Monday, January 6, 2014

Membuang kulat pada perabot

 
 
Hai semua..
 Hari ini saya nak share tentang masalah yang saya hadapi yang melibatkan perabot dalam bilik. 
Sudah hampir 3 minggu saya dan suami buntu mengenangkan nasib perabot bilik kami yang asyik ditumbuhi kulat putih. Buruk pula jadinya perabot kesayangan kami itu sebab perabot baru beli waktu kahwin kan terutama sekali meja solek. Sebab apa? Sebab waktu nak kahwin dulu, saya juga turut membeli perabot baru untuk di rumah mak. Lepas kahwin, masuk je bilik pengantin di rumah mentua, tengok meja solek dia...eh sebijik sama!! Haha.. Tapi yang dia punya, mama dia yang beli..^_^'
 
Okey back to the point. Tiap kali kulat tu tumbuh, tangan yang menaip ni rajin pulak nak lap guna tisu basah. Sekali lap je, dia jadi macam serbuk-serbuk yang halus. Geli pun ada. Tapi lepas lap je, dua tiga lepas tu, boleh pula dia munculkan diri di situ dengan bangga. Suami pun naik pening fikir cara nak hilangkan kulat tu. Mungkin kawasan yang lembap juga penyebabnya. 
 
 
 
Ha, lihat tu. Megahnya mereka berdiri. Siap ada corak ala batik lagi kat tepi-tepi almari. Akhirnya, saya google langkah-langkah yang pernah dilakukan dan jumpa satu ikhtiar ini. Apa yang saya gunakan adalah...
 
 Antiseptik Dettol

Caranya senang sahaja. Buang kulat-kulat yang megah tersebut dengan tisu hingga hilang, kemudian sapukan antiseptik Dettol pula pada permukaan tersebut. Macam tu je.. Pada awalnya memang berbau dettol sikit biliknya, tapi percayalah hasilnya memang berkesan.

Hasilnya, sampai sekarang kulat dah malu nak tumbuh kat perabot bilik. Tengok je kat perabot yang bersih, rasa bahagia sangat..

Jadi, sesiapa yang mengalami masalah yang sama dengan kami ni, silalah mencuba ya ikhtiar ini.
Selamt berjaya..

34 comments:

  1. Saya ada masalah kulat camni!! Akak, nak tnye, dettol tu akak cairkan ke takyah ek? Tenkiu.. :D

    ReplyDelete
  2. Tak, shafiaz..Akak tak cairkan pun... memang trus guna yang pekat tu..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih saudari Wahnan kerana berkongsi ilmu, rak tv saya pun berkulat juga, insyaallah nanti saya cuba

    ReplyDelete
  4. Ye.. Terima kasih. Perabot bilik anak saya pun penuh kulat.

    ReplyDelete
  5. Kak nk tny, sblm lap dgn dettol tu nk hilangkan kulat, lap dgn tisu basah ke gune yg kering je?

    ReplyDelete
  6. Akak buang dulu kulat tu dengan tisu basah sebelum lap dengan dettol. Sebab kalau guna tisu kering, die jadi macam serbuk..

    ReplyDelete
  7. Almari sy brkulat n ada sjnis semut. Klau tgk betul2 mcm habuk tapi brgerak. Hmm . Tak sggop rasanya. Klau brkulat msti Ada semut tu .

    ReplyDelete
  8. Cuba adik buangkan kulat2 tu sebelum jadi lebih banyak..

    ReplyDelete
  9. Tq...skit ati btol ngan kulat ni..xlrat lap..tmbh musim ujn..laju je dia tumbuh..tq ye..esok boleh try

    ReplyDelete
  10. saya dah buat mcm u buat tapi masih naik lg kulat2 tu

    ReplyDelete
  11. Sh Nafisah, kalau macam tu, cuba tengok pulak pada pengudaraan. Mungkin sebab pengudaraan yang agak lembab yang menyebabkan kulat tu naik dengan jayanya...

    ReplyDelete
  12. yuni pinky, memang pun sakit sangat rasa tengok kulat2 tu tumbuh. sakit hati sakit mata..=D

    ReplyDelete
  13. Kalu saye pindah rumah,kulat ni ikut skali x??geramnye...ape care lain lagi ye???pasang pemanas dalam rumah agak2 berkesan tak

    ReplyDelete
  14. ab26 ninja, yang penting asalkan tempat tu cukup udara dan kering,rasanya kulat takkan tumbuh. kalau pasang pemanas, mungkin satu langkah yang baik jugak. Cuba cek di laman ni. Mana tau boleh membantu jugak.

    http://moldblogger.com/tips-on-removing-surface-molds/

    http://moldblogger.com/dealing-with-mold-in-your-wardrobe/

    ReplyDelete
  15. info yg bagus... terima kasih..

    ReplyDelete
  16. saya pulak kulat kt tilam,pening nyaa

    ReplyDelete
  17. Terima kasih byk2 berguna utk sy..

    ReplyDelete
  18. Mcm2 sy cuba , akhirnya sy guna racun anai2 . Satu bilik kena sembur Sbb kulat tu akan jdkn semut n akan ddk di dinding. Setiap sbulan , kena sembur . Klau semut: kulat ada lagi maknanya ada yg tak kena . Try la

    ReplyDelete
  19. p diy lps tu beli wallpaper.. tampal je wallpaper.. lagi cantik..haha kulat pun xleh tmbuh da..

    ReplyDelete
  20. tq share..sy pun baru tergerak hati nak ggle..jmpa jgak jlnnye..nnti nak try..pning dah tgk kulat ni..lap2 smbur sflan smua lpas msggu naik balik..geliiiiiiiii..tmbah msim hujan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol maira humaira... jadi macam ape dah perabot kite kan? okay..semoga dapat membantu..

      Delete
  21. Kalu utk kerusi pvc mcmna plk

    ReplyDelete
  22. sebenarnya.. perabot yg mudah ditumbuhi kulat tu, adalah perabot yg diperbuat dr habuk kayu.. that y, diorg jual murah²... berbandingkan dgn perabot yg mahal.. u alls kena tahu semua tu.. perabot yg murah, mmg ade risiko mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan... sebab tu dia mudah ditumbuhi kulat..

      Delete
  23. Saya pun ada naik mcmni, bru ja msg mak saya mntk tlg, saya pening dah nk buat lagumana. Mak kata maybe tak kena cahaya mtahari and lembab so dia naik. Jadi mcm habuk pstu sja dok belek almari, adoi nmpk saja kecik2 tu dok bermain dlm almari. Tensyen skrg, umah sy mmg tk msuk chaya, klu pkai dettol boleh hilangkan trus atau mcmna? Sy geram smpai skrg tgk kulat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa cuba hari tu memang terus hilang dah tak tumbuh lagi.

      Delete
  24. spray ke lap nga tisu jee dettol tu??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram