Tuesday, June 26, 2012
Jodoh itu...
Selamat tinggal Celcom..:'(
saya bagi nama buat dia, 'kucing celcom'..kita berjodoh kerana celcom..^_^
kawan di belakang nampaknya sedang merajuk..
"belilah saya.." mungkinkah ini yang dimaksudkan? ^_^
Apapun, semoga dia dapat tuan yang baik dan membesar dengan sihat ya Celcom..bye..='(
Wassalam.
Saturday, June 23, 2012
Negeri 5 Menara
Assalamualaikum.
apa khabar semua?
"Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman,
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang,
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan,
Berlelah-lelahlah, menisnya hidup terasa setelah lelah berjuang."
-Imam Syafii-
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang,
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan,
Berlelah-lelahlah, menisnya hidup terasa setelah lelah berjuang."
-Imam Syafii-
Ungkapan yang dipetik dari sebuah novel yang tengah dalam pembacaan. Negeri 5 Menara karya A. Fuadi. Buku milik abang yang sudah lama terbiar. Lihat pada muka hadapan memang kurang menarik perhatian. Apa lagi tajuk yang nampaknya mungkin kurang mengajak hati untuk membaca. Tapi apabila sudah 2, 3 muka surat dibaca, ternyata terdapat satu kisah yang menarik hati saya untuk terus membaca.
Kisah seorang insan bernama Alif yang melayari kehidupan dalam menimba ilmu. Pelbagai cabaran yang ditempuh dan dikupas satu persatu. Kadang-kadang tergelak juga tatkala membaca bahagian yang menceritakan kisah lucu Alif.
Tuesday, June 12, 2012
Mereka sangat gigih..
Alhamdulillah..minggu ke minggu, saudara baru yang menyertai kelas agama dan mengaji semakin bertambah. Semangat mereka untuk mempelajari ilmu al-Quran dan mendalami ajaran Islam amat dikagumi. Sehingga ada yang sanggup juga datang walaupun hujan lebat melanda. Terima kasih kepada ustazah yang sudi mengajar. Semestinya beliau mendapat banyak manfaat daripada pengajaran ini. Amin ya Rabbana...
Lantas hati tertanya-tanya, berapa ramai mereka yang sudah memang memegang jawatan sebagai Muslim yang masih dan sanggup berusaha ke arah ini? (pertanyaan tanpa jawapan....)
Sunday, June 10, 2012
Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok
- Daya tahan kerohanian yang tinggi (spiritualisme). Memang tidak diakui kadang-kadang ada sesetengah belia yang mudah beremosi apabila disergah. saya juga begitu. Jadi seharusnya belia tidak harus memiliki sifat sebeginia dan perlu memastikan mereka mempunyai daya tahan yang tinggi di kala melalui cabaran-cabaran dunia luar.
- Intelektualisme (Pengetahuan). Ramai daripada belia yang memasuki alam pekerjaan sekarang kurang memiliki intelektualisme yang tinggi. Intelektualisme ini bukan sahaja terpaksi pada pengetahuan semata-mata tapi juga pada kematangan pemikiran seseorang belia. Bagi mengatasi masalah ini, belia tidak mahu tidak, perlu menimba banyak ilmu, perbanyakkan bacaan terutama sekali melibatkan isu-isu semasa untuk membina fikiran. Tidak hairanlah mengapa dalam sesuatu temuduga, isu semasa menjadi antara perkara utama yang perlu diambil kira.
3. Idealisme. Belia perlu memiliki cita-cita yang tinggi serta matlamat yang tetap. Pandangan jauh amat menjadi perkara penting, namun pandangan jauh itu juga harus selari dengan tindakan. Namun, pandangan jauh itu biarlah tidak seperti 'angan-angan Mat Jenin'.
4. Aktivisme (Usaha). Setelah matlamat dipahat dalam diri, maka perlu lah kepada usaha dan kesungguhan. Mulakan dengan langkah pertama walaupun langkah itu hanya 1 sentimeter. Jangan terlalu taksub untuk berlari sehingga akhirnya apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jadikan pengalaman sebagai satu proses belajar dan jangan pernah takut pada kesilapan.
Dr Robiah juga sempat menyisipkan beberapa kata-kata indah yang dapat dijadikan renungan.
"Apa yang kamu semai pada hari ini, itu juga yang akan kamu tuai nanti."
"Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Wahai para ibu, bawalah gambaran syurga itu ke wajah, agar dapat disaksikan oleh anak-anak dan suami, suami menjadi pendorong kepada mereka untuk menggapai keindahan syurga."
"Andai kamu berdiri lebih tinggi daripada rumput, tapi kamu tidak pernah berzikir kepada Sang Pencipta seperti rumput, kamu tidak berhak untuk memijak bumi Allah."
"Zakatkan umur kamu, zakatkan ilmu kamu untuk masa hadapan."
Semoga sedikit ilmu yang saya dapat ini dapat memberi manfaat kepada semua...amin..
Demam EURO 2012
Musim bola bermula!! Cantik juga kan logo Euro 2012 ni. Bunga yang amat dekat di hati wanita dan bola pula di hati lelaki. Memang memikat hati!! Dan pastinya ramai yang menjadi pengulas dan pelapor keputusan bola di facebook. Maka ramai juga yang akan datang ke pejabat dengan mata yang layu setelah berjaga semalaman demi bola. Lantas kualiti pekerjaan juga tidak mustahil akan menurun sehingga pertandingan tamat nanti.
Di rumah ini juga, perwira-perwira sudah mula menyediakn makan-makan 'supper' di tengah malam untuk menyaksikan perlawanan. Lantas, pertiwi akan disajikan dengan pemandangan yang 'kurang' keesokan paginya dan sudah pasti kami yang akan menjadi pembersih 'panggung wayang' tersebut sedang yang lain sedang nyenyak dibuai mimpi bola. Alahai adik-adikku..^_^
Memang memenatkan..
Ini semua adalah keputusan negatif yang kurang menyenangkan tatkala musim bola melanda, namun di sebaliknya ada juga perkara yang menyenangkan menyelit membaluti kekurangan tersebut. Pastinya menyaksikan pertandingan seperti ini sunyi jika disaksikan keseorangan..lantas rakan-rakan, isteri, anak-anak diajak berkumpul untuk sama-sama menyaksikan pertandingan. Ikatan ukhuwah mula bercambah.. hubungan keluarga juga semakin rapat.
TAPI....jangan lupa pada perkara WAJIB yang sepatutnya dilaksanakan. Hubungan keluarga semakin rapat namun apabila masuk waktu subuh, hubungan ini tidak sehangat semalam. Tidak lagi berjemaah dan lagi menyedihkan jika segelintir sahaja yang menunaikan solat wajib ini sedangkan yang lain masih leka melayan mata. Malah lagi-lagi mnyedihkan jika semuanya 'tidak larat' untuk bangun. Apa pun yang dilakukan, jangan lupa perkara wajib ya!!
Jadi, selamat menjadi penonton bola yang setia dan hamba Allah yang turut setia...GOL!!!! ^_*
Friday, June 8, 2012
Erti Sebuah Perkahwinan
Thursday, June 7, 2012
Tragedi sebelum Gawai
Subscribe to:
Posts (Atom)