Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini saya telah dapat ilmu yang baru yang ingin saya kongsikan bersama. Ini berkaitan dengan usia manusia. Terima kasih buat SusuSejat atas maklumat ini. Rupanya kita dapat melihat 2 jenis umur secara umumnya. Pertama adalah Usia Kronologi iaitu usia kita yang dikira berdasarkan tahun kelahiran kita. Jenis umur yang kedua pula adalah Usia Biologi iaitu umur purata satu-satu populasi yang setara dengan keadaan tubuh badan dan minda yang anda miliki pada waktu tersebut.
Bagaimana kita dapat mengetahui kedua-dua usia ini? Untuk usia kronologi, seperti biasa kitatolak tahun sekarang dengan tahun kelahiran kita. Kelahiran saya adalah pada tahun 1987, maka usia kronologi saya sekarang adalah 26 tahun.
Untuk mengira usia biologi pula, ada 2 kaedah yang dapat digunakan:
Bupa.com.au - Pengiraan yang lebih kurang seperti kalkulator. Boleh cuba di
SINI
|
Daripada perkiraan ini, umur biologi saya adalah sama dengan umur kronologi iaitu 26 tahun.
Tetapi nampaknya, risiko untuk diabetes itu kelihatan besar dan perlu dijaga dengan cara hidup yang sihat. |
|
|
|
|
|
2.
Biological-age.com - Beberapa soalan berbentuk kuiz akan diberikan untuk dijawab. Kalau tak salah, ada 25 soalan yang perlu dijawab melibatkan beberapa perkara mengenai cara hidup kita. Cuma pada soalan "Where Do You Live" itu tidak disenaraikan Malaysia sebagai pilihan. Jadi cuma pilih jawapan 'China' untuk soalan ini. Sesiapa yang nak mencuba, boleh klik di SINI.
|
Untuk pengiraan ini, usia biologi saya pula adalah 15 tahun. Wah, kurang daripada setengah umur.
Keputusan ini turut memberi beberapa pesanan yang perlu diambil kira untuk cara hidup yang lebih sihat. |
Jadi, jom kira bersama-sama!! ^_^
Wassalam.
No comments:
Post a Comment