SITI HAJAR
Kembara Siti Hajar
Ummu terbilang zaujah terjulang
Julangnya kekuatan hati
Menangkis kerasnya rasa terluka
Meraba tuntasnya rasa ketabahan
Lantas tuntas itu
menjadi vitamin pada ketabahannya
Sinar Siti Hajar
Bintu saudagar pembantu terpilih
Hingga bangkit sejarah menongkat jerih
Lantas kini namanya menjadi dadih
Yang manis menyusur dari bibir insan bertatih
Menjulang pengorbanan tanpa merintih
bangun membilang melawan perih
Ismail dibela deminya kasih
Nah..
lantas hati bertanya pada diri
Pantaskah nama yang kupinjam ini mencerminkan peribadi?
Menjadikan pengorbanan penguat potensi
Memaksikan Ilahi sebagai saksi
Betapa kasih kerana-Nya pasti dirai
bukan saja duniawi malah ukhrawi
Siti Hajar, bangunlah!!
Perbaiki diri, kemaskinikan minda
Agar Hajar bisa menjadi Hajar
Juwita sang suami dan juga sang anak
Ummu terbela di medan membahang
Dunia dibela demi akhirat terbela
No comments:
Post a Comment