Tuesday, October 16, 2012

3 bulan berlalu..



Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah sudah 3 bulan berlalu, saya masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi Allah. Subhanallah, sudah 3 bulan saya menjalankan kehidupan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang melibatkan hati dan perasaan. Allahuakbar, semua dugaan ini saya hadapi hanya untuk mencapai redha dan kasih keluarga dan Ilahi. Saya tahu, Allah tidak pernah menghampakan hamba-Nya yang memberi sepenuh harapan dan sandaran hanya pada-Nya.

Kadang-kadang saya tertanya, mengapa saya tidak dapat seperti mereka? Tidak merasa apa yang mereka rasa? Dan pada akhirnya saya katakan pada diri, ini jalan yang ditentukan untuk saya. Ya, walaupun sukar, saya harus tempuh.....atas landasan yang ditetapkan. Masa yang berlalu tidak akan dapat dikembalikan lagi. Sekarang, apa yang perlu dilaksanakan adalah teruskan kehidupan dengan sebaiknya. 

Sebentar juga saya berfikir, semua yang terjadi ini menjadikan saya lebih berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing. Mengingatkan saya kembali pada dosa-dosa yang telah lalu lantas berusaha untuk memperbaikinya. Mungkin jalan selepas ini tidak akan semudah yang disangka, tapi saya tahu, dugaan inilah 'pelatih' utama saya dalam kehidupan akan datang. Kehidupan menyandang status sebagai 'isteri'.

Maafkan saya pada yang telah pergi andai ini yang terakhir. Harap semua yang berlaku sekarang akan menjadi pengajaran buat kita pada masa akan datang. Hargai siapa yang ada di hadapan kamu. Jangan pernah mempermainkan perasaan mereka kerana sekali mereka pergi, anda mungkin tidak akan mendapatkannya kembali. Apa yang penting, 'bersama' itu adalah bersama. Perkongsian pada perkara yang disukai, perkara yang tidak disukai, itu sepatutnya bersama. Sama menerima dan sama memberi. Tidak mengharapkan pasangan akan mengikut segala perkara yang kita sukai dan meninggalkan perkara yang tidak kita sukai. Kerana apa?? Kerana kita manusia dan jiwa dan pandangan kita berbeza..

cinta kerana Allah itu hakiki...
 
 
Juga pengajaran buat diri, 'jangan pernah berjanji kerana kita tidak akan tahu apa yang ditetapkan untuk kita suatu hari nanti'. (Ungkapan Julia dalam episod semalam)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram