Friday, August 2, 2013

Maut Ketika Menjalankan Tugas

 
 
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
Dari Allah kita, kepada Allah kita kembali.

Semalam dikejutkan dengan perginya sahabat meninggalkan dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Sri Aman - Betong. Walaupun tidak terlalu mesra dengan arwah, tetapi memang mengenali arwah selepas arwah menghadiri ceramah Maulidul Rasul di MRSM tahun lepas. Ustaz Ibrahim Hailie, seorang ustaz yang amat dikagumi oleh kebanyakan pelajar-pelajarnya.

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang itu melibatkan kereta Innova yang dipandu oleh ustaz Ibrahim sendiri bertembung dengan treler pengangkut kayu balak ketika pemandu kayu balak tersebut gagal mengawal dan masuk ke arah yang bertentangan. 3 orang wanita di dalam kereta tersebut meninggal dunia. Apa yang menyedihkan adalah keadaan wanita tersebut di mana salah seorangnya sedang mengandung anak pertama 4 bulan, yang kedua pula baru sahaja melahirkan anak dan memulakan kerja selepas cuti bersalin, manakala seorang lagi baru 2 bulan berkerja di jabatan tersebut.

Seorang lelaki dipercayai berada dalam keadaan kritikal manakala seoarng terselamat dengan hanya cedera ringan. Mendengar berita tersebut membuatkan saya terfikit kembali, ajal kita berada di mana-mana, cuma bila, di mana dan bagaimana pengakhiran kita, hanya Allah sahaja yang tahu.

Takziah diucapkan buat mangsa kemalangan. Semoga roh arwah ustaz Ibrahim dan sahabat lain
tenang dan ditempatkan bersama orang beriman..amin.

Al-Fatihah..


KOSMO
UTUSAN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram