- Daya tahan kerohanian yang tinggi (spiritualisme). Memang tidak diakui kadang-kadang ada sesetengah belia yang mudah beremosi apabila disergah. saya juga begitu. Jadi seharusnya belia tidak harus memiliki sifat sebeginia dan perlu memastikan mereka mempunyai daya tahan yang tinggi di kala melalui cabaran-cabaran dunia luar.
- Intelektualisme (Pengetahuan). Ramai daripada belia yang memasuki alam pekerjaan sekarang kurang memiliki intelektualisme yang tinggi. Intelektualisme ini bukan sahaja terpaksi pada pengetahuan semata-mata tapi juga pada kematangan pemikiran seseorang belia. Bagi mengatasi masalah ini, belia tidak mahu tidak, perlu menimba banyak ilmu, perbanyakkan bacaan terutama sekali melibatkan isu-isu semasa untuk membina fikiran. Tidak hairanlah mengapa dalam sesuatu temuduga, isu semasa menjadi antara perkara utama yang perlu diambil kira.
3. Idealisme. Belia perlu memiliki cita-cita yang tinggi serta matlamat yang tetap. Pandangan jauh amat menjadi perkara penting, namun pandangan jauh itu juga harus selari dengan tindakan. Namun, pandangan jauh itu biarlah tidak seperti 'angan-angan Mat Jenin'.
4. Aktivisme (Usaha). Setelah matlamat dipahat dalam diri, maka perlu lah kepada usaha dan kesungguhan. Mulakan dengan langkah pertama walaupun langkah itu hanya 1 sentimeter. Jangan terlalu taksub untuk berlari sehingga akhirnya apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jadikan pengalaman sebagai satu proses belajar dan jangan pernah takut pada kesilapan.
Dr Robiah juga sempat menyisipkan beberapa kata-kata indah yang dapat dijadikan renungan.
"Apa yang kamu semai pada hari ini, itu juga yang akan kamu tuai nanti."
"Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Wahai para ibu, bawalah gambaran syurga itu ke wajah, agar dapat disaksikan oleh anak-anak dan suami, suami menjadi pendorong kepada mereka untuk menggapai keindahan syurga."
"Andai kamu berdiri lebih tinggi daripada rumput, tapi kamu tidak pernah berzikir kepada Sang Pencipta seperti rumput, kamu tidak berhak untuk memijak bumi Allah."
"Zakatkan umur kamu, zakatkan ilmu kamu untuk masa hadapan."
Semoga sedikit ilmu yang saya dapat ini dapat memberi manfaat kepada semua...amin..
No comments:
Post a Comment