Thursday, July 31, 2014

Syawal 1435H / 2014 M

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Pertama sekali, salam aidilfitri buat semua yang beragama islam. Alhamdulillah bulan Ramadhan telah kita lalui dengan kesempatan yang Allah beri kepada kita. Harapnya, segala perkara baik yang kita amalkan pada Ramadhan lepas dapat kita istiqamahkan dalam kehidupan yang mendatang. Amin..

Untuk raya tahun ni, giliran rumah keluarga suami pulak tempat menyambut 1 syawal. Alhamdulillah syukur Ramadhan tahun ini, puasa penuh dapat dijalankan. Malam terakhir ramadhan hari tu, sempat lagi bantu mak kat rumah untuk masak lauk untuk keesokan hari, kemas apa yang patut, pukul 11 balik pula rumah mentua. Keesokannya, kali pertama sembahyang raya di konsulat Indonesia.

Raya pertama ada kelainan sedikit tahun ini sebab kebiasaannya raya pertama duduk kat rumah je sambut tetamu. Tapi tahun ni, raya pertama lagi dah jadi tetamu. Maka banyaklah dan bermacamlah makanan-makanan berat yang terhidang dari pagi sampai petang yang akhirnya membuatkan perut rasa kembung dan batuk pun datang. Mungkin cuaca yang panas dan berjerebu juga penyebabnya. Raya kedua, request untuk rehat je di rumah.

Tahun ni tak semua ipar balik beraya. Jadi selfie dekat boleh lagi, hihi. In shaa Allah jika diizinkan Allah, tahun depan raya bertiga pulak. 

Oh, bercakap tentang bertiga ni, ada beberapa barang baby yang saya dan suami dah dapat dah, for free. Dan of course, turun temurun.. Alhamdulillah tak perlu keluar banyak duit beli barang baby yang baru. Pakai apa yang kakak-kakak ipar pernah pakai je. 



Yang first tu, baby car seat. Kemudian ada stroller, bottle sterilizer, breastfeed pump dan satu beg baju-baju baby. Tak sabar pulak nak tunggu babu keluar.
Mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah..amin..

Okey, sampai sini sahaja. Sekali lagi, taqabbalallahu minna wa minkum, kullu 'amin wa antum bikhairin. Selamat hari raya aidilfitri semua..

Wassalam..

Friday, July 25, 2014

Berserahlah Pada Allah..

 
 

HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL
NI'MAL MAULA WA NI'MAN NASIR
 
Kucuba renungi semua
Detik waktu yang telah berlalu
Mengisahkan pedih di hati
Menyinar keangkuhan diri

Kucuba sandarkan jiwa
Hanya pada Allah semata
Hingga rasa beban pun sirna
Seluruh hati serahkan pada-Nya
 
CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PENOLONG
DAN SEBAIK-BAIK PELINDUNG

Subhanallah, 2 potong ayat yang mampu menenangkan jiwa-jiwa yang resah apabila apa yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Hati ini milik Allah, takdir kita juga milik Allah. Andai berserahnya kita pada pemilik hati-hati manusia, pasti tidak akan ada perasaan kecewa muncul dalam diri atas apa yang dihadapi.

Sungguh Allah tetapkan satu jalan untuk hambanya. Jika segala yang kita lakukan adalah sebaik-baiknya, tapi masih belum mencapai apa yang dihajati, tenangkan jiwa serahkan hati pada-Nya. Pasti akan ada hikmah yang akan diperolehi daripada semua..in shaa Allah.

....sekali-kali tidak akan tersusul, sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku (sehingga kita akan selamat dari Firaun dan tenteranya) 
Asy- Syuara: 62
 

 

Wednesday, July 23, 2014

Hamil dan Ramadhan 1435H

 

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Tak terasa hari makin berganti dan sekarang dah masuk 25 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu..dan semestinya perkembangan bayi juga semakin membesar. Sekarang dah masuk 23 minggu usia kandungan, dan Alhamdulillah puasa masih belum ada yang bocor lagi. Lama kot tak puasa penuh. Mudahan Allah bagi kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa pada sisa ramadhan ni.

Memang tak dinafikan, sebelum puasa ada je momokan-momokan tentang puasa masa hamil ni. Lagi-lagi dengar daripada rakan sekerja semua. Tapi dengar cerita mak dan mak mertua yang boleh penuh puasa masa mengandung dulu, takkan saya pun tak boleh kan? Jadi, tetap teruskan puasa sehingga sekarang. Lagipun, dah pernah pergi klinik dah waktu bulan puasa ni, doktor kata kandungan Alhamdulillah takde masalah dan boleh je nak teruskan puasa kalau berkemampuan walaupun berat badan menurun sedikit waktu tu. 

Mengenai apa yang diambil masa puasa, saya banyak lebihkan pengambilan vitamin-vitamin yang doktor bagi dan beberapa suplemen Shaklee yang lain. Vitamin yang doktor beri, macam biasa, Obimin dan Iron. Suplemen Shaklee pulak, saya ambil Vita-C dan Osteomatrik. Apa yang penting sepanjang pembacaan saya mengenai puasa waktu hamil ni, makanan dan vitamin  inilah yang penting untuk bekalan bayi di dalam rahim. Kalau ibu lapar, tak semestinya bayi pun akan lapar sebab bayi makan dengan mengambil nutrient daripada pemakanan si ibu. Sebab tu, waktu berbuka puasa dan sahur, ibu kena ambil makanan-makanan yang berkhasiat.

 
 
Untuk persiapan Hari Raya pulak, tahun ini buat biskut pun 4 jenis je. Tapi jujurnya inginku katakan, itulah bilangan paling banyak saya buat biskut. Hahaha..nampak na malasnye.. sebelum kahwin dulu, paling banyak pun 2 jenis je. Tahun ni tak tahula, makin ada isi makin rajin pulak. Siap buat dengan sejenis kek lagi, tu pun kek kegemaran, Kek Lumut.  Tapi biskut tu semua untuk kat rumah mak sendiri. Kat rumah mentua, dah ada yang pakar buat biskut. Kat rumah mak, denlah pakar nombor 2 kononnya.  Lagipun tahun ni, hari raya pertama kat rumah keluarga suami pulak.

Untuk pakaian pulak, tak terasa sangat perasaan nak membeli. Tapi dah beli dah..haha.. Biasa je.  Cuma nak share kat mana saya beli pakaian jubah untuk suami. Yes, tahun ni rancang nak pakai jubah je. Lagi-lagi perut dah membesar ni. Saya beli jubah suami secara online.. Berkenan tengok design yang dibuat.
 

Dapat je jubah ni, memang puas hati sangat. Kotak pun cantik je, Cuma kemek-kemek sikit sebab pos tikam-tikam kot. Kain pun lembut, kat poket tu ada bahagian berzip sekali kalau takut barang-barang jatuh dari dalam poket. Yang penting, encik suami suka..^_^ Kalau berminat, bolehlah jenguk-jenguk di laman web ni.

Itu sahaja untuk post kali ini. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat yang Allah kurniakan dalam 10 Ramadhan terakhir ni. Walaupun ternyata Ramadhan tahun ini banyak musibah yang dapat kita lihat terutama kesedihan Ramadhan di Gaza dan kesedihan pemergian penumpang dan anak kapal pesawat MH17. Sama-sama kita berdoa semoga roh semua yang meninggal akan sentiasa dirahmati Allah dan kepada ahli keluarga dan warga Palestin yang lain akan sentiasa diberi kekuatan menempuh hari-hari yang mendatang. Amin ya Rabbal ‘Alamin..



Maksudnya:  Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang pada awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya dipenuhi dengan pahala yang menjauhkan daripada api neraka.


Ramadhan Karim..
Wassalam...

Monday, July 21, 2014

Jika Semua Inginkan Bahagia

 
 
Andai inginkan bahagia
Ajar diri menatang indahnya kata
Buat rakan, jiran dan keluarga
Kerana kata cetusnya dari minda
Minda jiwa saling berbicara sama

Jika bahagia mahu dikecapi
Membandingkan yang lebih jangan dituruti
Nanti terasa kurangnya diri
Lihatlah pada seluruhnya duniawi
Sejarah lama dan kisah nabi
Pasti kekuatan jiwa mula diserapi
Bila terasa masih bertuahnya diri

Bahagia itu perlunya bersatu
Antara jiwa, akal dan keyakinan
Pada yang Satu
Tanyalah dirimu
Adakah layak bahagia bagiku
Jika hati tidak pada Tuhanku
Jika pujian manusia menjadi pilihanku?

Kerana bahagia itu menjengah
Apabila husnu zann nya hanya pada Allah

Thursday, July 17, 2014

Panduan Untuk Pembeli Rumah

 
 
Bismillahirrahmanirrahim...
 
Saya percaya setiap daripada kita ni ada keinginan untuk membeli rumah sendiri, betul tak? Tetapi dengan keadaan kos rumah dan hartanah sekarang, ramai yang mula rasa tak mampu. Bak kata suami, rumah ni ibarat jodoh juga. Andai ada jodoh kita dengan rumah yang kita nak beli, in shaa Allah semuanya akan dipermudahkan. Yang penting niat tu kena betul..^_^
 
Saya bukan pakar dalam beli membeli rumah ni, tapi ini semua berdasarkan pengalaman, ditambah pula dengan kata-kata hikmah orang-orang yang lebih tua dan juga ilmu-ilmu daripada suami sendiri. Kalau nak harapkan diri sendiri, entah ke mana agaknya rumah. Okey, perkara pertama yang perlu seseorang buat dan fikir terutama sekali bagi mereka yang baru je nak masuk bidang pekerjaan adalah, jangan terlalu banyak menghabiskan wang pada hutang dan perkara-perkara yang kurang penting. Sebagai contoh, tak perlu fikir nak beli kereta yang mahal dan berjenama dahulu. Cukup sekadar keperluan sendiri, terutama bagi yang masih bujang trang tang tang. Cuba simpan atau bayar apa yang penting dahulu seperti hutang pembelajaran dan sebagainya. Dan jangan sekali-kali ceburkan diri untuk berhutang pada perkara-perkara yang tidak perlu termasuk penggunaan kad kredit.
 
Kemudian, bila dah stabil, buatlah survey pada rumah-rumah yang dijual. Tekankan beberapa faktor yang penting seperti kawasan, harga dan kualiti pembuatan rumah tersebut. Harga murah, tapi kawasan kerja jauh memang kurang digalakkan. Kawasan dekat tetapi terlalu mahal pula membebankan. Rajin-rajinkan bertanya pada pemaju-pemaju rumah atau iklan-iklan yang terpampang, atau ke pameran-pameran rumah yang diadakan (kalau ada). Bila dah dapat, jangan tunggu lagi..terus booking....TAPI..PALING PENTING, bandingkan kemampuan diri. Bincang dengan keluarga, rakan atau sesiapa yang arif tentang bidang rumah dan hartanah. Tak rugi kalau berbincang, puas hati lagi ade...

Ini adalah cadangan yang dibuat pada tahun 2012. Ulang semula, tahun 2012 ye...^_^
 
Okey, dah jumpa yang berkenan di hati, fikir masak-masak pun sudah, rasa berkemampuan, jangan tunggu lagi, cepat-cepat booking, nanti diambil orang. Langkah pertama, kena pastikan dalam tangan ada beberapa ribu untuk bayar bayaran tempahan. Kalau saya hari tu, kena bayar 2 ribu untuk tempahan. Alhamdulillah kawasan okey, harga pun berbaloi, dan yang penting suami puas hati. Bukan senang nak tengok encik suami puas hati dengan design dan pembuatan satu-satu rumah tau. Sebab tu rumah ni boleh dikira macam jodoh jugak kan..
 
Kemudian, perkara penting yang perlu diuruskan pula adalah pinjaman rumah. Memilih bank untuk buat pinjaman rumah jugak penting. Bagi yang beragama Islam, cuba buat pinjaman rumah yang terbaik dan berlandaskan syariah. Walaupun pemaju ada bank panel sendiri, jangan takut untuk memilih bank yang kita rasa puas hati perkhidmatannya. sama juga dengan perkhidmatan peguam. Yela, rumah kita nak guna lama, tak kisahla untuk kita duduk atau dijadikan sebagai aset kan. Sekali lagi, pandangan orang lain kena diambil kira, jangan malu untuk meminta pendapat orang ramai ye.
 
Ketiga, setelah pinjaman diluluskan, urusan dengan peguam pun dah selesai, bagi yang mendapat pinjaman rumah 90 peratus, kena fikirkan bagaimana hendak membayar deposit 10 peratus kepada pemaju. Jadi, nak tak nak, kena simpan daripada awal lagi. Kalau rumah harganya RM300,000, bayaran deposit dalam RM30,000. 30 ribu nak cari bukan senang especially bagi golongan macam den ni ha..hihi. Jadi, prepare yourself for this situation
 
Selesai peringkat di atas, dah boleh lega tak? Oh no no no..kata encik suami. Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah proses pembikinan rumah kalau boleh perlu rajin dipantau. Ini minat encik suami. Setiap pelosok rumah, bilik, kawasan sekitar dia pantau. Nasib baiklah ada si pengarang jantung tu..hihi. Kemudian, jangan lupa nanti nak masuk rumah baru, bukannya disediakan grill pintu, kerusi meja semua. Bagi yang sudah berumah, mungkin tak menjadi masalah. Tapi bagi yang baru nak berumah macam saya ni, kena simpan juga Wang Masuk Rumah untuk kemudahan kemudian hari.
 
Jadi, semoga semuanya berjalan lancar buat saya dan pembeli rumah yang lain. Yang penting, lepas tu, kena perlu komitmen yang lebih dalam perbelanjaan sebab dah ada komitmen baru. Okey, itu sahaja semua..SELAMAT BERPUASA..^_^
 
 Andai ini jodoh kami...^_^ Jadi pemantau dalam kereta je..
 
Wassalam.

Friday, July 11, 2014

GAZA BERDARAH LAGI

 
 
Bumi GAZA berdarah lagi. Paling menyayat hati pada bulan Ramadhan di mana hampir semua penduduknya menunaikan ibadah puasa. 
 
 
Pastinya, anak-anak kecil yang menjadi mangsa. Bagaimana agaknya jika kita berada di tempat mereka? Nauzubillah min zalik....

Kala kita seronok menanti Hari Raya, kala kita mengeluh betapa kenyangnya kita tika berbuka puasa, bayangkan apa yang mereka keluhkan. Bayangkan apa yang mereka tangiskan.. Kala kita sibuk mencari harta kekayaan dunia, mereka sibuk mencari keamanan dan keselamatan Allah. Maka mereka semakin dekat dengan Ilahi berbanding kita..Subhanallah..
Ya Allah bantulah mereka. Kuatkan hati dan jiwa mereka menelusuri kehidupan mendatang. Pasti...pasti ada hikmah disebaliknya.
 
Buat semua, jom kita sama-sama membantu mereka sekadar yang termampu kita. Sumbanglah apa yang kita terlebih, sumbangkan apa yang kita miliki untuk kemudahan saudara kita di sana.
AYUH PEDULI GAZA BERSAMA...
Andai tidak termampu sumbangan dari segi harta, cukuplah andai mampu memberi sumbangan ingatan, simpati dan senjata yang paling mustajab iaitu DOA buat mereka...
DOA ITU SENJATA UMAT ISLAM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram