Konvensyen Bidadari 2013
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah sudah hari ke 7 kita semua berada di bulan Ramadhan mulia ini. Namun apa yang menarik hati saya pada ketika ini adalah penganjuran Konvenseyen Bidadari yang diadakan lagi untuk tahun ini.
Menggunakan kata "Inspiring Muslimah, Empowering Ummah" dapat memberi gambaran kepada kita tentang apa yang cuba disampaikan oleh konvensyen tersebut, kan? Semuanya adalah usaha dalam memperbaiki diri di samping kita dapat juga menambah ilmu dan pengetahuan dari aspek perjalanan hidup.
Konvensyen ilmiah ini menampilkan beberapa orang speaker yang amat mantap tidak kira dari segi ilmu, malah juga pengalaman yang dapat dijadikan sebagai panduan untuk muslimah. Antaranya adalah, Puan Wardina Safiyah (idolaku..^_^), Ustazah Fatimah Syarha, Ustazah Hafizah Musa, Dr Rubiah, Prof Dr Muhaya dan lain-lain. Tahun lepas pernah juga diadakan konvensyen ini, namun, disebabkan tempat penganjuran yang agak jauh, maka saya sudah terlepas peluang yang menarik ini.
Selain daripada itu, turut juga diadakan Bengkel Suami Mithali buat para muslim tidak kira yang sudah atau belum menjadi suami. Menarik kan?
Jadi, sesiapa yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai konvensyen ini, sila klik pada gambar di bawah ya..
Selamat berkonvensyen semua..Wassalam.
No comments:
Post a Comment