Friday, August 31, 2012

Be Strong!! Part 2

Bismillah...
Semalam balik daripada kerja, jumpa anak kucing yang terbaring tak berdaya dalam bakul. Comel!! Tapi kenape macam baring macam orang sakit? Eh sekejap... Eh, ini bakul untuk buat hantaranlah!!! Amboi...... tapi tak jadi nak marah tengok muka si kecil yang terbaring dalam bakul tersebut.
Rupanya, ayah jumpa kucing tu di luar rumah dalam keadaan berdarah dan sudah nyawa-nyawa ikan. Saya lantas mengangkat kucing dan mencari punca darah tersebut keluar. Sekali angkat, ya Allah banyaknya darah. Sepatutnya kucing itu tidak dibaring seperti itu, sebab darahnya akan mudah mengalir, tegur saya pada adik..
Tiada suara yang keluar daripada mulut si kecil itu. Saya lantas mencuci luka dan meletakkan minyak dengan harapan dapat menyembuhkan luka tersebut. Petang semalam, terasa gembira apabila mendengar suara si kecil ini mengiau. Namun,cuma sekali, keadaannya semakin teruk apabila malam melabuhkan hari...
Paginya pula, si kecil juga masih tidak memberi respon positif dan akhirnya, tengah hari tadi kucing kaku tidak bergerak......dan ditanam di belakang rumah....:'( Maafkan saya si kucing.....

baring tidak berdaya.....:(

Be Strong!! Part 1


"Apapun yang berlaku ingat Allah banyak-banyak dan Dia tidak akan uji hamba-Nya di luar kemampuan. Stay stronger as you are dik.."

Kata-kata seorang kakak yang amat menyentuh hati. 'stay stronger as you are'...Am I?? Allah... Dia sahaja yang mengetahui. Hari dan masa berlalu dengan penuh kesabaran dan tanpa peduli pada perkara lain. Permintaan kak Nora untuk mencari pengalaman dan ilmu daripada ustazah Isfadiah mula diaksanakan, lantas sedikit sebanyak mengubat hati yang tengah gelisah.

"Siapa tahu itu yang terbaik buat Hajar. Raikan dunia baru dengan sehabis baik. Itu yang terbaik di dalam Islam." Sekali lagi hati tenang dengan kata-kata insan yang sentiasa tenang. Dan akhirnya, ketenangan dan motivasi yang diberi terjawab dengan kata-kata kak Nora sendiri, "Akak sentiasa yakin pada ketentuan Allah sebab akak pernah merasai belajar mencintai insan baru. Alhamdulillah bahagia..." :') Subhanallah..moga saya juga merasainya..amin...

Sekarang, tumpuan saya harus pada apa yang akan saya lalui. Masa akan berlalu dan kenangan lama akan ditinggalkan... baik!! Bangkit Hajar.... banyak perkara yang perlu dilaksanakan.. insyaAllah bahagia menanti anda.. Allah tau apa yang kita korbankan dan pasti ada balasan untuk apa yang dikorbankan.

"If the 'Love' makes you become worse. Let it go. it's hard. Allah knows and He will replace someone better for you. If the Love makes your relationship with family or beloved people worse, turn to Allah for decision, Allah knows the best. If you're in dilemma what you want and what make things better. Have faith in Allah, He knows what you've done.He knows what you've sacrificed. Dan, cinta itu memang perlukan pengorbanan."

Okey, itu kata-kata adik Dena Bahrin ya.. Very nice words for the people just like me...^_^

Future...here I come.. Allah, please help and guide me to be a better person. Semoga dengan ini memberi seribu hikmah dalam kehidupan yang akan datang. Andai dia adalah yang terbaik buatku dalam agamaku, masa hadapanku dalam masa terdekat dan masa akan datang, permudahkanlah urusan kami, moga kami sentiasa berada dalam golongan insan yang bertakwa. Amin...

Exactly, it still a shock for me.. Mulanya, waktu ini adalah waktu sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan adik, namun siapa sangka, rupanya waktu ini Allah tetapkan kesibukan itu adalah untuk majlis sendiri juga. Subhanallah.. Kun Fayakun......

Doakan kebahagiaan saya ya... Well, think its not to late to wish selamat hari raya to all Muslims..
Selagi ada masa, jom puasa sunat syawal ya....!!
Wassalam...



Wednesday, August 22, 2012

3 Syawal @ 21 August





This is my life n it was happening right now....
with the tears and 'smile'..
Allah.... You are the Creator and You are the Best Planner..



Friday, August 17, 2012

saya pasrah dan redha...


bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah ramadhan semakin hari semakin melabuhkan tirainya. begitu juga dengan kehidupan saya nanti. ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang terlalu mencabar bagi seorang insan yang mengharap dan mengimpikan sebuah kehidupan yang indah.

insyaallah, tidak lama lagi, jari akan disarungkan dengan ssjjebentuk cincin pertunangan. namun apa yang nyata bukan dengan insan pilihan tetapi yanjg terpilih. subhanallah aturan tuhan itu sangat 'berahsia' dan penuh rahsia. rahsia yang tersimpan di dalamnya pelbagai kisah,hikmah,dan kejutan...

sekali lagi hati ini menyebut namamu ya allah.. andai ini yang tertulis untukku, aku redha ya allah. apa yang hamba tahu,pandangan manusia itu tidak penting.. pandangan dari pencipta yang saya dambakan dan semuanya datang dari keredaan ibu dan ayah. saya tidak menyalahkan sesiapa pun atas apa yang akan saya hadapi, kerana saya tahu kehidupan saya sepenuhnya diisi dengan kasih sayang ibu dan ayah, dan adakah saya tega meranapkan kasih sayang yang sepatutnya saya curahkan di hujung usia mereka?

kepada yang berkenaan, sekali lagi saya memohon ampun dan maaf atas apa yang berlaku. jadikan segala pengalaman, kenangan, kesilapan yang pernah dilakukan sebagai pengajaran, panduan dan pendidikan yang mendidik dalam menghadapi alam berumahtangga. ingatlah sekali lagi, manusia itu berbeza, sebab itu allah menyarankan menjaga segala perbuatan dalam hablun minan nas...

semoga 'fasa baru' yang bakal mendatang memberi sinar baru buat saya. hanya istikharah yang mampu dilaksanakan sepanjang menghadapi realiti kehidupan yang bakal dan sedang dilalui. allah... aku pasrah dan redha...

Sunday, August 12, 2012

Hidup penuh kejutan


Bismillahirrahmanirrahim..
Saam ramadhan karim..salam hari terakhir ramadhan. MasyaAllah terasa cepat masa berjalan. Begitu juga kehidupan, silih berganti, meluakkan rahsia yang selama ini tersimpan dalam suratan Luh Mahfuz milik Pencipta...

Allah....siapa kita untuk menolak takdir-Nya. Siapa kita untuk mengubah hati-hati manusia ke arah perkara yang tidak kita mahu. Siapa kita untuk menyalahkan perjalanan hidup kita sendiri lebih-lebih lagi andai perjalanan itu adalah kesan daripada tindakan kita yang tidak sepatutnya.

InsyaAllah, hati ini akan reda dan pasrah menerima segala ketentuan. Berat dugaan yang dihadapi, ada lagi insan malang yang menerima dugaan yang lebih menyedihkan. Hati ini yakin, semua yang berlaku ada rahsia hikmah yang tersembunyi..amin... =(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram