Wednesday, August 31, 2011

Tersentuh hati melihat video ini

video

Tersentuh hati melihat kanak-kanak ini ditinggalkan ibu kelaparan di padang yang tandus...:'( Hanya doa yang mampu dikirim......sama-samalah kita berdoa buat mereka ya......

Sumber: Youtube

Tuesday, August 30, 2011

Kebuluran di Somalia..





Apakah perasaan kita setelah melihat gambar-gambar di atas? Pernahkah kita melihat gambaran seperti ini di negara kita?

Somalia. Nama negara Islam yang dikatakan bergolak kerana tiada kerajaan yang kukuh ditubuhkan. Pada waktu ini pula, krisis kemarau yang teruk menyebabkan kebuluran berlaku dengan teruk di kawasan malang ini. Atas sebab ini, ramai penduduk yang mati kebuluran terutama kanak-kanak.

Dan saya pernah membaca sebuah post yang mengatakan ada ibu yang sa

nggup meninggalkan anak di tepi jalan kerana sudah tidak kuat untuk mencari makanan untuk dirinya serta anaknya sendiri.

Berikutan daripada itu, sebuah badan bukan kerajaan telah membuka tabung sumbangan untuk penduduk Somalia. Anda boleh membuat sumbangan di laman Islamic Relief Malaysia.


31-7, Jalan SP2/1, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Email: info@irmblog.org
Telephone: +603 89486334
Fax: +603 89487339


Sumber: Hasrul Hassan

Siapa yang ikut, siapa yang tinggal???

Hari ni hari berkumpul.
Lepas aktiviti bersalaman satu family, bermula lah perbincangan untuk aktiviti konvokesyen abg amir yang akan berlansung bulan 10 ni. Siapa yang patut tinggal, dan siapa yang perlu ikut.

Ini adalah masalah berada 'berjauhan' dari tempat belajar. dan sudah tentunya, tiket kapal terbang bukan murah untuk dibeli. Huh...baru untuk konvokesyen abang. Nanti konvo sendiri tak tahu pula macam mana.

Akhirnya, kata putus telah diperoleh dan semoga semuanya berjalan lancar...Amin....

Selamat Hari Raya!!!

Assalamualaikum....

selamat hari raya saya ucapkan untuk semua kaum muslimin di seluruh dunia... Hoping that everybody will have a wonderful syawal celebration.... Syawal is the month of success in completing our responsibility in Ramadhan...

Ingat...syawal bukan bermakna berhentinya gandaan ibadat yang kita laksanankan pada bulan ramadhan....:)

Maafkan segala salah silap ye...:)

Sunday, August 28, 2011

Sama-sama kita doakan saudara kita..

Bismillah...

malang tidak berbau, dan kita semua semestinya tidak diminta untuk ditimpa malang lebih-lebih lagi dalam kemeriahan menyambut bulan Ramadan dan aidilfitri yang akan menjelang. Saya telah membaca post terbaru daripada Sunah Suka Sakura.

Takziah diucapkan kepada blogger Iffah Afeefah atas dugaan yang dihadapi. Moga cepat sembuh dan dapat meraikan aidilfitri dengan gembira. Sumbangan boleh dihulurkan dengan menyumbang ke akaun ibu Iffah.

Puan Latifah Mohd Isa - 14350069250524 (CIMB Bank)

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun...

Saturday, August 27, 2011

Sumber Ilmu



p/s: terima kasih kepada yang memberi......:)

Friday, August 26, 2011

KETIKA ALAM BERTASBIH

Terungkainya Misteri Alam Melalui Petunjuk Al-Quran dan Sains

Langit yang tujuh, bumi, dan semua yang ada dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan mereka bertasbih dengan memuji-Nya, namun kamu semua tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya, Dia adalah maha penyantun lagi maha pengampun.”

Surah al-Israk, ayat 77

Tentu Anda Ingin Tahu:

  • Mengapa langit digelar 'atap' dunia?

  • Kewujudan sungai dalam laut

  • Air dan kunci ke syurga

  • Di manakah 'paru-paru' dunia?

  • Adakah sains membuktikan al-Quran?

Dalam surah al-Anbiyak, ayat 79, Allah menyatakan, “Dan sudah Kami tundukkan gunung-gunung dan
burung-burung, semua bertasbih bersama Daud.”

Timbul pula persoalan dalam benak kita, 'Bagaimana gunung dan burung bertasbih?'

Gunung dan burung bertasbih dengan melaksanakan tanggungjawab mereka, supaya proses alam berjalan dengan lancar, tersusun, dan teratur. Alam pula bertasbih dengan terus mematuhi aturan
yang ditetapkan oleh Allah.

Ketika Alam Bertasbih melihat perkaitan antara al-Quran, sains, dan alam.
Betapa istimewanya anugerah kitab suci Tuhan, apabila digabungkan dengan pencerapan sains
dan kesudian menghargai alam.

Ketika Alam Bertasbih membongkar dan membedah keistimewaan alam.
Apabila kita berjaya menyebar keistimewaan alam, kita mendengar panggilan alam supaya supaya turut sama bertasbih. Bukan sekadar mengucapkan
subhanallah, malah mengucapkan syukur,
dan menikmati apa yang ada pada alam dengan penuh rasa tanggungjawab.

Membaca Ketika Alam Bertasbih, semoga alam tidak sendirian lagi.


Ini adalah sinopsis bagi buku terbaru yang akan diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn Bhd. Sebuah buku yang amat sesuai dibaca oleh semua. Buku yang mengaitkan kaitan alam dan Islam ini mampu memberi kesedaran kepada kita perihal kebesaran kuasa Allah sebagai penguasa alam semesta.

Ayuh bersama kita tambah ilmu dengan mempelbagaikan bacaan ilmiah seperti ini. Moga kita dapat menjadi seorang insan yang bersyukur dengan keajaiban alam ciptaan Allah ini.

p/s: Pada hari esok, 26 Ogos 2011 akan diadakan temubual dengan penulis buku iaitu Mohd Fadzil Akhir di Tv 9 pukul 8.30 pagi.


Wednesday, August 24, 2011

Seandainya masih bersama kita....

Bismillah... pernah tak korang tengok cerita 'Law Kana Bainana' dalam TV al-Hijrah? Best kan dokumentari tu....bagi yang belum pernah melihat, saya sarankan dan galakkan anda menontonnya setiap hari ahad.

dokumentari ni banyak bagi ilmu-ilmu baru especially yang berkaitan dengan sunnah Rasulullah. selain tu jugak, ia bagi kesedaran pada kita tentang keperibadian Rasulullah dan kita dapat mengukur sejauh mana tahap sayangnya kita pada Rasulullah SAW.

Tak dapat tengok kat Tv, dalam youtube pun ada jugak di uploadkan. Lagu tema untuk dokumentari ni pun memang menyentuh perasaan..huhu. Nak download tapi tak tahu kat mane nak carik..... siapa yang ada boleh la share ye. Terima kasih..^_^



Monday, August 22, 2011

Hero malaysia

Ini hero saya....

#

##

###

####

#####


k
Abdul Muhaimin bin Ramli

Sunday, August 21, 2011

Pencemar pagi Ramadhan

Bismillah...pagi ini alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ni. Seperti biasa, Mawi akan bernyanyi untuk mengejutkan saya daripada tidur dengan nyanyiannya...(Mawi kat dalam phone ye) =)

Lepas tutup je alarm kat handphone, dengar pula bunyi nyanyian "Dua insan bercinta". eh, mana pulak lagu ni. Rupanya ada konsert live di kawasan kampung ni. Konsert live yang sangat sumbang. Saya segera bangun dan tidak mempedulikan konsert yang menyakitkan telinga tu. Baik makan daripada melayan.

Selesai sahaja sahur dan mengemas barang2 di dapur, saya naik semula ke dalam bilik. Kali ini konsert sudah tidak kedengaran. Mungkin sudah habis. Tidak berapa lama kemudian, terdengar bunyi orang mengilai. Kalau perempuan yang mengilai, mungkin meremang juga. Tapi, ini lelaki yang mengilai, naik menyampah pula. Lepas mengilai, ketawa pula tu. Satu kampung boleh dengar.

Ini mebuatkan saya berfikir, ibu bapa anak muda ini tidak menghiraukan mereka atau mereka yang ingkar pada kedua ibu bapa. semalaman meneguk air kencing syaitan dan membuat bising di kala orang lain memerlukan kedamaian, tidak adakah rasa bersalah pada diri mereka? Dan apa yang penting, perbuatan yang dilakukan pada bulan ramadhan yang mulia ini, apa yang mereka fikirkan? Kalau mereka itu adalah orang yang bukan beragama Islam, mungkin perbuatan itu adalah biasa, tapi.......

Dengar sahaja bunyi azan subuh berkumandang, mereka lantas diam. Hai, baik juga mereka ini.... Namun, selesai sahaja azan, pekikan mula berbunyi semula.

Saya hanya mampu berdoa semoga diberikan hidayah oleh Allah dan diberi pengampunan di bulan yang mulia ini. Selain itu, moga saya juga diberi pengampunan atas ketidak dayaan saya menegur serta kesalahan yang pernah saya lakukan dahulu. Rakan-rakan, tolong doakan untuk saya juga ya...=)

p/s: untuk pembaca, jadi budak baik ya..jangan nakal-nakal....

Friday, August 19, 2011

Encik Eric, nak pinjam otak jap....

Hari ni dah hari yang ke 20 kita berpuasa..(eh, betul kan?).. Dan di rumah ni pun dah mula dah aktiviti nak sambut hari raya ni. Aktiviti utama die adalah mengecat... bukan buat kuih ye, tapi mengecat. Biasanya kalau di Sarawak, sebut je Hari Raya mesti pasal kek lapis, kueh2 raya kan?? Tapi sekarang, satu rumah tengah pening nak pilih warna yang sesuai untuk rumah tahun ni.

Okey, biar saya senaraikan apa yang ada sekarang. Now, of course la kena ada cat kan? Okey, cat yang sudah dibeli 'tanpa perancangan' oleh tuan punya rumah adalah biru muda, hijau tua yang memang tua setua-tuanya, dan warna jingga muda... Apa yang menariknya, semua warna2 tu adalah warna tema raya 2 tahun yang lepas dan tahun ni... huhu...^__^

apa yang menjadi masalah di sini, saya nak abang catkan rumah dengan 2 warna yang berlainan. Al-maklumlah sekarang tengok banyak rumah buat macam tu. Tetapi, warna yang dibeli amat tidak sesuai untuk dipadankan sesama sendiri. akhirnya, abang suruh buka internet carik apa yang sesuai. Dia hanya mengecat sahaja. Tanya pula mak, mak kata, "Mak ikut je, terpulang.." Ha....sudah.... Dengan tidak membuang masa, saya naik dan bukak laptop untuk cari 'rumah yang berwarna jingga'...

Waktu ni la teringat kat en Eric, kalau lah boleh pinjam otak kreatif en Eric kan best... huhu. N lastly jumpa gambar-gambar yang cantik dan tentulah daripada blog...





aaaa........nak macam ni jugak...!!!

C.I.N.T.A.

Hari ini baru sahaja menerima undangan walimatul urus daripada seorang sahabat rapat. Sejak kebelakangan ini, banyak undangan yang dikirim tidak kira samada daripada kad ataupun sekadar nota Facebook. Gembira sekali mendengar sahabat yang berjuang bersama satu masa dahulu akan mendirikan masjid kebahagiaan bersama orang yang tersayang.

Sebab itu, mustahil la jika saya tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumahtangga. semua orang amat menginginkan suasana ini..(betul kan??) Tapi seperti yang selalu kita dengar, jodoh belum sampai. Walaupun sudah berapa banyak kali mak mengeluarkan suara harapan "Bila la mak nak ada cucuk tok..", kami adik beradik hanya tersenyum dan semestinya dia tahu keadaan yang sebenarnya.

Segalanya terserah pada ketentuan Allah. Semoga insan terpilih itu dapat terus bersinar di hati sehingga ke akhir hayat. Semoga apa yang dikatakan sebagai cinta itu adalah ikhlas dan jujur bukan semata kerana luaran semata. amin...

#monolog diri tatkala perjalanan pulang ke rumah#

Thursday, August 18, 2011

Negaraku...tanah tumpahnya darahku...

Selepas habis kelas darjah 6 dan kembali ke bilik guru, saya lihat cikgu L tersenyum lebar dengan kertas yang disemaknya. "Kenapa akak ketawa?" Lantas, cikgu L menunjukkan kertas-kertas kuiz yang sedang disemak. Saya pun mengambil kertas yang dihulurkan oleh cikgu L. Perkara pertama yang dilihat adalah nama dan kelas si empunya kertas. Jom kita tengok apa yang menceriakan hari cikgu L pagi itu...=)

Namakan ibu negeri bagi negeri-negeri berikut. Apa yang menarik adalah ibu negeri Kelantan adalah......'Red Warriors'.. waaa...... terus lebar mulut ni senyum..:D semangat bole betul die ni..


soalan seterusnya pula meminta pelajar menulis lirik lagu Negaraku hingga habis. Melihat daripada tulisan die ni, memang penuh dengan keyakinan. Masalahnya, semua tidak akan faham apa yang dia tuliskan.. Apa yang pasti bahasa yang digunakan adalah bahasa yang 'familiar' di tempat ni.

gambar tak jelas sangat..tapi yang paling nampak adalah lirik di bawah sekali 'selamat bertatan'. Bila difikir balik, mesti budak ni nyanyi ikut suka hati je waktu perhimpunan. huhu..

Lirik ini pula ditulis oleh murid yang lain. Lirik betul, dan siap ada petunjuk pitching lagi kat mana mesti panjang, kat mana pendek bunyinya. Ni memang konfom nyanyi waktu menulis ni...:D

Terima kasih buat student yang buat saya tersenyum pagi tu......:D



Wednesday, August 17, 2011

Mari Mewarna....

Alhamdulillah...hari ini da nak dekat sebulan dah memikul tanggungjawab sebagai seorang guru. Fuh..banyak juga cabarannya. Lebih-lebih lagi mengajar murid-murid lelaki. Hari ni, sempena bulan kemerdekaan, diadakan pertandingan mewarna bagi murid tahun 1. Seronok tengok diorang bersemangat nak mewarna. :) Belum lagi masa tiba, dah siap sediakan pensel warna dah atas meja... subjek yang nak dibelajar pun rasanya dah tak boleh masuk dah dalam kepala...hai.... Papepun, enjoyed the contest...bukan sebab dapat mewarna, tapi dapat tengok diorang buat kerja dengan khusyuk. Kalaulah dalam kelas pun begitu, indahnya dunia...........^__^

shazuan....murid yang agak nakal sedikit... tapi comel...:)


Nur Syahmi...ha, ni la murid yang susah sangat nak dikawal. belajar kena ikut masa dia. Dia kalau tak nak belajar, main. Kalau main tak ganggu orang takpe, ni kawan yang nak belajar pun tuut diganggu...aduh..pening!!

Ameer....ni budak baik sikit..... juruh je budaknye....(eh, dah pandai da gune 'juruh' ni..haha)

Suasana mewarna pelajar tahun 1.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram