Thursday, August 18, 2011

Negaraku...tanah tumpahnya darahku...

Selepas habis kelas darjah 6 dan kembali ke bilik guru, saya lihat cikgu L tersenyum lebar dengan kertas yang disemaknya. "Kenapa akak ketawa?" Lantas, cikgu L menunjukkan kertas-kertas kuiz yang sedang disemak. Saya pun mengambil kertas yang dihulurkan oleh cikgu L. Perkara pertama yang dilihat adalah nama dan kelas si empunya kertas. Jom kita tengok apa yang menceriakan hari cikgu L pagi itu...=)

Namakan ibu negeri bagi negeri-negeri berikut. Apa yang menarik adalah ibu negeri Kelantan adalah......'Red Warriors'.. waaa...... terus lebar mulut ni senyum..:D semangat bole betul die ni..


soalan seterusnya pula meminta pelajar menulis lirik lagu Negaraku hingga habis. Melihat daripada tulisan die ni, memang penuh dengan keyakinan. Masalahnya, semua tidak akan faham apa yang dia tuliskan.. Apa yang pasti bahasa yang digunakan adalah bahasa yang 'familiar' di tempat ni.

gambar tak jelas sangat..tapi yang paling nampak adalah lirik di bawah sekali 'selamat bertatan'. Bila difikir balik, mesti budak ni nyanyi ikut suka hati je waktu perhimpunan. huhu..

Lirik ini pula ditulis oleh murid yang lain. Lirik betul, dan siap ada petunjuk pitching lagi kat mana mesti panjang, kat mana pendek bunyinya. Ni memang konfom nyanyi waktu menulis ni...:D

Terima kasih buat student yang buat saya tersenyum pagi tu......:D



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram