI..^_^ daaa...salam....


Duhai wanitaku..




”Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan “

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila pun ia perlukan.”

“Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”

“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya.. Tempat di mana cinta itu ada.”

Friday, January 13, 2012

Kenangan PTS



Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini sudah dua orang junior bertanya tempat praktikal yang pernah saya jalani selama 5 bulan dahulu. Seketika, muncul wajah-wajah teman sekerja yang amat saya kagumi. Mereka banyak memberi tunjuk ajar bukan sahaja yang berada dalam ruang lingkup pekerjaan, malah juga dalam aktiviti kehidupan. Terasa rindu pula mahu berjumpa..^_^

Satu persatu kenangan yang terungkai, ada yang sedih, gembira, memalukan. Paling diingati adalah insiden tidak ada kenderaan untuk pulang. Ya Allah, waktu itu hujan memang lebat dan teksi langsung tidak muncul tiba. Suasana maghrib yang menyeramkan juga amat membimbangkan hati. Alhamdulillah masih ada yang belum lagi balik ke rumah dan pastinya bersyukur kerana dibantu kala saat-saat begitu..^_^

Apapun, terima kasih atas tunjuk ajar, bantuan, kenangan, pengalaman dan ukhuwah yang diberikan. semoga satu hari akan berjumpa semula dengan kalian. Semoga sentiasa dirahmati Allah....



jamuan yang mengharukan...:)



terima kasih atas nasihat dan dorongan..


rakan seperjuangan...

kalian......terima kasih banyak-banya

Wednesday, January 11, 2012

Menangi Tudung Ariani dan Buku Pilihan Wardina



Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar semua? Harap semuanya berada di bawah lindunga Allah sentiasa.
Hari ini baru sahaja terbaca satu peraduan menarik dalam blog kak Wardina. Hadiah yang disediakan memang menarik. Bukan itu sahaja, soalan yang diberikan juga tersangat amatlah menarik. Soalan yang dapat memberi penambahan pengetahuan kepada kita semua.

Jadi, untuk sesiapa yang mahu berkongsi pendapat, ilmu dan pengalaman SAMBIL memenangi hadiah, boleh lah melawat blog Kak Dina.. Selamat Mencuba!!! ^_^








Sunday, January 8, 2012

Belajar untuk bekerja atau belajar untuk 'belajar'?





Bismillah. Harap semua berada dalam keadaan sihat sokmo.. Pagi tadi, baru sahaja menerima panggilan dari seorang insan yang amat dikenali. Perkara pertama yang ditanya, "Sudah bekerja ke?" Dan jawapannya, "Belum." Sambil tersenyum.=)

"Buang masa sahaja ambil ijazah, tapi masih tidak terus mendapat pekerjaan. Baik tak payah belajar..." terkesima seketika saat mendengar pengakuan itu. Lantas saya dengan penuh yakin menjawab,"Saya belajar bukan semata-mata untuk bekerja. Masih belum diberi rezeki dari Yang Memberi, nak buat macam mana. Sekurang-kurangnya tidak bekerja, saya dapat ilmu selama 4 tahun itu. Bukan sekadar suka-suka menghabiskan 4 tahun yang lampau." Dia terus senyap menyepi dan lantas menukar topik bualan. Dan pastinya, saya hanya tersenyum menerima 'kemenangan' dalam perdebatan sementara itu.

Memang diakui, ramai yang menyambung belajar adalah untuk mendapat pekerjaan yang baik, gaji yang bertambah..Tapi jika sekadar menyalahkan 'pembuangan masa' itu kerana tidak mendapat pekerjaan, saya rasa tidak logik. Rezeki itu ada di mana-mana. Saya sudah dan masih sedang berusaha dan pastinya mereka ini tidak mengetahui kisah-kisah dahulu yang pastinya akan membuat mereka lebih terkesima. Sabarlah hati...

Semua ini ada hikmahnya..dan sekarang hikmah itu memang nampak. Sekurang-kurangnya, dalam 'penantian' ini, alhamdulillah saya mempunyai masa membantu mak dan ayah dalam urusan rumah dan kedai runcit yang kecil itu. =) Sekurangnya, ringan sedikit bebanan yang dihadapi oleh mak ayah lebih-lebih lagi adik-adik sudah sibuk dengan persekolahan. Ini lah hikmahmya.

Apapun, yakin dan bersikap baiklah pada takdir Allah ye hati..dan berhati-hatilah juga buat lidah. Tounge is the sharpest thing in the world. Itulah jawapan yang diberi Imam Ghazali dan sepatutnya dijaga agar tidak menyakiti orang lain...



Hah, ada jajan baru dijual kat kedai ni tau. Mari2 datang dan beli!!! (tiada kaitan antara yang hidup dan mati..^_*)

Friday, January 6, 2012

Wordless video watch



Bismillah. Alhamdulillah masih diberi kekuatan menghadapi peluang yang diberi. Hari ini sekadar ingin berkongsi sebuah video yang amat meruntun hati dengan semua pembaca. Video yang banyak memberi pengetahuan baru yang pastinya ramai yang masih tidak mengetahuinya. Semoga makin ramai yang masih tidak mengetahui di luar sana akan tertarik dengan fakta yang sememangnya memberi keinsafan pada diri...

http://www.youtube.com/watch?v=TKAL0YSDHIs

Thursday, January 5, 2012

Apa rahsia 2012?





Bismillah. Alhamdulillah syukur atas kurniaan nyawa yang masih dikurniakan. Pagi ni, hujan lebat masih tak berhenti. Kuching menangis lagi..ini adalah rahmat Allah. Hari ni dah masuk hari kelima untuk tahun yang baru. Hati tertanya-tanya, apa akan berlaku tahun ini?? HEm, semua rahsia, Allah yang simpan. Tapi harap semuanya akan baik-baik sahaja. Amin.

Namun, perkara utama yang pastinya menjadi keutamaan adalah untuk mencari kerja. Tapi, semua itu rezeki Allah. Ya Allah, permudahkanlah...dah berusaha, apa yang tinggal hanya menanti dan yakin yang rezeki itu akan tiba.

Dan semestinya salah satu lagi perkara yang sering diungkit especially oleh kawan-kawan adalah perkahwinan. Kadang-kadang penat melayan pertanyaan yang tiada jawapannya. Apa yang pasti, saya masih menanti seseorang. Dan itu semua juga Allah yang simpan. Tahniah pada rakan karib yang baru sahaja mengakhiri zaman bujangnya minggu yang lepas. Terasa sebak pula apabila melihat dia sudah di'ambil' oleh suaminya. Huhu..^_^ Tapi, i'm so happy for you dear. Umur 25 tahun ini mungkin masih awal lagi untuk 'itu' atas sebab-sebab tertentu..:)

Em, ada banyak lagi perancangan yang hendak dilaksanakan dan banyak lagi perkara yang tidak dijangka pasti akan berlaku...selagi hayat masih dikandung badan. Semoga tahun ini memberi kebaikan lebih dari tahun lepas. Sama-samalah kita muhasabah diri sendiri untuk memperbaiki diri. Selamat menjalani tahu baru!!!


tahniah nabila!! (gambar ni I yang ambik guna NIKON. Haha, belajar dulu sebelum beli. Yang pasti, NIKON akan ku takluki..ok, ini masuk azam 2012.)


Monday, January 2, 2012

Andai Waktu Memanggil



Andai Waktu Memanggil. Sebuah lagi lagu Opick dan Fira FLO yang amat menyentuh hati.. Hayati bait2 nya..

Ya Rabbi..
Beri kami cahya penyuluh di gelapnya hati
Jauh sudah langkah kaki
Lewati jutaan detik tak kembali

Ilahi..
Ampuni kami
Dosa-dosa mewarnai diri
Hati lupa kadang terlena
Mimpi dunia menggoda sang jiwa

Andai waktu memanggilku
Berharap tersenyum di akhir masaku
Maafkanlah ampuni diriku
Hati ‘kan memohon di kemahaan-Mu

Tangan ini hati ini
Hari-hari berlalu kan jadi saksi-Mu
Dan tak bisa ku sembunyi
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta


Monolog 3



Indahnya seperti mereka, pagi petang siang dan malam,
Hanya permainan yang menjadi dambaan, hanya keseronokan menjadi keutamaan,
masalah, kewangan, hubungan bukannya headline yang pertama.

Indahnya seperti mereka, kaki tangan mata dan telinga,
kebanyakannya sihat tanpa dugaan, kebanyakannya kuat tanpa keluhan,
sakit, penat, kejang tetap ada pembantu yang kedua.

Indahnya andai dapat selamanya seperti mereka,
putih berseri tiada tompok hitam menghantui,
Kurang cerdik tapi terkecuali,
namun,
kecuali itu hanya sementara, kerana mereka juga akan seperti kita,
riang ria pastinya ada duka
itu lah yang mengajar erti dewasa.



Indahnya seperti mereka....

Tenangkan hati ini...



Ubat Ketenangan Hati

Astaghfirullah.....ampunkan dosa-dosa ku..
Aku berserah padaMu dalam perkara yang hanya Kau yang tahu.
Astaghfirullah minal khataya...Allah...
:'(
Terima kasih atas ujian ini ya Allah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram