Hidup penuh kejutan
Bismillahirrahmanirrahim..Saam ramadhan karim..salam hari terakhir ramadhan. MasyaAllah terasa cepat masa berjalan. Begitu juga kehidupan, silih berganti, meluakkan rahsia yang selama ini tersimpan dalam suratan Luh Mahfuz milik Pencipta...
Allah....siapa kita untuk menolak takdir-Nya. Siapa kita untuk mengubah hati-hati manusia ke arah perkara yang tidak kita mahu. Siapa kita untuk menyalahkan perjalanan hidup kita sendiri lebih-lebih lagi andai perjalanan itu adalah kesan daripada tindakan kita yang tidak sepatutnya.
InsyaAllah, hati ini akan reda dan pasrah menerima segala ketentuan. Berat dugaan yang dihadapi, ada lagi insan malang yang menerima dugaan yang lebih menyedihkan. Hati ini yakin, semua yang berlaku ada rahsia hikmah yang tersembunyi..amin... =(
No comments:
Post a Comment