Bismillahirrahmanirrahim.
Al-Quran adalah panduan yang memang sarat dengan nasihat dan kata-kata Allah yang dapat menyejukkan hati. Subhanallah... Sebab itu ramai yang mengatakan antara pengubat dan penenang hati-hati manusia adalah al-Quran.
Petang tadi rajin pula menulis ayat yang mengandungi seribu makna di sebaliknya. surah at-Talaq ayat 3..
asbabun Nuzul ayat di atas dapat dilihat daripada kisah di bawah...
Ibnu Abbas memaparkan bahwa suatu saat, ‘Auf bin Malik
menghadap Rasulullah dan berkata, “Anakku ditawan musuh, dan ibunya sangat
sedih. Apa yang harus kulakukan, ya Rasulullah?” Rasul bersabda, “Kamu dan
isterimu memperbanyak ucapan hauqalah iaitu, ‘La haula wa laa quwwata illaa
billaah.’ Isteri ‘Auf pun berkata, “Alangkah baiknya perintah Rasul itu.” Lalu,
mereka memperbanyak bacaan itu. Tanpa diduga, suatu hari, musuh yang menawan
anak mereka itu lengah. Si anak berhasil melarikan diri dan pulang sambil
membawa beberapa ekor kambing milik musuh tadi. Atas hal itu, turunlah ayat
ini.
(HR Ibnu Mardawaih)
**** Jangan pernah mengeluh pada ketentuan Allah... boleh jadi apa yang kita suka itu bukannya baik untuk kita dan begitu juga sebaliknya. Rezeki Allah itu akan datang tanpa disangka dan akan juga ditarik tanpa disangka. Jangan risau kerana itu semua hak Allah...Kita hanya peminjam.. siapa kita untuk mempersoalkan hak Allah..?? ****
No comments:
Post a Comment