Friday, December 30, 2011

Penangan Tentang Dhia



Alhamdulillah atas segala kurniaan yang diberikan hingga ke saat ini. Akhirnya saya dapat menonton sebuah lagi drama melayu dari episod awal hingga akhir. Walaupun selalu menjadi penonton yang ketinggalan, (sebab tengok dekat tonton je kerana masa siaran yang tidak mengizinkan) tapi saya amay berpuas hati. Semalam drama Tentang Dhia sudah pen melabuhkan penyiaran terakhir dan saya pula melabuhkan tontonan drama ini baru pagi tadi sambil mengelip-ngelip mata menahan air mata..takut ada orang tengok..haha. ^_^

Dari semalam, ramai yang memberi komen tentang kisah ini di wall facebook masing-masing. Ada yang sedih dengan kesudahan cerita, ada yang geram dengan kesudahan Ku Salmi (mak mertua Dhia) yang tidak mendapat pembalasan yang sepatutnya, ada juga yang feeling terbang ke kayangan melihat kesudahan cinta Zikir dan Dhia sampai ke hujung hayat mereka.

Apa pun komen dan anggapan yang diberikan, sepatutnya dan sebaiknya penonton mengambil iktibar di sebalik kisah yang dipaparkan. Walaupun sampai sekarang masih 'terasa' dengan kesudahan kisah ini, tapi saya dapat melihat satu fenomena yang di 'highlight' kan dalam kisah ini iaitu KEMATIAN.

Kematian itu satu kesudahan. Kesudahan di dunia. Dalam drama ini, kita dapat melihat bagaimana kehidupan manusia dengan mudah dapat diambil semula oleh Penciptanya. Bermula dari kematian ayah Rafi, kawan dan ibu Melly, ayah Dhia, bomoh Pak Abun, mak Dhia dan akhir sekali Dhia dan Zikir. Mereka menghadapi cara kematian yang berbeza.. Tetapi apa yang penting, hidup ini sementara..memang sementara. Hidup sementara yang dipenuhi dengan amalan lebih baik dari hidup lama tapi dipenuhi dosa. Indahnya andai kita dapat tamatkan hidup seperti yang dilalui Dhia dan Zikir. Dhia dapat melafazkan syahadah sebelum memejamkan mata dan Zikir sempat membaca Yasin sebelum tidur dan terus tidak bangkit kembali. Itulah yang dikatakan cinta sampai ke syurga...Semoga kita sama-sama mendapat iktibar dan teladan dari kisah ini. Amin...

(huhu..tiba-tiba sebak bila teringat kembali kisah ini...Agaknya sebab kesudahan inilah kenapa Dhia dan Zikir memakai baju putih dalam lagu permulaan drama ini,kan.. ~sterotaip~..=.=')






Sunday, December 25, 2011

Minggu itu dalam sejarah..




Bismillah...lama dah rasa tidak mencoret kisah di blog ini. Masa semakin cepat berlalu. Sekarang tinggal 5 hari lagi menuju ke tahun baru. Banyak lagi perkara yang belum dibuat untuk tahun ini terutama sekali, kerja. Aaaaa, dah hampir sebulan konvo, kerja pun tak ada lagi. Banyak juga tempat diminta. Mungkin tak ada rezeki lagi, atau memang tak layak...huhu..

Minggu itu dalam sejarah. Minggu yang ditujukan pada hari konvokesyen, awal bulan Disember yang lalu. Saya sampai di kampus pada 1 Disember, flight pada pukul 6.45 pagi. Alhamdulillah sampai juga dan apa yang best, kat dalam flight, flight attendance bagi nasi lemak percuma!! sempena hari lahir yang ke......waktu masuk dalam flight dan cari tempat duduk, ada seorang perempuan cina ni yang duduk kat tempat saya. Lastly dia suruh duduk kat tempat dia. Nasib baik tak jauh. Mesti flight attendance tu ingat perempuan cina tu saya...:)

Itu kisah hari pertama. Hari kedua, 2 Disember.
Pagi tu, tiba-tiba semangat pula nak iron baju untuk konvokesyen. Baju baru tuuu!!! Tapi seterika pula tak ada. So, saya naik tingkat atas pinjam seterika dengan Nor, junior kat sekolah dulu. Waktu mula-mula buka, seterika tu macam rosak, tak panas-panas. So, saya biarlah dulu. Then, mak pulak telefon dan seterika masih dibiar, kononnya nak suruh panas. Dah habis telefon, punya lah semangat nak iron, letak je iron kat baju.........aaaaa lekat... angkat je iron....alamak dah berlubang..!!! peh, sedih nye hari tu. terus letak baju tu balik dalam beg..*_*

Then, dalam pukul 11 lebih, mak telefon balik bagi berita yang bertambah2 sedih.. "Siti, kami terlepas flight...bukan pukul 1 flight hari ni, tapi pukul 10 pagi tadi..." Terus rasa nak jatuh jantung dengar mak cakap macam tu. Berserabut otak nak fikir penyelesaian, tak lain tak bukan, kena beli tiket baru. *_* Lepas tu, ayah pula telefon, "Siti, mak ayah tak ada duit nak beli tiket baru. Jadi, maaflah mak ayah tak dapat datang untuk konvo esok." huhu...tak tahu nak cakap apa dah waktu tu.

Nasib baik adik yang duduk kat sentul tu datang dan tolong selesaikan. Mungkin rimas kot tengok kakak die asyik nangis je. haha...^_^' Dan dengan bantuan beberapa orang yang baik hati, duit pun ada untuk beli tiket. Tapi, ada lagi masalah, tiket pulak habis untuk hari tu. Yang ada, hanya tiket VIP, tu pun untuk seorang... Ya Allah, Dia je tahu macam mane. Hati pun dah redha dah kalau mak ayah tak datang. Tapi mata je tak redha asyik nak keluarkan air je..huhu..

Lastly, tak ada ikhtiar lain, just ayah je yang datang malam tu. Dan keesokan harinya, baru mak dan adik-adik sampai. Tu pun malam. Jadi, konvokesyen pada 3 disember tu, hanya dihadiri oleh seorang adik dan ayah sahaja. Tapi sekurang-kurangnya, mereka ada untuk melihat..:) tapi agak sedih mak tak ada bersama...

Begitulah sejarah di hari konvokesyen saya yang telah lalu. Semua ni memang memberi pengajaran untuk kami semua terutama sekali saya sendiri. Dan apa yang penting, kita hanya merancang, Allah lah sebenar-benar penentunya...Huhu...tapi alhamdulillah, tamat sudah pengajian saya di situ. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dicurahkan kepada orang lain..amin...

Minggu itu dalam sejarah...jangan kembali lagi ya..



Sunday, November 27, 2011

5 Bukti Dia Cintakan Kita Kerana Allah



Pepatah arab ada menyebut semua orang mengaku kekasih Laila tetapi Laila sendiri tidak mengakuinya. Ramai orang kerap kali terjatuh dalam perangkap cinta dan terpalit dengan noda dan fitnahnya apabila Si Dia, baik lelaki mahupun perempuan mengungkapkan kata-kata hikmat yang berbunyi “Aku cintakan diri-Mu kerana Allah !”

Aduh ! Perkataan yang indah tetapi kerap disalah guna.

Jika kaca yang dipegang maka akan pecah kerana jatuh terhempas, jika kita sedang berdiri akan segera ingin mencari tempat duduk dan jika kita tengah duduk akan segera mahu berdiri dan mencari udara segar guna memaksa oksigen masuk ke dalam tubuh kerana sesak dan berat di dada sehingga menyukarkan pernafasan.

Jantung berdegub laju dan tangan menjadi sejuk.

Itulah tanda-tanda awal virus cinta sudah mula berjangkit dan sedang menular ke dalam badan dan hanya akan dapat dilegakan dengan berdekatan dengan orang yang dicintai.

Lalu apa yang harus dilakukan ? Pasrah dan menerima cinta kerana ianya adalah kerana Allah seperti yang diucapkan atau berhenti dahulu dan meneliti ucapan tersebut benarkah ia cinta dari Allah atau merupakan salah satu dari jerangkap samar syaitan ?

Firman Allah SWT : Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)

Dalam Islam, kita disuruh memeriksa dan menilai apakah benar setiap sesuatu ucapan atau khabar yang disampaikan sebelum mengambil tindakan atau membuat keputusan. Hal ini disebut sebagai konsep “tabayun” atau bermaksud mencari penjelasan atau keterangan.

Hal ini amatlah penting agar kita tidak ditipu atau terjebak dengan perangkap Iblis yang sedang menanti di hujung jalan untuk memancing kita ke dalam neraka bersama-sama dengannya. Sebelum membuat keputusan apakah akan diserahkan tubuh badan, hati dan perasaan maka lebih baiklah dilakukan usaha memeriksa dan menyemak terlebih dahulu benarkah kalimah itu diucapkan iaitu:

Aku cinta kepada Mu kerana Allah SWT !

Cinta kerana Allah SWT itu mempunyai satu kedudukan yang istimewa kerana di dalam hadis Abu Hurairah ra menyebut katanya Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)

Di dalam sebuah hadis yang lain, nabi salallahualaihiwassalam juga pernah bersabda : “Jika seseorang dari kamu mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahunya.” (riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad serta Bukhari di dalam tarikhnya dengan makna yang sepertinya)

Kita juga disunnahkan untuk membalas ucapan cinta itu dengan doa yang berbunyi :

أحبك الله الذي أحببتني فيه

Maksudnya : “Semoga Allah mencintai kamu yang telah mencintaiku keranaNya.” (riwayat Abu Daud)

Hadis-hadis berkenaan cinta ini begitu banyak sebab Islam ialah agama yang menitik-beratkan persoalan kasih sayang dan kehormonian sesama Insan. Namun kita masih perlu menilai dan meneliti apakah cinta yang dihulurkan itu benar-benar madu dan rezeki daripada Allah SWT atau sebenarnya ialah racun dan umpan dari syaitan.

Bukti Cinta kerana Allah

Ada 5 bukti penting dan tanda utama yang dapat dikenal pada seseorang yang benar-benar mencintai kita kerana Allah SWT. Ini dapat dilihat dari hasil taddabur kita kepada ayat-ayat Al-Quran dan melalui penilaian kepada hadis-hadis nabawiyah.

Pertama :

1. DIA adalah seorang yang amat mencintai Allah

Adalah mustahil seseorang itu berkata dia mencintai kita kerana Allah SWT tetapi dalam masa yang sama dia amat jauh dari jalan Allah dan seringkali melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.

Cinta itu dibuktikan dengan perbuatan maka lelaki dan wanita yang mengatakan kepada anda bahawa dia mencintai kerana Allah juga akan membenci kerana Allah SWT dan membenci segala apa yang dimurkai oleh Allah SWT dari segala jenis dosa dan maksiat.

Nabi salallahualaihiwassalam bersabda : “Tiga perkara yang jika terdapat pada seseorang maka dia pasti akan merasai kemanisan Iman. Iaitu Dia mencintai Allah dan rasul-Nya lebih dari selainnya. Dia mencintai atau membenci sesuatu hanya kerana Allah dan dia amat membenci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia tidak suka dicampakkan ke dalam api.” (hadis riwayat Bukhari)

Lihatlah pada diri lelaki yang mencintai anda kerana Allah itu apakah dia seorang yang teguh agamanya, kukuh aqidahnya, penyabar, kuat tawakkal, selalu mencintai anak yatim dan membela yang lemah atau dia sebenarnya seorang yang hanya pandai berborak sahaja.

Lelaki yang soleh pasti akan kelihatan di masjid dan ketika ada orang yang berada dalam kesusahan maka disitulah dia akan dapat ditemukan.

Perkara yang sama terjadi kepada kepada lelaki yang benar-benar mahu mengenali para wanita muslimah solehah itu. Ianya tidak hanya dengan sekadar ucapan di bibir atau pada teks sms dan copy paste di blog dan Fb si gadis.

Lihatlah auratnya apakah ditutup, lihatlah peribadinya apakah terpelihara dan dijaga kemudian lihatlah pemikirannya apakah dia seorang Muslimah yang hidup untuk dirinya atau dia hidup untuk Allah SWT.

Caranya tidak susah. Mana-mana muslimah yang hidup untuk Allah akan sanggup menerima poligami dan menghormati hak-hak lelaki yang Allah berikan kepada mereka . Si DIA akan tunduk serta patuh kepada hukum Allah dan lebih banyak bertolak ansur serta berusaha memahaminya dari berusaha mempertikaikannya.

Jangan terleka dan tergoda oleh rupa dan pakaian kerana syaitan itu amat bijak dengan tipudaya dan jalan-jalan kesesatan.

Kedua :

2. Cinta kerana Allah terbit dari sebab ketaatan

Pasti ada sebab si DIA cintakan kita kerana Allah dan apakah sebab-sebab itu adalah terhasil dari kerana ketaatan kita kepada Allah SWT atau kerana kemaksiatan kita kepada-Nya ?

Jika cinta yang diungkapkan itu adalah kerana ketaatan kita kepada Allah SWt maka ianya adalah jenis dari bahagian cinta-cinta yang suci dan datang atas kerana rahmat daripada Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Ada wanita jatuh cinta kerana si lelaki itu kuat berdakwah dan menjadi Imam sukarela secara percuma. Ada lelaki terjatuh hati kerana melihat si wanita itu tegas dan teguh mempertahankan maruah dan auratnya dari dicabuli. Maka jenis-jenis cinta seperti itu memenuhi kehendak cinta yang dilakukan kerana Allah SWT.

Tanyakan SI DIA kerana apakah kamu mencintai saya ?

Jika jawapannya memenuhi jenis cinta yang berdasar dari ketaatan kepada Allah SWT maka ianya adalah dari Allah dan jika ianya berdasarkan dari sebab-sebab kejahatan dan kemaksiatan maka ianya dari syaitan.

Ini dapat diketahui dengan mudah jika kita sendiri menyedari akan kesalahan yang telah kita lakukan. Misalnya jika wanita itu tidak menjaga auratnya, tidak memelihara dirinya dari fitnah seperti tampil di khalayak ramai dalam rancangan TV menjadi wanita pilihan dengan bertabarruj dan “berposing kiri dan kanan” memaparkan kecantikan maka jika datang lelaki menghulurkan cinta kerana tertarik dan jatuh hati atas kecantikan itu maka ianya bukanlah dari ketaatan bahkan kemaksiatan dan berpunca dari kedegilan kita dalam mentaati syariat Allah SWT.

Wanita yang solehah tidak akan mendedahkan kecantikannya seperti lelaki yang bertaqwa tidak akan murah menampilkan kebaikan dirinya atau menunjuk-nunjuk kewarakan dan kesolehannya.

Tanyalah diri anda, apakah dosa atau ketaatan yang telah dilakukan sehingga melayakkan diri ini menerima ungkapan AKU CINTA DIRMU KERANA ALLAH !

Ketiga :

3. Mencintainya kembali menambah kebaikan dan kemuliaan serta mendekatkan kita kepada Allah

Orang-orang yang benar dalam cintaNya kepada Allah mereka ini mempunyai kelebihan dan merupakan orang-orang yang benar-benar beriman. Mencintai mereka itu nescaya akan memberikan kebaikan dan menambahkan kemuliaan serta menambahkan kedekatan kita dengan tuhan.

Ini disebabkan di dalam sebuah hadis dari jalan Abu Hurairah ra yang menyebutkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Jikalau Allah Ta’ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia pun memanggil Jibril lalu memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu (Wahai Jibril) si Fulan itu. Jibril pun lalu mencintainya, kemudian Jibril menyeru kepada seluruh penghuni langit seraya memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua (Wahai penghuni-penghuni langit) si Fulan itu. Maka para penghuni langit pun kemudian mencintainya. Setelah itu dijadikan seluruh penghuni bumi pun ikut menerimanya (mencintainya).” (hadis Muttafaq alaih)

Lihat dan perhatikanlah apakah di wajah orang yang mengatakan Aku cinta pada-Mu kerana Allah itu membuatkan anda teringat kepada ajaran Islam, kepatuhan kepada Allah SWT, kedahsyatan hari akhirat serta dosa dan pahala atau sebaliknya hanya mengundang kepada ingatan nafsu syahwat dan pelukan serta dakapan di atas tilam.

Cinta yang suci tidak akan mampu dibakar oleh api sebaliknya ia hanya akan memadamkan api demikianlah cinta yang sejati tidak akan datang kerana syahwat tetapi ianya pasti akan mampu memenuhi keperluannya.

Ke-empat:

4. Cinta dan hubungan dengan Si DIA jauh dan terpelihara dari kelalaian dan dosa

Diantara ciri-ciri yang mustahak di dalam penilaian kebaikan seseorang ialah ianya tidak mengundang bahaya atau kemudharatan. Daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa rasulullah SAW pernah bersabda : “Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).” (hadis riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi)

Ini kerana tipu daya dan muslihat syaitan itu amat licik. Terkadang dia sengaja memalsukan kejahatan itu agar dilihat sebagai kebaikan atau kemuliaan.

Syaitan itu sendiri tahu untuk mengoda orang yang soleh itu tidak harus dengan maksiat dan kejahatan tetapi digoda dengan kebaikan dan kezuhudan agar si soleh itu menjadi sesat kerana riya’ atau ujub (kagum)dan ghurur (tertipu) dengan dirinya sendiri.

Mujahid bin Abi Mu'ammar meriwayatkan bahawa suatu hari pernah ada seseorang yang memuji seorang pemimpin. Kemudian Miqdad ibnul-Aswad pun menaburkan tanah ke mukanya, lalu berkata:"Rasulullah memerintahkan kami untuk menaburkan tanah kemuka orang yang suka memuji." (riwayat Muslim)

Imam Ibn Jauzi al-baghdadi dalam kitabnya Talbis Al-Iblis ada menyebutkan mengenai cara Iblis membelit ahli ibadah dan menjadikan mereka jauh daripada Allah melalui menampakkan kebaikan dan kelebihan diri mereka sehingga menjadi ujub dan kagum atau ibadah mereka lalu menjadi lalai kepada Allah dalam keadaan mereka menyangka bahawa mereka itu sedang beribadah.

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : "Kamu tidak akan selamat hanya oleh amalanmu sahaja." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila anda berhadapan dengan lelaki atau wanita yang mengucapkan kata-kata cinta yang suci menggunakan nama Allah SWT maka lihatlah apakah ianya membawa fitnah dan kelalaian atau memberikan manfaat kebaikan dan menjauhkan diri dari dosa.

Ramai orang terkena belitan syaitan apabila terpedaya kononnya bercinta kerana Allah SWT namun apabila sudah ber“couple” dan bercinta semua larangan Allah dilanggarnya.

Bertudung labuh dan berkopiah tetapi berdua-duaan ditempat yang tidak diredhai Allah kerana cinta dan perasaan akhirnya syariat Allah menjadi gadaian.

Ada orang yang baik, lelaki muslim dan wanita yang muslimah pada asalnya mahu bercinta kerana Allah tetapi dipertengahan jalan mereka ditipu oleh syaitan. Akhirnya kerana sudah pun terlanjur berpegangan tangan, bercium dan melakukan maksiat ringan masing-masing berpendapat kita sudah tiada jalan kembali kecuali terus terjebak dalam hubungan haram ini.

Allah itu maha pengasih dan pengampun, setiap kali terlanjur dan tersilap dalam perjalanan maka segeralah lakukan U-TURN sementara nyawa masih dikandung badan. Pintu taubat sentiasa terbuka dan segeralah rayu dan memohon keampunan daripada-Nya.

Janganlah terpedaya oleh syaitan yang sentiasa merayu peluang kedua dari manusia agar sekali lagi melakukan dosa. Sekali lagi sahaja, Cuma sekali lagi katanya yang merayu supaya terus melakukan dosa lalu terperangkap di dalamnya.

Kelima :

5. SI DIA tidak mengharapkan balasan kecuali dari Allah

Cinta yang suci itu ialah cinta yang hanya tahu memberi tetapi tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Mereka ini seperti yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud : Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (Al-Insan : 9)

Jika benar si DIA mencintai Mu kerana Allah maka bergembiralah kerana kalian benar-benar mahukan syurga dan tidak kisah dengan siapa berakhirnya hubungan ini. Apakah dia menjadi milikmu atau kamu menjadi miliknya hal itu bukanlah isunya tetapi apakah Si DIA dan kamu masing-masing beroleh kasih sayang dan keampunan dari Yang Maha Esa.

Sabda nabi salallahualaihiwassalam : “ Barangsiapa yang mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah serta memberi kerana Allah atau menghalang kerana Allah maka telah sempurnalah Imannya.” (hadis riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Syeikh Albani)

Lelaki dan wanita yang saling mencintai kerana Allah SWT lebih takutkan Allah dan lebih mencintai Allah dari diri mereka sendiri dan secara pastinya mereka mencintai satu sama lain hanya semata-mata kerana hubungan masing-masing dengan Allah SWT.

Lelaki yang beriman dan benar-benar mengasihi seorang gadis kerana Allah akan sentiasa mahu wanita itu terpelihara dari dosa dan mahukan kebaikan serta rahmat Allah SWT ke atasnya.

Jika dia mahu mengahwini gadis itu maka hasratnya itu adalah kerana mahu melindunginya, mahu mengasihi dan memanfaatkannya di jalan Allah SWT. Adapun jika ada lelaki lain yang terlebih dahulu hadir dalam kehidupan wanita itu maka dia akan sentiasa mendoakannya dan mengharapkan kebaikan di antara kedua-duanya.

Hatinya Ikhlas dan hanya mengharapkan balasan dari Allah SWT.

Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda :“Doa seorang muslim kepada saudaranya di belakang pengetahuan saudaranya pasti dimakbulkan. Di atas kepalanya akan ada malaikat yang menjaganya dan setiap kali dia berdoa untuk kebaikan kepada saudaranya itu maka malaikat pun ikut berkata “Amin” dan mendoakan supaya baginya juga mendapat serupa apa yang telah didoakan kepada saudaranya.” (riwayat Muslim)

Inilah sifat orang yang beriman dan menjadikan Allah sebagai matlamat dan tujuan. Mereka tidaklah menjadikan cinta kepada wanita, lelaki, teman dan kekasih mereka itu sebagai sekutu atau saingan dan tandingan kepada Allah SWT bahkan sebaliknya ia menjadi baja dan air yang menyuburkan keimanan mereka serta sokongan kepada ketaqwaan mereka.

Firman Allah yang bermaksud : “Dan (aku telah diperintah): "Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik.” (Yunus : 105)

Mereka inilah yang termasuk dalam hadis nabi yang bermaksud : “ Manusia yang paling bahagia di hari akhirat dengan syafaatku kelak ialah yang berkata “Lailahaillallah” Ikhlas daripada hati dan dirinya.” (hadis sahih riwayat Bukhari)

Syaitan tidak mampu menggoda mereka bahkan oleh wanita yang paling cantik jelita atau oleh lelaki yang paling kacak dan tampan sekalipun. Takala dikatakan oleh Syaitan tidak takutkan kamu jika jarang bertemu atau bersms dengan kekasihmu itu nanti dia akan mencari atau dipikat oleh lelaki lain ?

Orang ini akan berkata : “Alhamdulillah, daripada Allah kita datang dan kepada Allah-lah kita akan kembali. Jika benar begitu maka saya akan mempermudahkan urusannya, membantunya agar dapat menikahi gadis yang ku sayangi ini jika benar lelaki yang lain itu adalah yang terbaik untuknya.”

Sesungguhnya saya mencintainya hanya kerana ALLAH !

---------------------------------

-Mohon disebarkan artikel ini jua kerana Allah !


Artikel yang saya baca dan ingin dikongsikan dari laman ustaz Emran.

Thursday, November 24, 2011

counting the days...



more that 1 weeks for my convocation days...
Cepat je masa berlalu. Tanggal 1 hb Dis, i'll fly again to Semenanjung Malaysia lepas lebih kurang 5 bulan tinggalkan tempat tu. Eh, macam tak lame je 5 bulan tu kan?? hem...nape rasa macam lame ye??

Takpe, yang penting, 1 Disember tu is my day, dan hari tu nak jumpa kawan-kawan dan insan yang lama dah tak jumpa. =) Mesti sayu pilu je jumpa diorang..dan semestinya mesti ada yang akan tegur, "Hajar, awak dah tembam lah sekarang...".. Aaaa....tak sanggup je rasa nak dengar...huhu. Tapi dah memang tembam, kena terima la kan?? Siapa yang suruh makan banyak..hehe...

Takpela, yang penting, pentauliahan belajar selama 4 tahun yang lepas akhirnya akan diiktiraf di hadapan ibu ayah tersayang. Just want to make them proud...mudahan segalanya berjalan dengan lancar nanti..amin......:)

Kek Lapis Persona Cheese 'to be'.....



Bismillah....rasanya macam dah lama tak cuba buat kek yang baru. Cewah, macam dah banyak kek je dah buat. hihi... Tapi sekarang ni memang berazam nak buat kek lepas tengok blog Kak Nor ni.

Kek Lapis Persona Cheese....Waaaa sedap je dengar nama kek ni. Kak Nor buat pun memang nampak sedap je. Maka dengan ini, saya berazam akan mencuba untuk membuat kek ni...satu hari nanti....=D bile ek???

Akan datang........ jadi sebelum saya mengimport gambar kek buatan sendiri yang tak tahu bila akan keluar, mari kita jamu mata dengan kek buatan kak Nor je ye....hehe. Selamat menjamu mata!!!!..:D






hah,macam mana? tergoda tak?? huhuhuhu...


Tuesday, November 22, 2011

Wira Harimau Muda



Alhamdulillah..masih diberi peluang menghirup udara segar hari ni diiringi dengan semangat kemenangan pasukan Harimau Muda semalam. Syukur sangat sebab dapat menyaksikan kemenangan pasukan Malaysia walaupun perlawanan habis sampai lewat malam. Memang kemenangan itu sudah ditetapkan oleh Dia. Begitu hebat perancangan yang Allah buat, dan segalanya membuktikan dengan berkat doa dan usaha, kemenangan itu sudah memang menjadi milik Malaysia.

Melihat bola terakhir yang ditendang oleh Badroll yang seperti 'bermain-main' dengan penjaga gol Indonesia malam tadi memang satu keajaiban buat penonton. Wah, best juga melihat perlawanan seperti ini lebih-lebih lagi bersama keluarga...=) Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain Harimau Muda. Hah, mereka inilah yang menjadi perhatian nombor 1 den dalam perlawanan semalam. Terima kasih untuk kemenangan ini..........



of coz kapten ni, Badroll...


penjaga gol yang hebat....khairul fahm

si baju biru...fakri (walaupun semalam tak ada tenaga kot nak tendang bola, tapi tetap great warrior...)


Muslim...pertahanan yang mantap...

n lastly....Izaaq...hehe
walaupun tak main semalam, tapi menjadi perhatian untuk perlawanan lepas sebab ketinggiannya....^_^

tentu tidak dilupakan, jurulatih yang nampak garang juga ni...^_^ tahniah!!!

Monday, November 21, 2011

Blog yang paling 'den gomar'




Bismillah... harap semuanya sihat je. Waa malam ni tak sabar je rasa nak tunggu perlawanan bola final sukan SEA... Dari pagi tadi lagi teringat. Tak tau la kenapa perlawanan kali ni macam semangat sangat nak tengok. Mungkin sebab da tengok dari awal kot perlawanan Harimau Malaysia ni.. wish the best for Malaysian team..!!! =)

Balik pada tajuk, den ni selalu merapu dulu sebelum masuk point. hehe...introduction konon..
Ada satu blog sahabat yang saya kenal daripada kawan yang lain. Tak tahu kenapa, suka baca blog dia. Mungkin sebab tujuan kami sama kot waktu mula-mula buka blog. (Sebab nak dapat markah assignment..hehe. Dan akhirnya, jadi ketagih pula dengan blog)

Blog yang saya maksudkan adalah blog.....jeng jeng jeng... Cik Dida Syuhada...hehe.
Exactly tak kenal sangat pun beliau, tapi kalau nak buat statistik, rasanya blog beliau la yang mendapat tempat pertama...=)

Jadi, Cik Dida Syuhada, i followed you...=) thanks...and nice to meet you....



Cinta itu milik DIA



SEGALANYA MILIKMU -MESTICA-


Kau yang menciptakan cinta
dan Kau jua yang menghampar bahagia
diribaanMu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
namun padaMu jua diadukan
merebahkan keresahan dan tangisan

* aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu tiap yang terbaik utkku
tak semuanya yang ku mahu...

Dicelah hangat nafas yang terhela
ada dingin saat menyebut namaMu
terarah segala ronta rasa
pada damainya dakapanMu (ya ALLAH)

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu disegenap ruang rasaku
telah kau titipkan kekuatan oh Tuhan...

Kenapa Allah beri dugaan pada kita??




Kadang-kadang hati bertanya,
kenapa Allah beri dugaan pada kita
kenapa kita yang memang banyak kekurangan ini
diberi lagi dengan dugaan
yang melemahkan lagi kekurangan yang ada

sedangkan
ramai yang diberi kelebihan
tidak merasa kekurangan hatta sedikit pun

hati kadang-kadang menangis
merintih
dan seketika hati terasa penat
menanggung segala yang menimpa

tapi,jika difikirkan kembali
dugaan ini yang membuat hati kita tersentuh
dan sentuhan itu membuat kita menangis
dan tangisan itu membuatkan kita untuk berfikir
dan fikiran itu membuatkan kita kembali
kembali semula kepada dugaan yang dihadapi
dan seterusnya
kembali semula kepada Dia yang memberi

dugaan itu mengingatkan kita pada pencipta
menjadikan kita
lebih bersedia
pada kenikmatan masa hadapan

~kala kesedihan melanda~

Sunday, November 20, 2011

Sarawak Perlu 20,000 Tenaga Kerja Baru



Bismillah...
Headline di atas adalah salah satu headline dari Berita Harian online yang sangat menarik perhatian. Apabila disebut angka 20,000 ni, bukan angka yang sedikit. Tetapi kenapa masih ramai yang menganggur? (termasuk blogger ni sendiri..=)) Adakah sebab sikap rakyat yang terlalu memilih pekerjaan? Atau sikap majikan yang terlalu memilih pekerja?

Jujurnya, kedua-dua perkara ini memang berlaku dan menjadi salah satu sebab kekurangan tenaga pekerja di Sarawak. Contohnya, diri sendiri ni...hehe. Rezeki jawatan yang diperoleh memaksa saya untuk menginap di kawasan yang jauh dan pedalaman. Disebabkan kebimbangan ibu bapa yang risau anak perempuan mereka ini berseorangan di tempat orang, maka rezeki itu terpaksa ditolak. Tapi ini bukan memilih kan, kan, kan??? ^_^ Tapi tak apa, mungkin rezeki ada lagi di tempat lain.

Jadi, back to the point, bagi sesiapa yang memerlukan perkerjaan sebagai satu tempat bergantung hidup, seharusnya memilih pekerjaan itu tidak harus diikut. Begitu juga dengan majikan. Bagi saya, semua majikan semestinya mahukan pekerja yang terbaik. Tetapi, kadang-kadang dengan pengalaman dan tunjuk ajar yang diberi, pekerja dapat memberi prestasi yang lebih baik untuk majikannya.

Terpulang pada diri masing-masing untuk berfikir. (Peringatan untuk diri sendiri)

Okey....Sarawak Tetap Mansang...=)

Friday, November 18, 2011

Tentang Dhia




Tentang Dhia...sebuah drama bersiri yang baru sahaja disiarkan di TV3 menggantikan drama Sofiyya. Sekarang dah masuk episod ke 7. Mula-mula tengok cerita ini dalam tonton.my terus jatuh hati nak tengok sambungannya.

Drama 26 episod ni mengisahkan perhubungan dua darjat yang berbeza. Tetapi apa yang menarik adalah darjat itu diketepikan kerana ingin pada sebuah keluarga yang sakinah. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Ini adalah frasa yang bersesuaian dengan kisah Tentang Dhia ini.

Tak sabar rasanya ingin menonton kisah ini hingga tamat. Segala yang berlaku, jika disandarkan pada Allah, keputusannya adalah kebahagiaan yang berpanjangan, dunia dan akhirat.


BUNGKUS ke TUTUP???

sekadar gambar hiasan




Status ni saya ambil dari status facebook ustaz Zamri. Analogi yang agak ringkas untuk difahami maksudnya. =) Sama-samalah kita renungkan....

"Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.

Maka pilihlah TUTUP.... :-)"



Thursday, November 17, 2011

Ya Allah, Kekalkan Kemesraan Ini Selama-lamanya


Bismillah..apa khabar semuanya...:) Alhamdulillah baru selesai melihat perlawanan bola sepak Malaysia melawan Indonesia untuk Sukan SEA di Indonesia. Perlawanan yang mendebarkan..huh... Tak faham sangat pun permainan ni sebenarnya...tapi suka melihat aksi-aksi pemain....

Tapi, bukan tentang perlawanan ni yang nak diceritakan sebab nanti merapu pula ulasan yang diberi. hehe. Malam ni nak berkongsi dengan semua perihal isi buku yang baru juga selesai dibaca petang tadi. Buku "Ya Allah, Kekalkan Kemesraan Ini Selama-lamanya" tulisan Khoirul Amru Harahap terbitan SynergyMedia. Semasa membeli buku ini, kulitnya seperti sebuah buku novel namun isinya lebih kepada motivasi berkaitan ilmu sebelum berumahtangga terutama dalam pemilihan pasangan hidup.

Saya ingin berkongsi dengan semua perihal kriteria jodoh yang ideal yang dikeluarkan dari buku ini. Moga menjadi panduan kepada rakan semua...=)

Kriteria jodoh ideal bagi lelaki:

Agama
Lemah lembut dan penyayang
Kuat dan amanah
Mampu Baah
Sepadan

Kriteria jodoh ideal bagi wanita pula:

Agama
Subur
Sangat mencintai
Perawan atau masih gadis
Keturunan mulia
Cantik
Afifah

Ini lah antara kriteria yang disampaikan di dalam buku ini. Semoga kita memperoleh pasangan hidup yang memberikan kita kebahagiaan di dunia mahupun akhirat. Amin....



Wednesday, November 9, 2011

Cross Stich



Bismillahirrahmanirrahim..
Hai semua!! Harap semuanya sihat da happy je...:)
Hari ni just nak share something about cross stich..eh betul ye eja macam ni? hehe..
One day nak jadikan al kisahnye, terjumpa buku lama yang dah berkurun-kurun dah rasanya tengok buku tu. Dari kecil lagi, buku tu dah memang ada dalam simpanan keluarga tapi tengok macam tu je. Tibe-tibe pulak terjumpa dan tertarik dengan buku ni semula...

buku berkaitan dengan seni-seni dalam jahitan contohnya menyulam, kait dan cross stich. Buku kepunyaan bonda ni ajar satu persatu tentang seni jahitan yang ada. Akhirnya, terasa 'kejeron' (bahasa sarawak yang bermaksud 'excited') je nak mencuba... Esoknya, terus ajak adik pegi kedai beli alatan untuk meng'cross stich' ni...

kanvas cross stich. Waktu beli kanvas ni, tak tahu nak bagitau macam mana kat tokey cina kat kedai tu. Last-last, ikut je macam yang dalam buku cakap, 'kanvas'. Tokey tu terpinga-pinga je dengar. Mana taknya, kedai kain mana ada jual kain kanvas yang selalu orang anggap macam baju hujan tu. Dia pegi tanya kat kawan dia, then kawan dia jawab, kain untuk buat cross stich. Yang buat malu, dia siap ulang balik sebut 'kanvas' lepas tu gelak.......grrr.... Rasa nak balik je ambil buku tu tunjuk kat die...huhu...=p


Dua alat yang penting jugak...

Huhu, penat da menaip..hihi... Jadi, doakan la ye semoga menjadi seninya...haha... tangan tak seni pun...saje je nak isi masa lapang...:P





Saturday, November 5, 2011

Second trial...^_^



Bismillah...
Alhamdulillah untuk trial kedua ini, kuih ini menjadi...maksudnya tak payah makan guna sudu da...^__^

(tetap juga nak bagitau).....

peminat setiaku...:D

Thursday, November 3, 2011

Kuih Bakar Lemak Manis

Bismillah....assalamualaikum semua...
Hari ni nak share resepi kuih bakar kegemaran yang saya selalu beli kat pasar malam dolu-dolu. Sekarang susah nak jumpe kat sini. Kuih Bakar Lemak Manis....sodap.... Pagi tadi cari resepi kuih ni kat dalam internet. Jumpe kat blog kak Hasue. Resepi die senang je. Maka, bermula lah proses pembuatan kuih bakar ni...Meh kitekongsi resepi sama-sama ye...

Bahan-bahan
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji telur
3 cawan santan (saya guna santan serbuk + air)
3 sudu besar susu manis
garam
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit pewarna kuning
bijan- untuk tabur

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan di atas kecuali bijan ke dalam blender dan kisar sampai halus.
Lepas tu, masakkan adunan hingga pekat.
Tuang ke dalam loyang yang dah disapu marjerin, tabur bijan dan bakar selama 40 minit atau hingga kelihatan garing.

Ha...senang kan...:) Den pun buat pagi tadi dan hasilnya.....

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
^^^^^^^^^^^^^^
^^^^^^^^^^
^^^^^^^
^^^^
^^
^
tadaaaa......
^
^^
^^^^

hehe...tak ade kan. Sebab....kuihnye tak jadi..!!! Adoi...!! langkah ke 2 tu lupe pulak nak buat. Lepas kisar, terus letak dalam oven. Cair da jadinye...huhu. Makan pun kena guna sudu....
Apapun, tetap licin kena makan oleh aimin seorang..haha. Siap pesan suruh buat lagi hari ni...suke2!!!^___^

Hari ni saya nak buat lagi untuk cubaan kedua. Biar makan tak guna sudu dah...:D Dah, nak pegi beli telur dulu......Daaa......^__^


Tuesday, November 1, 2011

Kita pasti akan menyusuli

Bismillahirrahmanirrahim....assalamualaikum semua...
Malam ni, terasa sayu pula rasa selepas mendengar perkhabaran kembalinya adik kepada seorang kakak yang rapat ke rahmatullah kerana penyakit kencing tikus. Sudah beberapa hari ini membaca status facebook kakak yang tidak henti-henti meminta doa daripada rakan-rakan, dan akhirnya, Allah ambil arwah pergi. Pergi daripada dunia yang penuh dengan dusta ni...:(

Walaupun tidak mengenali arwah adik beliau, tapi masih terbayang keceriaan kakak semasa menceritakan perihal keluarganya. Huhu... Dan tatkala membaca ucapan takziah yang disampaikan di dalam facebook, mata merayap pada nama yang menjadi bualan utama di sebalik takziah itu. Nama itu terus saya klik dan terpampang wajah ceria arwah..huhu sedih lagi setelah membaca status terakhir yang ditulis "Selamat Hari Raya Aidilfitri..:-)". :( begitulah orang lain melihat kita setelah kita pergi dari dunia ni kan...??

Semoga kakak dan keluarga tabah atas ketentuan ini. Allah lebih sayang arwah...Dan pastinya, kita semua pasti akan menyusul mengekori arwah...

:( :( :(

Monday, October 31, 2011

Jelly Lense

Bismillah....
Assalamualaikum semua....
Hari ni rajin pulak nak update blog malam-malam buto ni. hehe..
Teringat pulak kat benda yang abang poslaju bagi pagi tadi. Exactly bagi kat adik, tapi kakak yang tolong bukakkan bungkusan. Bukak je bungkusan tu, terkial-kial tengok benda yang ape ntah tu satu-satu. Kenak nya banyak gilak??? berjual ka?? (hiii...dialog kan, kene bagi yang asli punye dialog..=P)

Lame juga aktiviti membelek-belek dengan mak tadi, baru terbaca kat main katalog tu rupenye benda tu adalah jelly lense. Ow...ape lagi, naik atas masuk bilik, ambik kamera, terus test...Hahaha, dik, akak cube dulu ye....:D

Best jugak guna lense tu. Macam-macam effect boleh buat walaupun just guna kamera telefon bimbit. Macam DSLR gitu....Tapi jenis yang paling suka untuk disnap adalah yang close up punye...


Gambar ni sebelum letak jelly lense (close up) dan lepas letak....

terus nampak jelas gitu...:)

Ini lah rangkaian jelly lense yang adik beli...

Apa pun, lense ni memang best...!! Untuk tahu lebih lanjut tentang lense ni, boleh tengok kat LINK..











Saturday, October 29, 2011

'Harapan dan Kebangkitan Arab' by Dr Mohd Asri

Membaca artikel yang ditulis oleh Dr Mohd Asri berkaitan pemerintahan di negara Arab amat memberi kesan pada diri. Lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan pembunuhan Gaddafi yang dahulunya sering kali menjadi tajuk utama dalam kaca televisyen yang menunjukkan kekuasaan beliau di bumi Libya.

Namun, akhirnya kesudahan yang beliau dapat di alam dunia ini begitu menyedihkan dan diperlakukan seolah-olah beliau adalah insan yang terlalu hina. Menyaksikan video di saat pembunuhan Gaddafi dulu memang meremangkan bulu roma. Tetapi apa yang dibangkitkan di sebalik pembunuhan tersebut di dalam artikel Dr adalah bagaimana orang bukan Islam memandang agama Islam itu bukan seperti yang diberitakan. Ini adalah kerana semua yang terlibat tunjangnya beragama Islam. Dan, semasa video pembunuhan juga terdengar dengan jelasnya ungkapan "Allahuakbar" dilaungkan.

Sedih juga melihat keadaan sebegini... Semoga kita dijauhkan daripada mengalami perkara sedemikian...

Marilah sama-sama membaca fikrah Dr Mohd Asri berkaitan perkara ini di LINK berikut.

The real 'Slumdog Millionaire'


Bismillah.....Pasti ramai yang dah tengok cerita Slumdog Millionaire kan? salah satu filem yang memenangi anugerah Oscar yang mengisahkan warga India yang menang dalam peraduan "Who Wants To Be A Millionaire". Ingat lagi cerita tu di'promote'kan oleh seorang pensyarah. Thank you encik Azmir!!...

Hidup yang penuh dengan kemiskinan dan pertandingan ini akhirnya menjadikan dia terkenal ke seluruh dunia. TAPI itu hanya cerita..... dan TAPI lagi, kisah ini telah benar-benar berlaku di India..!! Seorang kerani yang mendapat gaji sebanyak RM399 sebulan sekarang mendapat 3.07 juta sebagai hadiah beliau menyertai pertandingan itu.

Sushil Kumar, insan bertuah yang diberi kurniaan rezeki yang berlipat-lipat kali ganda. Mungkin ini rezeki alam perkahwinan yang baru ditempuh selama 3 bulan...:)

Sumber daripada KOSMO! mengatakan, dia hanya menonton rancangan ini di rumah jirannya kerana tidak mampu membeli set televisyen...dan sekarang, duit yang diperoleh beliau akan gunakan untuk menduduki peperiksaan, membeli rumah baru untuk isterinya, membayar hutang ibu bapanya dan dijadikan modal untuk adik beradiknya berniaga....huhu... anak yang baik............:)



Monday, October 24, 2011

Assalamualaikum....


Bismillah, dengan nama Allah yang memulakan dan mengakhirkan segalanya. Malam ini, terasa ingin berkongsi satu kisah dengan semua tentang apa yang pernah dialami selama menjadi guru sandaran yang lepas. Kenangan yang tak mungkin dilupakan..^_^

Setiap pagi, setiap hari persekolahan dan setiap kali masa pengajaran bermula, pastinya akan dimulai dengan ucapan salam daripada anak murid. (untuk cikgu beragama Islam) Seperti yang kita tahu, ucapan salam adalah satu doa murid kepada gurunya...dan sebagai guru dan orang yang menerima salam, wajib untuk kita menjawabnya.

Apa yang menjadi isu di sini adalah ucapan salam yang diberikan. Teringat satu hari, masuk ke kelas tahun 6, semua murid Islam berdiri dan memberi salam, "Assalamualaikum warahmatullahi bawarakatuh, cikgu." Wah, dengan alunan 'salam sekolah' yang mendayu, terasa doa itu memang ikhlas diberikan. Tiba-tiba terasa kelainan pada salam tersebut. 'Bawarakatuh'...???? Bukankah sepatutnya, "wabarakatuh"... Apa yang memeranjatkan, hampir semua murid menyebut dengan ayat yang sama.

Secara tidak lansung, maksud salam tu juga bertukar....apa maksud 'bawarakatuh'?? Seharusnya perkara asas ini dipandang dengan teliti terutama sekali guru. bayangkan sampai masuk sekolah menengah mereka tidak ditegur, dan sampai bila-bila ucapan salam itu tetap sama. huhu... sama-sama lah kita renungkan....

^_^ dan satu masa pembelajaran hari itu adalah untuk melatih memberi salam dan maksudnya.....semoga mereka mengingatinya...

19 Jenis kucing termahal di dunia.

Bismillah....info ni saya dapat dari salah satu laman sesawang sahabat. (LUQMAN HAKIM) Kucing adalah salah satu makhluk yang saaaangatlah indah....aaaa....suka sangat kat kucing. Tapi masih takde rezeki nak beli kucing sendiri. kucing yang datang tanpa diundang ade je banyak.....hehe.... tapi papepun, diorang peneman yang sangat setia....

okey, jom kite tengok kucing-kucing yang termahal di dunia yang pastinya nak fikir 2 sampai 10 kali kalau nak beli...^___^ (kalau ada yang nak bagi percuma, nyiru saya tadahkan.......!!! Ade ke??)

1. Persian cat
Persia adalah kucing berbulu panjang yang dikenali dengan wajah bulat dan mulut pendek. Kucing ni popular kerana sangat penyayang dan setia.

Salah satu jenis kucing tertua, namanya sempena nama tempat asalnya, Persia (Iran). Diakui oleh fancy kucing sejak akhir abad 19, diperkenalkan pertama kali oleh England , dan oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Di Britain, dipanggil seniman atau pemain muzik klasik Persia.

Walaupun Persia mempunyai harga yang tinggi dan perlu rawatan pemeliharaan setiap hari, ini lebih dari diganti dengan personaliti, tetapi bulunya boleh menjadi mimpi buruk untuk dikekalkan. Kadang-kadang tumbuh sehingga 3 inci panjangnya! Persia memerlukan persekitaran yang nyaman untuk merasa aman.

2. Siamese cat

Siamese adalah salah satu yang pertama diakui kucing keturunan Oriental. Asal namanya Siamese tidak diketahui, tetapi diyakini berasal dari Asia Tenggara. Kucing ini berkembang biak dari Siamese Moden menunjukkan rapi, ramping, bergaya, fleksibel dan badan berotot.

Kepala berbentuk segitiga, dengan mulut kecil. Mata berbentuk almond dan cembung. Bulu pendek, berkilat, halus, lembut, padat dan sesuai dengan badan. Siamese dikenali dengan skema warna khas yang tajam. Seekor kucing Siamese selalu ingin menjadi tarikan perhatian.

Kucing ini ingin diperhatikan. Kucing ini sangat mudah berinteraksi, berbunyi dengan suara serak untuk perhatian atau hanya untuk diajak berinteraksi! Kucing ini cenderung mendapat perhatian ramai atau kuat menangis jika anda mengabaikannya.

Kucing ini ramping dan cergas dengan telinga yang besar. bulu yang pendek dan terletak berhampiran dengan kulitnya. Kucing ini suka dibelai, dan sangat setia dan rapat dengan seseorang. Kucing ini sangat cerdas dan penuh kasih sayang...

3. The Maine Coon cat

The Maine Coon mempunyai struktur tulang yang besar, dengan bentuk badan persegi, dan bulu panjang menjalar dibadannya. Pembiakkannya dapat dilihat dalam berbagai warna dan dikenali melalui kecerdikannya.

Maine Coons adalah salah satu jenis dalam negeri terbesar.Bagi kucing jantan kebanyakan berat badannya 12-18 paun, pada berat betinanya biasanya 10-14. Kucing ini kuat, lembut dan penuh kasih dengan bulu panjang tetapi tidak memerlukan banyak berhias seperti Persia.

Kucing ini baik akan membuatkan sangat aman dengan anak-anak. Malah menjadi tambahan yang sangat setia kepada keluarga.

4. Abyssinian cat

The Abyssinian adalah jenis kucing peliharaan dengan bulu dicipta sebegitu menarik. Ada banyak cerita tentang asal-usulnya, sering kucing ini berguling di Mesir, tetapi asal-usul yang sebenarnya tidak pasti.

The Abyssinian telah menjadi salah satu yang paling popular keturunan kucing bulu pendek di Amerika Syarikat. Bulu separa-panjang, padat, dan lembut untuk disentuh. The Abyssinian mempunyai bulu yang luar biasa cukup untuk menarik perhatian.

Setiap bulu mempunyai warna asas dengan tiga atau empat jalur berwarna gelap,bulu berwarna lebih terang pada akar berhampiran kulit, dan gelap "ticking" warna di hujungnya. Abyssinians sangat aktif, sibuk dan lucu, dan kucing ini menyayangi manusia.

5. Ragdoll cat

The Ragdoll adalah salah satu jenis kucing peliharaan terbesar dengan bentuk badan tegap, tapak kaki besar dan seimbang. Kucing ini berkembang biak dengan mata biru dan bulucolorpoint yang berbeza. Ini adalah kucing semi-artis besar dan berotot dengan bulu yang lembut dan halus.

Dikembangkan oleh penternak kontroversial Amerika Ann Baker, yang terbaik adalah dikenali dengan sifat yang jinak dan tenang dan sifat kasih sayang.

Kucing ini sangat lembut, santai dan penuh kasih sayang. Ragdoll yang sempurna untuk peliharaan di rumah atau di mana-mana.Kucing ini begitu jinak sebaliknya berbahaya untuk ditinggalkan di rumah sendirian kerana kucing ini tidak dapat mempertahankan diri jika diserang haiwan lain.

6. The Exotic Cat

The Exotic Shorthair mempunyai sifat lembut dan tenang dari Persia, tetapi lebih hidup dari keturunan kucing berbulu panjang itu. Sifat ingin tahu dan suka bermain, kucing ini mesra terhadap kucing dan anjing lainnya. Kucing ini jarang mengeluarkan bunyi. Kucing ini tidak suka ditinggalkan sendirian, dan memerlukan kehadiran tuannya.

Kucing ini cenderung untuk menunjukkan kasih sayang lebih dan kesetiaan dari keturunan paling dan menjadikan pusingan hidup kucing yang sangat baik. sifat kucing yang tenang dan stabil membuat kucing ini sesuai untuk penduduk bandar.

Meskipun demikian, Exotics mempunyai beberapa warisan tenaga dari keturunan kucing berbulu pendek Amerika dan sering mampu memburu tikus.

7. Savannah Cat

Savana dianggap salah satu jenis yang lebih besar dari kucing peliharaan. Padang rumput tinggi dan ramping membangun memberikan penampilan ukuran lebih besar dari berat biasanya. Kucing ini merupakan kacukan silang antara kucing serval dan kucing rumah.

Savana umumnya dibandingkan dengan anjing dalam kesetiaan, dan kucing ini akan mengikuti tuannya di sekitar rumah seperti juga anjing. Savana juga dapat dilatih untuk berjalan di atas tali, dan malah menyambut tetamu.

Savana dilaporkan sebagai sangat sosial dan mesra dengan orang-orang baru, dan kucing lain dan anjing, sementara yang lain ada bersembunyi atau kembali mendesis dan marah ketika melihat orang asing.

Paparan terhadap orang lain dan haiwan peliharaan yang paling mungkin faktor kunci dalam sosialisasi sebagai kucing Savana membesar. Savana tidak mempunyai masalah sifat yang akan dikaitkan dengan asas kucing lebih pemalu dan / atau agresif hybrid. Savana yang sangat ingin tahu, dan telah dikenali masuk ke dalam segala macam hal.

Kucing ini sering belajar bagaimana untuk membuka pintu dan almari, Savana merupakan kucing yang tidak takut dengan air di mana banyak orang akan mandi atau malah terjun dalam air. Beberapa pemilik kucing juga mandi dengan kucing Savana.

8. Burmese Cat

Burma dianggap sebagai kucing bulu pendek asing di Amerika Syarikat. Warna mata kucing ini diterima untuk berkembang biak dengan mata berwarna emas atau kuning.

Walaupun antara pembiakan dengan Siam dapat mengakibatkan biru atau hijau. Mata biru atau nyata ("aqua") mata, secara genetik mungkin kucing asli di Burma.

Badan ini dikenali kerana berkilau, dengan satin finish. Seperti kebanyakan kucing berbulu pendek, tidak memerlukan rawatan tambahan. kucing Burma cenderung vokal seperti Siam. Kucing boleh benar-benar terikat dan percaya dengan tuannya.

9. Manx Cat

The Manx adalah jenis kucing dengan mutasi semulajadi tulang belakang. Mutasi ini ekornya lebih pendek, sehingga dalam banyak-banyak ekor panjang kurang yang beekor.

Banyak Manx mempunyai rintisan "kecil" ekor, tapi kucing Manx terkenal sebagai sepenuhnya ekor, ini adalah karakter yang membezakan dari keturunan dan jenis badan kucing mutasi genetik. Para Manx dikatakan pemburu unggul dan dikenali untuk menangkap mangsa yang lebih besar malah ketika masih muda.

Kucing ini sering dicari oleh petani dengan masalah haiwan pengerat seperti tikus. Kaki belakang Manx lebih panjang daripada kaki depan, menciptakan satu henjutan yang berkesinambungan dari bahu ke punggung kucing memberikan penampilan yang kuat.

Telinga kucing lebih kecil dari keturunannya dan Manx boleh ada dalam pelbagai warna, termasuk Tortoise-shell, Tabby, Calico, dan semua warna bulu padat. Kepala yang bentuknya bulat, dan seringkali sangat ekspresif, dengan mata lucu dan hidung kecil.

10. Sphynx Cat

The Sphynx (juga dikenali sebagai kucing Kanada Mexico) adalah jenis kucing yang dikenali kerana kurangnya bulu. The Sphynx kelihatan seperti kucing berbulu, tetapi tidak benar-benar berbulu. Tekstur kulit menyerupai kulit Chamois. Hal tersebut dapat dilindungi dengan sangat pendek, bulu halus, tidak seperti buah pea.

Memandangkan Kucing sphynx mahu untuk tetap hangat , kucing ini bertempek kepada haiwan lain dan manusia. Malah cenderung berpelukan dan tidur dengan tuannya di bawah selimut. Kurangnya bulu menjadikan kucing cukup terasa pada sentuhan kulit .

Kucing ini biasa dikenali melalui pola (padat, tompok, van, kucing, tortie, dll) dapat ditemui pada kulit Sphynx. Oleh kerana kurangnya bulu, Sphynxes memerlukan proses cuci biasa kerana tidak ada bulu untuk menyerap minyak semulajadi di kulitnya. Sphynxes dikenali kerana sifatnya yang ekstrovert.

Kucing ini menampilkan tahap tenaga yang tinggi, kecerdasan, rasa ingin tahu, dan kasih sayang untuk tuannya. Kucing ini memiliki mata yang luar biasa besarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram