Wednesday, February 6, 2013

Perkara Penting Sebelum Hamil



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum. (excited dapat update blog lagi!!) 
Alhamdulillah sudah hari kedua lepas balik dari Jakarta. Seronok banget duduk bercuti kat Jakarta..(nanti nak review juga tentang hari-hari di Jakarta)
Hari ini sebenarnya tersangat excited untuk me'review' tentang perkara yang didamba oleh setiap pasangan yang bernikah. Tipulah kiranya saya mengatakan saya tidak memiliki keinginan untuk memiliki anak sendiri. Apalagi setelah mendengar khabar gembira daripada sahabat sendiri yang sedang berbadan dua. (Okey, saya cemburu..dan insyaAllah, sudah bercadang ke arah itu) =D
 Jadi, setelah meng'google' beberapa perkara, saya mendapat sedikit maklumat mengenai persediaan untuk hamil dan ingin saya kongsikan:

Adakah Anda Bersedia?

Perkara penting yang perlu diambil berat sebelum merancang untuk hamil. Menjadi seorang ibu dan ayah bukan perkara ringan. Ia adalah tanggungjawab seumur hidup dan amanah yang ditanggung sepanjang khidupan kita. Beberapa pertanyaan yang boleh kita fikir dan soal pada diri sendiri, contohnya:
- adakah kita sudah bersedia daripada segi fizikal, mental atau kewangan untuk menambah ahli baru dalam rumahtangga?
- adakah kita sudah bersedia dari segi ilmu mendidik anak-anak? (ini mungkin boleh dipelajari secara praktikal tetapi sekurang-kurangnya ilmu itu perlu ada, kan?)
- adakah kita sudah bersedia untuk diganggu jadual tidurnya? 
Jika jawapan kita adalah YA pada persoalan ini, perancangan untuk hamil itu boleh diteruskan... ^_^ (i've got my answers)

 Doa, Doa dan Doa!!

Doa itu senjata orang Muslim. Doa juga penawar segala penyakit. Doa juga petunjuk buat kita. Oleh sebab anak itu adalah rezeki daripada Allah buat kita, jadi kepada-Nyalah kita mohon semuanya, ya dak? Berikut adalah doa yang dibacakan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria yang tidak pernah putus berdoa memohon dikurniakan zuriat.

Doa Nabi Ibrahim a.s

Ya Allah ! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan,terimalah uzur saya,sesungguhnya Engkau mengetahui hajatku,berikanlah permintaan ku dan Engkau mengetahui yang ada pada diriku,maka ampunilah dosa ku..berikanlah...

Doa Nabi zakaria A.s

Tuhan ku janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri, padahal engkau tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi.

Surah Al-Anbiya 21:89
Tuhanku berikanlah kepadaku dari sisimu keturunan(anak) yang baik,sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa.

Makan Asid Folik

Sebelum kahwin dulu lagi seorang sahabat pernah menasihat untuk mengambil asid folik. Asid folik kebiasaannya diambil oleh ibu yang sudah disahkan hamil, namun sebelum hamil juga ia amat digalakkan bagi menambahkan zat dan vitamin serta kesuburan. 


Minuman Berkafein, Kurangkan!

Minuman berkafein dikatakan dapat mengurangkan keupayaan usus untuk menyerap zat besi dan meninggikan risiko keguguran dan kematian anak dalam rahim. Jadi, mulai sekarang, say no to them

Pastikan Berat Badan yang Optimum

Berat badan. Perkara paling sensitif bagi wanita. Eh, lelaki pun sama kan? Namun, ini adalah perkara yang perlu diambil kira sekiranya merancang untuk hamil kerana berat badan yang normal adalah lebih mudah untuk hamil. Maka,bersenam dan menjaga makan itu perlu lagi!! ^_^ (senyum sinis dulu sebab berat nampaknya semakin bertambah)

Kira Hari Subur

Mengira waktu subur adalah perkara penting bagi sesiapa yang merancang untuk hamil dan juga sesiapa yang merancang untuk tidak hamil. Sesiapa yang mengalami kitaran haid yang normal, mengira tempoh subur adalah dengan mengira tempoh ovulasi. Banyak sumber berkaitan dengan kiraan tempoh subur yang dapat kita perolehi dari google. Kit untuk mengetahui tarikh ovulasi juga boleh diperoleh di farmasi. Selamat mengira!


Inilah beberapa perkara yang perlu diambil kira apabila merancang untuk hamil. Semoga dapat dikongsi dan menjadi panduan buat diri dan semua. Amin...... ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram