Bismillahirrahmanirrahim...
"Kenapa sihat je sekarang?", "Awak dah nampak tembam lah lepas kahwin", "Nanti dah mengandung mesti lagi bulat awak ni nanti." Satu-satu ayat masuk dalam telinga dan terus meresap ke dalam fikiran. Alamak...saya memang sudah dalam proses membulat ya? Teringat semula gambar lama saat-saat masih sekolah menengah dahulu.........
Berat badan, perkara paling sensitif dalam diri setiap wanita, kan? Same goes to me..huaaaa...
Selepas kahwin, ramai yang tegur dengan kenaikan berat badan ni. Kadang-kadang jadi risau pun ada. Akhirnya, satu perkataan je yang akan dijawab. "Bahagia..." Haha...jawapan untuk cover diri sendiri, padahal memang banyak makan pun sekarang.
Okey, dengan ini, saya perlu dan harus menjaga sebaiknya apa yang harus dijaga. Encik suami mesti dah bosan kot dengar keluhan isteri dia tentang berat badan ni. Maaf ya wahai suamiku..^_^ Dan paling-paling jawapan yang suami beri "Abang tak kisah kalau gemuk pun, yang penting sihat," Ala..baik sangat suaminya, tapi bagi saya perkataan 'gemuk' itu maksudnya 'tidak sihat'. Jadi saya harus berusaha...
Maka, beberapa pembacaan harus dilaksanakan bagi mengenali bagaimana kegemukan itu terjadi. Akhirnya terjumpa sebuah laman yang memberi banyak maklumat dan pengetahuan tentang diet.
Susu Sejat.com
Jadi bagi sesiapa yang turut mengalami keadaan yang sama seperti saya, jom kita, moh kita baca maklumat berguna dalam laman ni. Mana tahu boleh membantu. Dan paling menarik, pemilik blog juga ada menyediakan sebuah buku diari diet yang dijual dan dapat turut dijadikan panduan.
Apa yang menarik juga, pemilik blog ini menulis berdasarkan pengalaman beliau yang juga pernah mengalami masalah berat badan dan berjaya menurunkannya sehingga ke berat yang ideal. And he is also Sarawakian..
Besides, banyak testimoni daripada orang ramai yang mengikuti plan diet yang diberi. Rasa kagum pun ada juga melihat testimoni-testimoni tersebut. Ini baru dinamakan proses menurunkan berat badan, bukan dengan mengambil pil-pil atau ubat yang kebanyakannya memberi kesan yang sedikit malah ada yang memudaratkan pada akhirnya.
dan 5 hari kemudian,
Banyak lagi testimoni yang diberi. So, panduan ada, mulalah berusaha!!!
Wassalam..
No comments:
Post a Comment