Thursday, July 25, 2013

'DO' dan 'DONT' untuk ibu mengandung

 
 
Wah, alhamdulillah masih diberi pinjaman nyawa lagi daripada Allah untuk hari ini. semoga diberi peluang menempuh hari-hari mendatang dengan penuh ketabahan dan kekuatan terutama tika diberi ujian oleh Pencipta. ^_^
Okey, back to the point, saya ingin kongsikan bersama beberapa perkara penting yang saya dapat daripada sebuah Pregnancy Forum yang dianjurkan oleh Normah Specialist Centre. Saya dipilih untuk menyertai forum tersebut atas alasan saya baru berkahwin dan bakal menjadi ibu. Dan apabila speaker (terdiri daripada pregnancy consultant di pusat tersebut) bertanya, "Who are here gonna be parents for the first time?" Saya pun mengangkat tangan dan guess what, saya adalah satu-satunya insan yang mengangkat tangan. Speaker tersenyum melihat saya dan berkata, "And you have hundred percent reason to be here." Wah, teruja lah pula......
 
Apa yang perlu dan tak perlu dilakukan oleh ibu yang mengandung? Kita mulakan dengan 5 perkara yang perlu para ibu lakukan.
 
1. Pretend you are not pregnant. Bukan bermaksud boleh buat sesuka hati je, tetapi buat aktiviti harian dengan menyangka kita tidak mengandung. Pergi kerja, solat, balik kerja, layan suami, lakukan seperti biasa. Jangan terbawa keterujaan kita kerana boleh jadi aktiviti harian kita akan terganggu.
2. Exercise. Siapa kata ibu mengandung tidak boleh bersenam? Terdapat beberapa kebaikan bersenam ketika mengandung. Antaranya, memberi lebih tenaga, menguatkan otot belakang, mengawal berat badan, peredaran darah, menghilangkan stres, persiapan sewaktu bersalin dan banyak lagi.


3. Have normal relations with your spouse. Walaupun mengandung, bukan bermaksud kita kena jauhkan diri daripada suami. Malah sepatutnya pada waktu itu, kita patut lebih rapat dengan mereka. We need them for every part of our life, hatta kehidupan akhirat kita sekalipun.

4. Eat healthy and only for yourself. Ini yang selalu kita dengar orang bangkangkan. "Makanlah banyak, kan makan untuk 2 orang tu." Anggapan ini sebenarnya salah, kata speaker tersebut. Kita hanya makan untuk diri kita sendiri sahaja, bukan sekali dengan bayi. Apa yang penting juga, hindarkan makanan yang manis sebab waktu mengandung kita mudah untuk menghidap kencing manis.


5. Wear a good pair of jogging shoes. Waktu-waktu macam ni, cuba elakkan menggunakan kasut bertumit tinggi atau kasut yang keras. Ketika perut membesar, ia akan memberi tekanan kepada kaki, jadi sebaiknya alaskan kaki dengan sesuatu yang selesa dan lembut terutama sekali bagi mengelakkan kaki bengkak. Tapi, speaker cakap, swollen leg ni adalah kebiasaan bagi ibu-ibu mengandung. Jadi, jangan risau ya..


Itu adalah 5 perkara yang perlu ibu-ibu lakukan yang kadang-kadang dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Sekarang, kita beralih pula kepada 5 perkara yang tidak perlu ibu-ibu laksanakan.

1. Over eat during & after pregnancy. Rasanya ini semua sudah maklum kan? Jadi, make it simple, makanlah sewajarnya. ^_^

2. Worry. Jangan terlalu risau pada perkara-perkara berkaitan kandungan. Nanti memberi tekanan kepada ibu dan kesannya akan dirasai oleh bayi.


 3. Take extra supplement. Mengambil suplemen yang pelbagai adalah bahaya. Itu yang dirumuskan oleh speaker di mana kebanyakan kandungan yang ada di dalam suplemen akan memberi kesan yang buruk kepada kandungan.


4. Over investigate anything. Terdapat ibu bapa yang risau dengan bagaimana keadaan bayi yang akan dilahirkan nanti. Oleh sebab itu, mereka mula melakukan pelbagai jenis ujian bagi memastikan kandungan mereka.  Jangan tau..

5. Miss your appointment. Penuhi temu janji yang telah ditetapkan oleh doktor. Ini semua untuk kebaikan ibu dan kandungan itu sendiri.


Jadi, itu adalah perkara yang saya ingin kongsikan untuk kita sama-sama amalkan. =) Tapi, untuk ibu-ibu yang beragama Islam, semasa mengandung, jangan lupa.... banyakkan membaca al-Quran, dan kalau mampu khatamkan al-Quran bermula awal mengandung sehingga sebelum bersalin. Moga anak-anak yang lahir celik al-Quran.


Jangan lupa juga, jaga perbuatan dan perasaan ketika mengandung. Jangan suka marah, mengumpat dan pelbagai lagi perkara yang kurang elok. Moga anak-anak lahir dengan baik akhlaknya nanti. InsyaAllah.


Itu sahaja untuk hari ini. Selamat berpuasa semua!! Wassalam.
  
p/s Suka sangat baca MY TWIN PREGNANCY DIARY ni..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram