Bismillah.. alhamdulillah, hari ini sudah dapat kad sim baru yang menggunakan nombor lama selepas hilang semalam di pasaraya. Kali pertama berjalan kaki menuju ke celcom centre Satok memang agak memenatkan. Tapi lagi penat bila berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Huhu..
Sebelum menuju ke bangunan celcom itu saya sempat melewati sebuah kedai binatang peliharaan. Terpana sebentar apabila melihat sekumpulan kucing-kucing comel sedang tidur di dalam sangkar di dalam kedai. Niat di hati untuk masuk kedai tersebut terus hilang setelah melihat jam yang hampir ke pukul 12. Bimbang tujuan sebenar tidak tercapai, saya terus bergerak ke bangunan yang sepatutnya dituju. Selepas ini, saya kembali lagi, bisik saya dalam hati..
Selesai sahaja tujuan utama, hati pun bergolak kegembiraan setelah mendapat semua kad sim 013-***** saya. ^_^ Sekarang, perlu laksanakan hajat yang tertunggak sebentar tadi. Masuk sahaja ke kedai tersebut, bunyi kucing yang sedang ketakutan terdengar diiringi dengan bunyi air..Mungkin sedang dimandikan. Mata terus tertatap pada sangkar di hadapan cermin..
Satu persatu kucing saya perhatikan dan akhirnya mata tertarik pada seekor anak kucing yang comel. Aaaa, kalau lah saya boleh memiliki dia buat masa ini, alangkah bahagianya.. Tapi saya sedar itu bukan keperluan, lagipun ada 3 ekor lagi kucing menunggu di rumah. Lantas, hanya gambar sahaja saya ambil buat tatapan mata..
saya bagi nama buat dia, 'kucing celcom'..kita berjodoh kerana celcom..^_^
kawan di belakang nampaknya sedang merajuk..
"belilah saya.." mungkinkah ini yang dimaksudkan? ^_^
Apapun, semoga dia dapat tuan yang baik dan membesar dengan sihat ya Celcom..bye..='(
Wassalam.
No comments:
Post a Comment