Thursday, February 2, 2012

Rindunya.....


Bismillahirrahmanirrahim.
alhamdulillah hari ini telah dapat mengungkap memori daun pisang di sekolah lama. Pagi tadi baru sahaja lepas menjejakkan kaki-kaki ini ke sekolah lama yang pernah dihuni selama 7 tahun dan ditinggalkan sudah hampir 5 tahun yang lepas. Langkah pertama selepas turun daripada bas, satu perasaan yang amat luar biasa mula menusuk. Semua memori lama terus menusuk fikiran. Dan pastinya senyuman pun mula terukir seorang diri..^_^

Masuk sahaja ke pintu pagar sekolah agama tertua di Sarawak itu, bertambah lagi perasaan haru biru, gembira, rindu, malu, ah semua ada. Lantas, kaki terus melangkah sambil mata memerhati tiap pelusuk pemandangan sekolah tanpa lepas. rumah pengetua, rumah PK, asrama-asrama, rumah warden, pondok buruk, pondok baru, dewan besar, sewan kuliah, padang, surau...aaaaa...sungguh rasa rindu.

Tanpa diduga, kaki dah pun sampai di muka pintu yang tertera tulisan 'Bilik Guru'. Dup dap macam nak jumpa kekasih pula. ^_^. Berfikir dulu...Aah, pergi jumpa pengetua dulu lah. Pengetua pula pengetua yang baru dan belum pernah dijumpa. Tak adalah takut sangat...kot...

Habis urusan dengan pengetua, dengan yakin kaki melangkah keluar bilik. Tercegat bila mata menatap wajah yang amat dikenali.. "Eh, Hajar..." Waktu itu, Allah je tahu betapa malu dan terharunya rasa. Malu kerana dia yang menegur dan terharu kerana saya masih dikenali.. Cikgu Bujang!!... guru yang terlalu banyak memberi ilmu dan membantu tatkala masih muda-muda dahulu..

Lepas berbual kosong, meronta-ronta je hati nak jumpa cikgu-cikgu kat bilik guru. Baru je nak masuk bilik guru, seorang guru keluar. Cikgu..!!! Haha..nasib baik budak-budak semua dah masuk kelas. Cikgu Hamiyah, guru pengajian am yang berkaliber. Terus lari peluk cium cikgu, puas rasa dapat jumpa dia. Lepas tu datang pula cikgu Jaafar, guru sejarah yang sporting. rasa nak masuk sekolah tu balik je rasa. ^_^

Dah penat berbual kat luar, cikgu Hamiyah pun bawak masuk bilik guru. Masuk je bilik guru, terasa aura memori yang luar biasa. Haha. Mana taknya, di situlah bilik yang paling selalu dimasuk sebab urusan dan juga sebab dihukum. Haha...^_^ dalam bilik guru, ramai guru-guru lama yang masih mengajar di situ. Terasa amat gembira berjumpa dengan semua guru yang banyak sangat mencurahkan ilmu. Jasa mereka memang tak dapat dihitung dan dibalas. Alhamdulillah masih diberi peluang berjumpa dengan guru-guru yang tersayang.

Okey, dah penat senyum salam-salam. Tiba masa untuk balik. Perjalanan keluar sekolah itu pun, sekali lagi mata menatap semula tiap penjuru sekolah yang dapat ditatap.^_^ Sekolah Menengah Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Matang, Kuching. Semua guru, terima kasih banyak-banyak. Jasa guru semua akan selalu dikenang sampai bila-bila.

Balik rumah,terkenang pula saat perjumpaan dengan guru. Majoritinya, ayat yang keluar, "Hajar, umur awak berapa ye? 25? Dah tua rupanya awak ni" (baru tersedar selepas angka 25 itu keluar daripada mulut)
"Hajar, awak dah kahwin ke?" (tersipu malu)
"Hajar, sekarang buat apa?" (em...nak jawab pun berat rasa)
"Hajar, awak kenapa kurus sangat ni? Dulu gemuk je...." (ucapan majoriti daripada guru terchenta) so, kenapa majoriti cakap macam ni? Meh nak tunjuk gambar kelas untuk tingkatan 2.



tadaa....tengok gambar yang di dalam bulatan. Ini adalah gambar yang paling nampak la kan. Lepas masuk tingkatan 4 tu, dah tak nampak dah sebab dah semakin mengecik. Konon nyela...hehe. Nak tahu rahsia. Ha, tak ada rahsia ye. ^_^

Sekian....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram