Hari Raya adalah hari yang sungguh menyeronokkan bagi sesetengah orang. Di bulan Syawal ini ramai yang mengenakan pakaian dan tudung-tudung baru yang cantik dipandang mata. Sekarang
begitu banyak tudung yang dijual tidak kira samada secara talian ataupun secara
lansung. Gembira juga melihat ramai yang mengubah imej diri mereka dengan
menutup aurat mereka terutama daripada golongan artis. Namun sedihnya, mungkin
disebabkan kurangnya pengetahuan tentang persoalan “Mengapa kita perlu
bertudung?” ini menyebabkan ramai yang telah melanggar peraturan dan cara
bertudung yang sebenar.
Sebelum itu, mari kita hayati maksud ayat al-Quran yang mewajibkan wanita
untuk bertudung iaitu ayat 31 surah an-Nuur:
Nampak tak
apa yang diminta di dalam ayat tersebut? Namun sekarang terdapat beberapa
kesalahn yang mungkin sudah menjadi kebiasaan yang perlu kita singkap dan
betulkan.
1.
Aurat di dalam keluarga
Kesilapan ini adalah kebiasaan bagi kita, bahkan saya sendiri juga pernah mengalami kejahilan ini. Kononnya, selepas berkahwin, maka aurat dengan adik-beradik ipar yang berlainan jenis pun boleh dibuka. Ini adalah salah di sisi Islam. Selepas berkahwin, aurat kita wajib ditutup kecuali di hadapan suami dan bapa mertua. Adik beradik lelaki yang lain adalah masih bukan mahram kita.

2.
Bertudung tapi memakai
pakaian yang tidak bersesuaian.
Lihat sahaja cara pemakaian di atas. Di sinilah kita
diuji dan patut dipersoalkan kembali, kenapa kita bertudung? Adakah hanya untuk
menutup kepala atau mengikut trend semasa? Aurat wanita di hadapan orang bukan
mahramnya adalah seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja. Lantas,
kalau tubuh itu ‘dibalut’ masih nampak lagi bentuk tubuhnya dan orang lain
dapat membayangkan sesuatu daripada pemandangan tersebut kan? Maka atas sebab
itulah kenapa mereka digelar wanita yang menutup aurat tapi bertelanjang.
3.
Bertudung dan berbaju
longgar tetapi kainnya……
Bagaimana pula dengan pakaian seperti gambar di atas? Masih kelihatan bentuk kaki yang cantik itu di sebalik kain tersebut. Di sinilah munculnya hadis Riwayat Ahmad Dan Baihaqi,
“Suruhlah isterimu mengenakan baju dalam di balik kain Qibtiyah itu.”
Kain
Qibtiyah adalah kain tipis yang digunakan bagi mengelakkan kelihatannya warna
kulit di sebalik kain nipis yang dipakai.
4.
Tudung yang tidak menutup
bahagian dada
Sepertimana yang dapat kita lihat di dalam ayat yang
pertama sekali kita baca di atas mengatakan hendaklah kamu melabuhkan kain
tudung hingga ke paras dada. Kenapa? Rasanya semua sedia maklum, di situlah
tempat salah satu mahkota yang wanita miliki dan dapat menarik mata lelaki
padanya. Betul kan semua? Jadi, jagalah sebaiknya.
5.
Tudung berbonggol unta
Isu ini seringkali diperkatakan bagi memberi
kesedaran kepada wanita tentang tegahan hadis Nabi seperti di sebelah.
Pemakaian
bonggol seperti ini banyak kita lihat terutama di kalangan pengantin-pengantin
wanita. Ya, memang nampak menarik, tetapi sebagai Muslimah, antara kecantikan
yang sementara atau dosa melanggar perintah yang kita mahukan?
Fikir-fikirkanlah..
6. Tabarruj
Apakah itu tabarruj? Tabarruj ialah perbuatan mendedahkan kecantikan paras rupa, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di bahagian–bahagian lain terutama kepada bukan mahram. Kembali kepada surah al-Ahzab di atas, tujuan utama melabuhkan tudung dan berbaju longgar adalah untuk mengelakkan diri daripada diganggu. Lihat sahaja di mana-mana, siapa yang lebih senang diganggu? Wanita yang menampakkan segala perhiasannya atau tidak? Fikirkan lagi sekali...

7.
Fesyen yang menyerupai bangsa lain
Pelbagai jenis trend dan fesyen terbaru yang kita lihat sekarang. Namun, sedarkah anda.....??? Lihat gambar di bawah:
Daripada
kesilapan-kesilapan di atas, muslimah yang benar-benar memahami maksud
'BERTUDUNG' dan 'MENUTUP AURAT' itu sendiri yang akan dapat merubah diri mereka
menjadi seorang MUSLIMAH sejati. Memang susah apabila terpaksa meninggalkan
segala jenis fesyen terkini. Tetapi yang susah itu juga yang manis. Seperti
ubat, kebanyakan ubat perit dan pahit ditelan tetapi itu juga yang akan membawa
kesembuhan yang amat bernilai. Renungkanlah...dan sebarkan kepada semua... ^_^
Perkataan anda memang Benar
ReplyDeletetapi Sifat Anda Tidak Di Benarkan ....
Jangan Membeda2 kan Agama
Islam, Kristen, Khatolik, BUddha, Hindu DLL
Mereka Punya Masing" Peraturan
Hormati dulu Agama Lain
Sebelum Anda Bisa Menghormati Agama Anda Sendiri :)
Assalamualaikum :)
Waalaikumsalam..
ReplyDeleteSaya tidak membeda2kan agama lain..
Tidak tertulis di situ 'perbezaan' antara agama Islam dan agama lain
dan tidak tertulis di situ bukti saya 'tidak menghormati agam lain'
Mungkin kefahaman tuan Bram Setiawan terhadap apa yang saya tulis berlainan dengan apa yang ingi saya sampaikan..
Wassalam..^_^