Tuesday, March 6, 2012

Isu ayat al-Quran dalam kad kahwin



Bismillah. Kad kahwin adalah satu elemen yang sangat penting dalam menguruskan walimatul urus atau majlis perkahwinan pengantin. Pastinya ramai yang sibuk meletakkan kad kahwin sebagai satu 'penarik' kepada tetamu untuk datang ke majlis mereka. Sekarang, dapat kita lihat kemajuan teknologi yang dapat menghasilkan pelbagai jenis kreativiti kad kahwin yang cantik bukan sahaja dipandang mata tapi juga di'pandang duit'. Tidak hairan ada pasangan yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk menghasilkan kad kahwin yang akan menjadi 'buah mulut' orang ramai. Terpesong sudah niat membuat kad kahwin yang sebenarnya bertujuan untuk 'menjemput' bukannya 'menunjuk-nunjuk'.

Namun, terdapat juga isu lain yang pernah ditanya oleh seorang sahabat saya kepada pendakwah ustaz Azhar Idrus iaitu berkaitan dengan ayat al-Quran yang digunakan di dalam kad. Semalam akhirnya isu ini diangkat dalam berita TV al-Hijrah dan diharap semua dapat menjadikan ini sebagai perkara yang serius berkaitan kalimah suci itu sendiri.

Penggunaan ayat seperti "Assalamualaikum", "Bismillah" dan ayat al-Quran serta hadis biasanya disertakan di dalam kad sebagai ingatan kepada pembaca. Malangnya, ada penerima kad yang tidak pernah mengambil kisah tentang kesucian ayat dan hadis itu sendiri dan sewenangnya membuang kad tersebut di merata-rata tempat termasuk tong sampah. Di dalam hal ini, siapa yang bersalah? Pembuat kad itu sendiri kerana meletakkan ayat al-Quran dan hadis ke dalam kad atau si penerima kad itu sendiri. Sama-samalah kita fikirkan. Jangan hanya menunjuk kesalahan kepada orang lain. Kita sendiri lah yang bertanggungjawab menjaga kesucian ayat ini. Tepuk dada, tanya iman.

Jadi, sama-samalah kita fikirkan da bertindaklah sewajarnya, ya. Akhirnya, SELAMAT PENGANTIN BARU kepada bakal-bakal pengantin yang sudah mengedarkan kad kahwin mereka. ^_^



contoh kad kahwin yang menggunakan kalimah Bismillah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram