Thursday, July 17, 2014

Panduan Untuk Pembeli Rumah

 
 
Bismillahirrahmanirrahim...
 
Saya percaya setiap daripada kita ni ada keinginan untuk membeli rumah sendiri, betul tak? Tetapi dengan keadaan kos rumah dan hartanah sekarang, ramai yang mula rasa tak mampu. Bak kata suami, rumah ni ibarat jodoh juga. Andai ada jodoh kita dengan rumah yang kita nak beli, in shaa Allah semuanya akan dipermudahkan. Yang penting niat tu kena betul..^_^
 
Saya bukan pakar dalam beli membeli rumah ni, tapi ini semua berdasarkan pengalaman, ditambah pula dengan kata-kata hikmah orang-orang yang lebih tua dan juga ilmu-ilmu daripada suami sendiri. Kalau nak harapkan diri sendiri, entah ke mana agaknya rumah. Okey, perkara pertama yang perlu seseorang buat dan fikir terutama sekali bagi mereka yang baru je nak masuk bidang pekerjaan adalah, jangan terlalu banyak menghabiskan wang pada hutang dan perkara-perkara yang kurang penting. Sebagai contoh, tak perlu fikir nak beli kereta yang mahal dan berjenama dahulu. Cukup sekadar keperluan sendiri, terutama bagi yang masih bujang trang tang tang. Cuba simpan atau bayar apa yang penting dahulu seperti hutang pembelajaran dan sebagainya. Dan jangan sekali-kali ceburkan diri untuk berhutang pada perkara-perkara yang tidak perlu termasuk penggunaan kad kredit.
 
Kemudian, bila dah stabil, buatlah survey pada rumah-rumah yang dijual. Tekankan beberapa faktor yang penting seperti kawasan, harga dan kualiti pembuatan rumah tersebut. Harga murah, tapi kawasan kerja jauh memang kurang digalakkan. Kawasan dekat tetapi terlalu mahal pula membebankan. Rajin-rajinkan bertanya pada pemaju-pemaju rumah atau iklan-iklan yang terpampang, atau ke pameran-pameran rumah yang diadakan (kalau ada). Bila dah dapat, jangan tunggu lagi..terus booking....TAPI..PALING PENTING, bandingkan kemampuan diri. Bincang dengan keluarga, rakan atau sesiapa yang arif tentang bidang rumah dan hartanah. Tak rugi kalau berbincang, puas hati lagi ade...

Ini adalah cadangan yang dibuat pada tahun 2012. Ulang semula, tahun 2012 ye...^_^
 
Okey, dah jumpa yang berkenan di hati, fikir masak-masak pun sudah, rasa berkemampuan, jangan tunggu lagi, cepat-cepat booking, nanti diambil orang. Langkah pertama, kena pastikan dalam tangan ada beberapa ribu untuk bayar bayaran tempahan. Kalau saya hari tu, kena bayar 2 ribu untuk tempahan. Alhamdulillah kawasan okey, harga pun berbaloi, dan yang penting suami puas hati. Bukan senang nak tengok encik suami puas hati dengan design dan pembuatan satu-satu rumah tau. Sebab tu rumah ni boleh dikira macam jodoh jugak kan..
 
Kemudian, perkara penting yang perlu diuruskan pula adalah pinjaman rumah. Memilih bank untuk buat pinjaman rumah jugak penting. Bagi yang beragama Islam, cuba buat pinjaman rumah yang terbaik dan berlandaskan syariah. Walaupun pemaju ada bank panel sendiri, jangan takut untuk memilih bank yang kita rasa puas hati perkhidmatannya. sama juga dengan perkhidmatan peguam. Yela, rumah kita nak guna lama, tak kisahla untuk kita duduk atau dijadikan sebagai aset kan. Sekali lagi, pandangan orang lain kena diambil kira, jangan malu untuk meminta pendapat orang ramai ye.
 
Ketiga, setelah pinjaman diluluskan, urusan dengan peguam pun dah selesai, bagi yang mendapat pinjaman rumah 90 peratus, kena fikirkan bagaimana hendak membayar deposit 10 peratus kepada pemaju. Jadi, nak tak nak, kena simpan daripada awal lagi. Kalau rumah harganya RM300,000, bayaran deposit dalam RM30,000. 30 ribu nak cari bukan senang especially bagi golongan macam den ni ha..hihi. Jadi, prepare yourself for this situation
 
Selesai peringkat di atas, dah boleh lega tak? Oh no no no..kata encik suami. Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah proses pembikinan rumah kalau boleh perlu rajin dipantau. Ini minat encik suami. Setiap pelosok rumah, bilik, kawasan sekitar dia pantau. Nasib baiklah ada si pengarang jantung tu..hihi. Kemudian, jangan lupa nanti nak masuk rumah baru, bukannya disediakan grill pintu, kerusi meja semua. Bagi yang sudah berumah, mungkin tak menjadi masalah. Tapi bagi yang baru nak berumah macam saya ni, kena simpan juga Wang Masuk Rumah untuk kemudahan kemudian hari.
 
Jadi, semoga semuanya berjalan lancar buat saya dan pembeli rumah yang lain. Yang penting, lepas tu, kena perlu komitmen yang lebih dalam perbelanjaan sebab dah ada komitmen baru. Okey, itu sahaja semua..SELAMAT BERPUASA..^_^
 
 Andai ini jodoh kami...^_^ Jadi pemantau dalam kereta je..
 
Wassalam.

2 comments:

  1. as salam sis..kalau beli rumah baru,jalan ceritanya maybe mudah skit...kalau rumah 2nd,lebih banyak kena berhati2 coz gaya utk kena tipu lebih banyak..huhu..bercakap dr pengalaman...;)

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam natasha.. kalau rumah 2nd memang kena banyak kaji dulu kan? Natasha share la pengalaman dan tips untuk siapa yang nak beli rumah 2nd pulak..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram