Beli Kereta Cara Islam Tapi Insuran Terpaksa Haram?
Soalan
Ustaz,
saya nak membeli kereta. Saya membuat pnjaman kereta dari Islamic Bank,
kemudian bagaimana dengan insuran? Saya dimaklumkan mesti buat insuran
dan road tax di bank tersebut. Maka saya akan terdedah kepada insuran
konvensional. Adakah harus?
- soalan melalui sistem sms -
Jawapan
Pertama : Anda perlu membetulkan istilah dan kefahaman anda tentang Bank Islam. Anda mengatakan
"membuat pinjaman dari bank Islam".
Hakikatnya
Bank Islam tidak memberikan pinjaman tetapi memberikan pembiayaan
melalui pelbagai konsep dan aqad yang menepati Shariah, Anatara konsep
yang digunakan adalah Murabahah (seperti dibuat oleh Bank Islam Malaysia
Berhad - BIMB) iaitu bank membeli dari pengedar dan menjual kereta itu
kepada anda dengan harga 'mark up', kerana anda memilih bayaran secara
ansuran.
Deposit
10 % atau lebih yang anda bayar kepada pengedar itu adalah sebenarnya
kepada BIMB kerana mereka telah melantik pengerdar itu sebagai wakil
mereka. Dapatkan info lanjut dari pegawai di Bank Islam Malaysia Berhad.
Kebanyakan
Bank Islam lain pula mengamalkan konsep al-Ijarah Thumma Al-Bai' iaitu
"sewaan yang ditamatkan dengan jualan", proses dibuat apabila pihak bank
akan membeli kereta dari pengedar atau mungkin juga terus dari anda,
dan kemudian apabila pemilikan bank ke atas manfaat kereta (beneficial
ownership) telah sempurna, pihak bank akan menyewakan kereta itu kembali
kepada anda, dan pembayaran terakhir akan dianggap sebagai jualan
terus. Selain itu, ada
juga Bank Islam yang menggunakan konsep Tawarruq dalam pembiayaan
kereta. Semuanya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah
masing-masing.
Insuran
Hukum
insuran konvesnional adalah haram menurut keputusan Majlis Fiqh
Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan, justeru anda wajib mengambil
insuran Islam atau TAKAFUL dari mana-mana syarikat takaful yang wujud di
Malaysia bila membeli kereta atau rumah.
Biasanya
insuran tidak diuruskan oleh Bank, ia diuruskan oleh anda sendiri atau
penjual kereta itu. walaubagaimanapun jika ia diurus oleh bank atau
penjual, anda berhak untuk menuntut perlindungan TAKAFUL untuk kereta
itu. Tiada sebarang undang-undang yang membolehkan mereka memaksa anda
mengambil insuran yang tidak anda kehendaki.
Kebiasaannya,
penjual kereta menggambarkan seolah-olah mesti diambil insuran
tertentu, sebenarnya mereka sedang MENIPU. Hakikatnya mereka cuba
mendapat untung lebih kerana syarikat insuran yang mereka cadang adalah
panel mereka dan mereka akan mendapat komisyen kelak.
Jika
mereka kata 'tak boleh', anda perlu tegas mengatakan bahawa jika
demikian anda akan membeli kereta yang sama daripada pengedar dan
penjual lain. Saya pasti tatkala itu mereka akan mengatakan permintaan
anda boleh diusahakan.
Saya sendiri
pernah mengalaminya apabila cuba ditipu kononnya mesti ambil dengan
insuran konvensional tertentu yang memerlukan tempoh minimum 1 tahun,
kemudian saya bebas untuk menukar kepada insuran lain atau TAKAFUL
katanya. Dengan tegas saya katakan :-
"jika demikian, maaf, saya cari kedai lain. Saya mesti nak Takaful, 1 tahun dengan insuran, maaf saya tak mahu"
Dengan segera mereka dapatkan saya syarikat takaful.
Ingat,
penjual kereta akan cuba paksa anda ambil insuran yg mereka jual kerana
mereka dapat komisyen, jangan endahkan paksaan mereka. Tiada sebarang
peruntukan kuasa untuk memaksa anda. Jika paksa juga, dan anda tertipu,
sila buat aduan dan laporan segera kepada Tuntutan Tribunal Pengguna
Malaysia. InshaAllah pasti menang.
Road tax akan diuruskan sekaligus oleh syarikat penjual atau Takaful, road tax tiada masalah, hukumnya adalah harus.
Takut juga atas setiap sisip perkara yang kita lakukan sekarang. Semoga dapat dijadikan panduan buat kita bersama..amin.. Wassalam...
No comments:
Post a Comment