Monday, April 29, 2013

Tips Mendapatkan Peluang Pekerjaan

 
 
Bismillahirrahmanirrahim. Pekerjaan adalah salah satu punca rezeki dalam meneruskan kehidupan dan setiap orang pasti ada mengalami kesukaran dalam mendapatkan pekerjaan Terutama para siswazah yang baru menghabiskan pengajian daripada pusat pengajian mereka. (Tidak kurang juga dengan penaip 'keyboard' ini sekarang..=P) Jadi, dengan sedikit maklumat, ingin saya kongsikan beberapa tips yang pernah dilaksanakan dan tidak pernah dilaksanakan oleh diri sendiri. 
 
 
  1. Doa. Perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah meminta dengan Pemberi rezeki kepada manusia. Pintalah dengan bersungguh-sungguh dan bagi umat Islam, amalkan melaksanakan solat sunat Dhuha kerana ia adalah salah satu daripada magnet penarik rezeki.
  2. Minta maklumat daripada ahli keluarga. Bagi sesiapa yang berasa malas hendak keluar menghabiskan minyak mencari pekerjaan di setiap agensi, cuba tanya dengan sepupu sepapat, mak ayah saudara, nenek dan datuk tentang peluang pekerjaan yang ada di tempat mereka.
  3. Gunakan rangkaian sosial di sekitar anda. Andai ada yang tetap tidak mendapat maklumat daripada ahli keluarga, cuba pula mengorek maklumat kekosongan jawatan daripada masyarakat sekeliling yang anda kenali termasuk jiran, ahli persatuan dan lain-lain.
  4. Tabahkan hati, tebalkan muka bertemu dengan ahli agensi yang terlibat. Dengan mendapatkan maklumat tentang peluang pekerjaan di tempat itu sendiri akan lebih meyakinkan anda untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh agensi tersebut. Selain itu, mana tahu kalau sudah rezeki, ketua agensi tersebut akan jatuh hati pada anda buat kali pertama setelah melihat kesungguhan anda mencari. (bukan jatuh hati kerana cinta ya..)
  5. Hantar resume ke semua agensi yang berkaitan. Walaupun agensi yang anda pilih itu tidak mengemukakan iklan jawatan kosong, tidak salah kiranya anda menghantar surat permohonan beserta dengan maklumat peribadi (resume) kepada mereka. Sekurang-kurangnya jika anda memiliki kelebihan yang berguna buat agensi mereka, anda mungkin akan dipanggil untuk mengisi jawatan di sana.
  6. Surat khabar. Medium paling popular digunakan untuk mancari pelbagai perkara terutama dalam cerita Korea. (hahaha..) Tetapi, kalau boleh, cuba beli surat khabar dengan kerap supaya pelbagai jenis jawatan akan dapat anda peroleh dengan mudah.
  7. Internet. Medium paling meletup yang digunakan pada zaman ini. Jangan segan untuk menekan butang huruf pada keyboard anda untuk mencari pekerjaan yang diharapkan.
  8. Minta maklumat daripada senior yang mengambil kos sama dengan anda. Senior yang sudah bekerja lebih mengetahui kelayakan yang anda ambil dan pastinya mereka akan mencadangkan beberapa tempat yang bersesuaian dengan tahap akademik yang diambil.
  9. Manfaatkan laman sosial. Sekarang terdapat banyak laman sosial yang disediakan seperti facebook, twitter dan sebagainya. Malah terdapat juga laman sosial yang memang dikhususkan untuk memberi maklumat berkaitan jawatan kosong yang diminta. Manfaatkan sebaiknya..
  10. Tawakal dan jangan memilih pekerjaan. Tips terakhir setelah semua usaha telah dilakukan adalah dengan bertawakal agar tidak kecewa jika tidak diterima dan akan bersyukur jika diambil bekerja. Selain itu, jangan terlalu memilih pada pekerjaan yang diperolehi kerana pengalaman itu lagi bernilai daripada segalanya.

Semoga berjaya buat pencari pekerjaan...^_^ Wassalam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram