Sunday, November 6, 2016

Pengalaman bersalin anak kedua

Alhamdulillah hari ini dah merdeka, hari ke 45 pantang. 19 September 2016, perjuangan melahirkan seorang lagi amanah telah berlalu. Dan sepertimana yang pernah saya ceritakan sebelum ini, saya menghidapi GDM (kencing manis) semasa mengandung, jadi doktor sarankan saya untuk melahirkan tidak lebih daripada tarikh dijangka bersalin iaitu 20 September 2016. Samada diinduce ataupun pembedahan. Dengar sahaja perkataan induce dan pembedahan buat hati jadi runsing. Masuk je bulan September, setiap kali solat mesti doa untuk diberi kemudahan bersalin.
Jantina pula pada hari terakhir buat ujian ultrasound, sempat juga tanya doktor. Doktor respon, kemungkinan besar anak lelaki sebab nampak macaam testis tapi batang tak nampak, mungkin dikepit. Itu adalah doktor kedua yang cakap kemungkinan anak lelaki. Jadi, semua pakaian dan keperluan anak lelaki sudah siap disediakan. Dalam hati pun dah redha. Husband pun cakap, boleh jadi kawan abang Rafi nanti dan adalah alasan nak tambah anak lagi. Amboi..

18 September 2016

Hari ni tinggal dua hari lagi due. Pagi tu, sebelum solat Subuh, akhirnya tanda yang ditunggu-tunggu pun tiba. Gembira, takut dan risau semua ada waktu tu. Masih teringat lagi saat bersalin Rafi dulu. Tak lama lagi dah nak berulang. Seperti biasa, tak ke hospital dulu sebab belum masanya. Tapi dah set dalam minda, akan bersalin bila-bila masa. Jadi petang tu, ajak suami jalan-jalan ke Pustaka Negeri dan pusat beli belah sampai penat.
Tengah solat maghrib, mula terasa sakit di pinggang dan ari-ari. Tapi selang masa dalam 30 minit. Tekun tu tengok sela masa tiap kali datang sakit, lepas tu repot kat suami. Dalam jam 10 malam, tengah tidurkan Rafi, sakit datang tiap 10 minit pula dan mula beransur-ansur kerap. Bila dah tiap 5 minit datang sakit, baru ajak suami ke hospital. Waktu tu dah masuk jam 12 tengah malam dah. Sempat solat hajat dulu sebelum keluar rumah agar proses seterusnya dipermudahkan.
19 September 2016

Sampai je di hospital, terus pasang seluar bersalin (yang rupanya tak boleh pakai waktu bersalin, terpaksa ditanggalkan jugak). Daftar apa yang patut, masuk bilik untuk cek ctg dan sesi soal jawab dengan doktor. Waktu cek ctg ni la sakit contraction tu datang tak kerap sangat. Macam tau-tau je dah kat hoapital. Cek bukaan, masih 3 cm. Doktor cakap tunggu dulu sebab dia nak mintak doktor yang lebih pakar buat scan. Siap tanya lagi rumah jauh ke tak. Takkan nak suruh balik kot. 
Sementara tunggu doktor bawak ke bilik scan, tiba-tiba sakit yang teramat datang balik. Makin sakit dan makin kerap. Waktu tu teringat dulu pernah baca tentang hypnobirthing. Waktu kontraksi datang, bayangkan kepala bayi yang excited cuba nak keluar. Fikirkan wajah bayi yang akan kita sambut tak lama lagi. Dan tau tak? Memang berkesan!! Sakit tu memang sakit tapi kita akan rasa lebih tenang dengan sakit yang dialami. Bila dah rasa sakit tu, angkat je dari katil, lepas tu jalan-jalan pusing bilik dengan harapan bukaan tu cepat.
Tak lama lepas tu, masuk bilik scan. Doktor perempuan, agak sedikit tegang wajahnya. Waktu cakap dengan doktor baru tu pun, suara macam marah je. Penat agaknya kot... Tapi bila mula bercakap memperkenalkan diri, terus senyum terukir. Intinasi suara pun berubah. Huh sejuk hati waktu tu. Siap scan, doktor kata baby okey cuma nampak macam kecik. Kemudian, dia cek bukaan pulak. 

"Eh, dah besar dah bukaan ni. Dah 7cm, ambik wheelchair, bawak dia masuk labour room."

7cm dah?? Patutlah tadi sakitnya yang teramat. Doktor terus bawak masuk labour room, tukar baju dan mesej suami suruh masuk. Suami pun terkejut bukaan dah besar dari 3 cm dalam masa tak sampai sejam. Doktor baru tu pun hairan, siap tanya lagi ada ambik air selusuh tak. 
Dalam bilik itu,perasaan dah bercampur baur. Takut pun ada, excited pun ada. Dah nak keluar anak lelaki sorang. Dalam masa tu lah, doktor baru tu siap-siapkan pecah air ketuban dan kosongkan salur kencing. Agak sakit waktu dia laksanakan prosedur tu, tak macam masa bersalin Rafi. Tak lama lepas tu, sakit nak meneran pun sampaaaaiii... Ya Allah, macam biasa sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Tapi still, cuba guna konsep dari hypnobirthing tu dulu sambil mulut ikut baca zikir bersama suami. 
"Okey, kalau rasa nak teran, teran je tau Siti. Dah nampak dah tu rambut baby."

Nurse dah bagi kebenaran, dengan sekuat hati meneran dan alhamdulillah dua kali teran, baby pun keluar...
"Tengok ni, Siti dapat baby apa..."

Untuk seketika, waktu nurse tunjuk jantina bayi, saya dan suami kelu.. Tengok muka suami, terus ketawa. Ya Allah, perempuan ke?? Suami pun gelak. Nurse pulak buat muka hairan. Perasaan waktu tu terkwjut sangat. Mana tak nya, dua orang doktor dah bagi instinct yang kami akan dapat anak lelaki lagi. Saya pulak dah siap sediakan semua barang-barang bayi lelaki di rumah. Tup tup keluarnya perempuan!! 
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi dikurniakan sepasang dah anak.
Lepas je bersalin tu, tiba-tiba doktor mention ada sedikit cebisan yang tertinggal di dalam. Diorang panggil doktor pakar untuk tengok dan keluarkan. Doktor tu pun tekan-tekan kat bahagian perut. Agak sakit jugaklah waktu dia tekan tu. Dalam beberapa minit lepas tu, doktor cakap rasanya semua dah keluar tapi saya tetap kena makan antibiotik untuk menghalang kuman daripada timbul hari kemudian. Alhamdulillah, sampai sekarang, tak ada kesan negatif yang datang.
Itu lah pengalaman bersalin kali ni. Rasa macam tak percaya dah ada anak dua.
Oleh sebab ingat dapat anak lelaki, jadi persediaan nama mestilah anak lelaki je. Bila dapat tahu perempuan, terpaksa bertungkus lumus cari nama perempuan pulak. Dan alhamdulillah, pada hari ketujuh jugak ditetapkan nama puteri adalah Aufa Farhana binti Muhammad Fikry.

Assalamualaikum dunia... Eh lupa, berat Aufa saat dilahirkan adalah 2.47kg. Kecil je.. Semoga Aufa menjadi anak solehah, tabung syurga ibu dan ayah. Amin...
Okey, sampai sini saja. assalamualaikum... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram