Assalamualaikum
semua.. subhanallah masa sekarang cepat rasanya berlalu kan? Sudah masuk bulan
Oktober dan semakin mengakhiri tahunnya. Setakat ini sudah setahun lebih saya
sudah menapakkan diri dalam dunia pekerjaan. Jujurnya sekarang saya tengah
merasa sedikit tekanan terhadap pekerjaan yang dijalani bersama dengan aktiviti
luar yang perlu saya hadapi. Menjadi seorang yang bekerjaya memang memerlukan
mindset yang kuat. Ya, saya tahu. Tetapi kenapa kadang-kadang saya tidak dapat
mengawal segalanya sendiri. Allah..
Kadang-kadang
saya terfikir untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumahtangga, tapi saya
batalkan semula niat tersebut kerana saya tahu apa tujuan saya bekerja. Sekali
lagi, melayan perasaan di tempat kerja memang perkara yang kurang baik yang saya
tidak dapat hentikan sekarang. Dan akhirnya, saya mula meminta kekuatan
daripada sumber utama kekuatan manusia, Allahu rabbi… Allah, tuhanku…..
Seketika menenangkan diri, saya terjumpa sebuah diari perancangan eksekutif di
atas meja bapa mertua. Lantas buku itu saya buka dan subhanallah, Allah
tumpukan mata saya pada satu tajuk koleksi artikel di dalam diari tersebut. “Bangkitkan
Kembali Semangat Kerja Yang Merudum”. Seketika saya merasakan terharu atas
apa yang Allah cuba untuk membantu saya. Ingin saya kongsikan bersama dengan
pembaca yang lain bagaiman meningkatkan semula semangat kerja seperti yang saya
alami sekarang.
1.
Proaktif
Berusaha untuk menjadi seorang pekerja yang proaktif dan berinisiatif.
Tanpa perlu menunggu arahan daripada majikan, anda telah menyediakannya
terlebih dahulu. Ini secara lansung berupaya mempamerkan komitmen anda pada
pekerjaan di samping persepsi positif kepada majikan.
2.
Kompromi
Dengan Pihak Atasan
Berkompromi dengan pihak atasan bukan perkara mudah lebih-lebih lagi
berhubung perkara yang melibatkan kesepakatan. Ini kerana usaha mendapatkan
kesepakatan daripada majikan yang mempunyai pendirian berbeza tentang sesuatu
perkara pastinya membuatkan tugas semakin sulit. Meskipun, namun mudah berputus
asa dan cuba atasinya dengan bijak.
3.
Membina
Hubungan
Pastikan anda sentiasa membina hubungan yang baik dengan pihak atasan,
teman sekerja dan rakan perniagaan. Melalui ini, sesuatu perkerjaan bukan hanya
menjadi mudah, tetapi secara tidak lansung masa depan kerjaya yang cerah.
4.
Tetapkan
tujuan
Dalam setiap perkara yang ingin dilakukan, pastikan anda mempunyai
matlamat atau tujuan. Adanya tujuan tersebut, gambaran tentang langkah kerjaya
pasti dapat membantu sekali gus memotivasikan diri untuk mencapai matlamat
tersebut.
5.
Terus
Belajar
Jangan pernah berhenti untuk terus belajar. Ubah persepsi diri dengan
manjadikan tugas dan pekerjaan itu sebagai medium pembelajaran. Keadaan ini
secara tidak lansung dapat meningkatkan perspektif anda agar lebih meluas dan
ilmu yang diperoleh pula akan terus bertambah.
6.
Sabar
Sikap mulia ini adalah perkara yang sangat penting. Tanpa sikap positif
ini segala-galanya menjadi terlalu sukar. Apa yang pasti kejayaan tidak datang
bergolek dan berlaku dalam satu hari. Penting bagi kita untuk berusaha dengan sabar.
Semua ini memang satu cabaran buat diri. Untuk wanita, ibu-ibu yang bekerja, kuatkan semangat ya. Moga dapat berbakti kepada nusa dan bangsa tapi jangan lupa pada kewajipan yang utama juga. (Nasihat pada diri sendiri kot...^_^)
Yang penting, jangan lupa senyum...
p/s Terima kasih encik suami kerana menjadi telinga di kala menghadapi saat-saat sukar. Saya sayang kamu.........
No comments:
Post a Comment