Erti Sebuah Perkahwinan
Bismillah...Baru sebentar mata saya tertatap sebuah berita yang mengisahkan tetang seorang wanita yang diceraikan suaminya setelah 17 hari bernikah. Lantas, terdetik di hati saya untuk membaca keseluruhan kisah yang berlaku. Setelah membaca, saya akui ini ada perkara yang memang menjadi penyebab kuat pada penceraian itu. Tapi apa yang menjadi persoalan utama bagi saya adalah sejauh mana maksud 'perkahwinan' itu diserap sebelum melayari bahtera yang disyariatkan ini? Tentu banyak persiapan yang dilakukan untuk menuju ke arah itu. Kenapa perkahwinan yang sepatutnya dipegang sebagai kisah seumur hidup hanya terhenti sekadar 2 minggu?
Lantas, tangan saya pantas menaip untuk mencari apa sebenarnya maksud perkahwinan dan menemukan saya pada sebuah blog yang menceritakan kisah perjalanan hidup rumahtangga yang melauli pelbagai dugaan tapi semuanya dapat ditempuh. Resepi utamanya adalah semua perkara yang dilaksanakan adalah semata-mata kerana Allah... Allah, besarnya hikmah dan kurnia yang Engkau beri tatkala umatMu mengingatiMu.
Blog yang saya maksudkan adalah dari Ustaz Saiful Islam. Seorang imam dan mempunyai seorang isteri yang bekerja sebagai doktor. Sesiapa yang ingin membaca lebih lanjut, silalah ke link yang disediakan. Saya cuma ingin memetik beberapa pesanan yang beliau dapat dan amalkan supaya kita juga dapat sama-sama mengamalkannya tidak kira sebelum atau tatkala kita melayari hidup berumahtangga.
"Kami perlu berhadapan dengan persepsi masyarakat. Seandainya kami mudah
tergugat oleh “apa yang difikirkan oleh orang lain” maka tentunya kami
akan keletihan menangkis sinis dan sindiran yang ada. Apalah yang ada
pada seorang ustaz, jika ukurannya adalah pada sebuah kebendaan? Apakah
yang mampu ditawarkan oleh seorang ustaz kerana ‘ilmu agama’ tidak
pernah menjanjikan kekayaan bagi pejuangnya. Kami saling menerima, atas
realiti itu." "Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga
kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi
nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan saya di dalam
sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari
isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun
kebaikan itu." “Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari
yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti
apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita
menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina
atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka
selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering
terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah
seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai” "Kami berpisah. Ia tidak mudah. Namun kerana ‘ada’nya Allah, kami saling
merestui pengorbanan ini. Seperti yang Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
tuliskan di dalam lirik nasyidnya, “Bertemu tidak jemu, berpisah tak
gelisah” "Namun, selepas bertahun kami mendirikan rumah tangga, kami tidak pernah
lupa bahawa pertemuan yang menyatukan kami, adalah pada sebuah
perjuangan. Sebagaimana kehidupan kami sebelum berumah tangga penuh
dengan aktiviti-aktiviti Islam, membantu menyebarluaskan agama Allah,
maka kehidupan seperti itu jugalah yang menghiasi perjalanan bahtera
rumah tangga kami ini." “Kebahagian rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan
bersama isteri dan anak-anak. Penentunya adalah kualiti. Berapa ramai
yang meluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka
tidak bersama. Mereka sebumbung tetapi masing-masing mengadap TV, tidak
berkomunikasi. Ustaz sentiasa cuba pastikan setiap masa yang ada untuk
bersama isteri dan anak-anak, digunakan sebaik mungkin untuk benar-benar
bersama. Lihatlah Ismail alayhi al-Salaam. Sering ditinggalkan bapanya.
Tetapi Ismail tidak pernah memusuhi Ibrahim. Mereka bertemu kerana
Allah, mereka berpisah kerana-Nya jua.”
Terima kasih buat Saifulislam.Com..:)
No comments:
Post a Comment