Wednesday, October 24, 2012

Pulau Sipadan pulau idaman..


Bismilahirrahmanirrahim..
Setelah beberapa ketika menghadapi saat-saat sukar, terasa nak fikirkan perkara indah pula. 
Kadangkala fikiran ini perlu juga beristirehat. Rasa nak bercuti pulak.. Lagi-lagi setelah mendapat cenderahati dari rakan-rakan yang baru sampai daripada kursus di negeri di bawah bayu. Dalam satu minggu je, perkataan 'Sabah' ada timbul je di mana-mana. Wah gitu...


macam-macam ada....

Jadi, dengan tidak semena-menanya (eh, 'semena-mena' ada ke dalam kamus ye?) OKey, dengan spontannya tangan ni melayan mata yang tiba-tiba je nak tengok pusat peranginan di Sabah.
Akhirnya, terjumpa sebuah destinasi yang telah lama diidam-idamkan. Dari zaman universiti lagi.

Pulau Sipadan. 

Tempatnya di Semporna. Kenapa? Sebabnya, Semporna adalah tempat membesarnya seorang sahabat rapat yang bersama tatkala susah senang semasa di universiti dahulu. Kami pernah bersepakat untuk bercuti di sini satu masa dahulu dan harapnya impian ini akan tercapai. Amin...


itu dia...PAI!!! Baik, saya rindu awak, Pai..='(

Sudah, sudah. Balik semula pada landasan. 




Amacam? Tengok gambar sahaja sudah menarik hati. Walaupun pernah terjadi sejarah kisah penculikan oleh pihak pemisah Abu Sayyaf di kawasan ini, namun tidak menghentikan keinginan saya untu datang ke sini. InsyaAllah satu hari nanti... Moga Allah perkenankan..^_^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram