SPM dah keluar..!!
Bismillah...bertemu lagi hari yang baru. Hari ni result SPM keluar. Adik kat rumah mesti dah berdebar-debar untuk melangkah kaki ke sekolah. Mudah-mudahan keputusan dia cemerlang. Amin...^_^
Tapi bukan itu yang menjadi perhatian saya buat masa ini, tapi melihat gelagat guru-guru di sekolah ini tatkala mendapat result anak-anak muridnya amat mengharukan. Rasanya, mereka lebih teruja menerima result anak murid mereka daripada pelajar itu sendiri. Tatkala kertas keputusan masuk je ke dalam bilik guru, semua guru tingkatan 5 menyerbu untuk melihat keputusan mengikut subjek yang diajar. Satu-satu nama pelajar mereka disebut. Ada yang pernah gagal dulu, mendapat A dalam result yang sebenar. Kertas itu lantas dibawa ke meja dan guru menyalin satu persatu keputusan yang diperolehi.
Betapa prihatinnya guru terhadap keputusan anak murid mereka. Serentak itu, teringat guru-guru di sekolah lama yang terlalu banyak menyalurkan ilmu kepada saya. Mesti begini juga reaksi mereka semasa menerima keputusan kami dahulu. Tingginya pengorbanan seorang guru. Ilmu yang dimanfaatkan akan menjadi satu sedekah buat siapa yang mengajarkannya. Seorang guru mengajar ramai anak murid, betapa banyaknya tabung akhirat yang diisi sekiranya semua murid memanfaatkan segala ilmu yang diberi. Subhanallah....
Sebentar, saya rasa bangga dapat mengalami pengalaman sebagai seorang guru. walaupun ilmu dan kemahiran kurang dalam sesi pengajaran, sekurang-kurangnya pengalaman ini mengajar saya betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan. Segala-galanya bermula daripada ilmu. Belajar adalah aktiviti kehidupan kita. Jangan pernah berhenti mencari ilmu. Dan jangan pernah kedekut berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang lain.
Wassalam.
p/s: tahniah kepada adik2 yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
No comments:
Post a Comment