Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu hari yang baru pada hari ini. Alhamdulillah juga, kehidupan sebagai pengajar sekarang terasa semakin indah. Dahulu, apabila diberi tanggungjawab mengajar sekolah rendah, terasa sedikit berat kerana 'kekuatan' yang lemah. Tidak mampu untuk mengajar keseluruhan warga Adam yang dangat nakal. Bermula dari itu, tugas sebagai pendidik dirasakan terlalu berat untuk dipikul semula.
Namun, Allah itu maha Pemurah. Sekali lagi, Allah beri rezeki untuk menjadi pendidik di Maktab Rendah Sains Mara Kuching. Pengalaman lama semestinya memberi rasa trauma pada diri saat kali kedua menjejakkan kaki ke MRSM selepas kali pertama menjalani temuduga bersama ahli tertinggi sekolah. Panggilan yang mengatakan 'anda diterima' itu sudah membuatkan jantung terasa takut untuk berhadapan pelajar. Namun, nasihat dan dorongan daripada keluarga terutama mak dan abang menjadi tongkat untuk cuba berjuang.
Alhamdulillah, sekarang sudah hampir 3 minggu berada di sini. Menghadapi pelajar yang 'kurang membuat perangai' menghapuskan semua trauma dan tanggapan pada tugas pendidik. Terasa indah apabila dapat mencurahkan ilmu yang dipelajari kepada mereka. Lagi indah apabila ada perkara baru yang diutarakan pelajar yang akhirnya menjadi pengetahuan baru juga untuk diri sendiri. Pendidik itu mendidik dan dididik.
Peluang yang ada ini pasti tidak akan dibiar begitu sahaja. Perasaan sayang pada pelajar di sini mula mekar dan pasti sedih apabila tiba saat 3 bulan yang akan berakhir nanti. Ini lah pengalaman yang amat tidak ternilai. InsyaAllah sedaya upaya akan mencurahkan bakti sebaik mungkin untuk adik-adik pelajar agar ilmu dapat digunakan untuk kehidupan seharian mereka terutama yang beragama Islam. Dan sangat berharap ilmu yang diberi dapat menjadi 'tabung' di Akhirat kelak. Amin ya Rabbal alamin...^_^
No comments:
Post a Comment