Musim bola bermula!! Cantik juga kan logo Euro 2012 ni. Bunga yang amat dekat di hati wanita dan bola pula di hati lelaki. Memang memikat hati!! Dan pastinya ramai yang menjadi pengulas dan pelapor keputusan bola di facebook. Maka ramai juga yang akan datang ke pejabat dengan mata yang layu setelah berjaga semalaman demi bola. Lantas kualiti pekerjaan juga tidak mustahil akan menurun sehingga pertandingan tamat nanti.
Di rumah ini juga, perwira-perwira sudah mula menyediakn makan-makan 'supper' di tengah malam untuk menyaksikan perlawanan. Lantas, pertiwi akan disajikan dengan pemandangan yang 'kurang' keesokan paginya dan sudah pasti kami yang akan menjadi pembersih 'panggung wayang' tersebut sedang yang lain sedang nyenyak dibuai mimpi bola. Alahai adik-adikku..^_^
Memang memenatkan..
Ini semua adalah keputusan negatif yang kurang menyenangkan tatkala musim bola melanda, namun di sebaliknya ada juga perkara yang menyenangkan menyelit membaluti kekurangan tersebut. Pastinya menyaksikan pertandingan seperti ini sunyi jika disaksikan keseorangan..lantas rakan-rakan, isteri, anak-anak diajak berkumpul untuk sama-sama menyaksikan pertandingan. Ikatan ukhuwah mula bercambah.. hubungan keluarga juga semakin rapat.
TAPI....jangan lupa pada perkara WAJIB yang sepatutnya dilaksanakan. Hubungan keluarga semakin rapat namun apabila masuk waktu subuh, hubungan ini tidak sehangat semalam. Tidak lagi berjemaah dan lagi menyedihkan jika segelintir sahaja yang menunaikan solat wajib ini sedangkan yang lain masih leka melayan mata. Malah lagi-lagi mnyedihkan jika semuanya 'tidak larat' untuk bangun. Apa pun yang dilakukan, jangan lupa perkara wajib ya!!
Jadi, selamat menjadi penonton bola yang setia dan hamba Allah yang turut setia...GOL!!!! ^_*
No comments:
Post a Comment