Friday, August 17, 2012

saya pasrah dan redha...


bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah ramadhan semakin hari semakin melabuhkan tirainya. begitu juga dengan kehidupan saya nanti. ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang terlalu mencabar bagi seorang insan yang mengharap dan mengimpikan sebuah kehidupan yang indah.

insyaallah, tidak lama lagi, jari akan disarungkan dengan ssjjebentuk cincin pertunangan. namun apa yang nyata bukan dengan insan pilihan tetapi yanjg terpilih. subhanallah aturan tuhan itu sangat 'berahsia' dan penuh rahsia. rahsia yang tersimpan di dalamnya pelbagai kisah,hikmah,dan kejutan...

sekali lagi hati ini menyebut namamu ya allah.. andai ini yang tertulis untukku, aku redha ya allah. apa yang hamba tahu,pandangan manusia itu tidak penting.. pandangan dari pencipta yang saya dambakan dan semuanya datang dari keredaan ibu dan ayah. saya tidak menyalahkan sesiapa pun atas apa yang akan saya hadapi, kerana saya tahu kehidupan saya sepenuhnya diisi dengan kasih sayang ibu dan ayah, dan adakah saya tega meranapkan kasih sayang yang sepatutnya saya curahkan di hujung usia mereka?

kepada yang berkenaan, sekali lagi saya memohon ampun dan maaf atas apa yang berlaku. jadikan segala pengalaman, kenangan, kesilapan yang pernah dilakukan sebagai pengajaran, panduan dan pendidikan yang mendidik dalam menghadapi alam berumahtangga. ingatlah sekali lagi, manusia itu berbeza, sebab itu allah menyarankan menjaga segala perbuatan dalam hablun minan nas...

semoga 'fasa baru' yang bakal mendatang memberi sinar baru buat saya. hanya istikharah yang mampu dilaksanakan sepanjang menghadapi realiti kehidupan yang bakal dan sedang dilalui. allah... aku pasrah dan redha...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram