Bismillah....alhamdulillah sudah lama tidak update blog ni. Dan alhamdulillah juga, sekarang sudah sebulan lebih menjadi seorang tenaga pengajar di MRSM dan akan menghabiskan perkhidmatan hujung bulan Mac ni. Alhamdulillah lagi, saya sekarang sedang merasa bagaimana menjadi seorang peniaga yang teramat kecil dalam kraf felt.
Semuanya bermula dengan penghasilan felt nama untuk adik. sekarang ramai kawan-kawan die yang minta tolong untuk dibuatkan benda yang sama mengikut permintaan masing-masing. Mula-mula memang agak teruja tapi susah untuk dilaksanakan atas sebab kerja, tapi sekarang sudah biasa membuat kerja ini pada hujung minggu cuti persekolahan.
Sekarang dah banyak juga felt nama yang dibuat dan ada lagi permintaan yang masih belum dapat dihabiskan. huhu...jujurnya, saya memang suka buat kraf felt ni!!ni adalah mereka yang pertama...^_^
alamak, gambar kecik pulak. ni adalah hasil masa cuti sekolah...hehe.
No comments:
Post a Comment