Bismillahirrahmanirrahim. Macam suka pula bila menulis tajuk entry baru ini. PERSIAPAN KAHWIN. Sudah sampai masanya saya melakukan persiapan kahwin yang akan berlansung insyaAllah hujung tahun ini. Ya Allah, baru nak mula? Sempat ke ni? Takut pun ada, takut tak sempat..
Sebenarnya, saya sudah di'tugas'kan oleh encik adik yang sudah bertunang tahun lepas untuk menguruskan persiapan perkahwinan beliau bagi pihak lelaki. Sebagai kakak, terasa tanggungjawab untuk membantu beliau tu memang ada. Tapi, si kakak pun masih tidak berpengalaman mengurus perkara macam ni jadi agak terkapai-kapai dalam membuat persiapan.
Setakat ni, beberapa perkara penting sudah diambil perhatian. Tapi, banyak lagi benda lain yang harus dilaksanakan. Ya Allah, berikan hambaMu kekuatan. Sekarang ni, hanya minta panduan daripada mak, adik perempuan dan semestinya sahabat. Sebabnya, semua hero-hero yang ada di rumah ini tidak mengetahui apa yang harus dilaksanakan. Itu baru seorang adik lelaki yang berkahwin. Ada 4 orang lagi hero yang insyaAllah akan menuju ke arah perkara yang sama dan semestinya heroin-heroin yang akan dipertanggungjawabkan.
Tapi, bila difikirkan semula, ini lah peluang saya untuk menimba pengalaman menguruskan majlis perkahwinan. Okey Hajar, fokus!! Ada banyak tugas yang harus dilaksanakan. Ini adalah salah satu tips yang saya peroleh daripada laman sahabat yang lain.
Persiapan 5-4 bulan sebelum majlis.
- Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
- Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
- Membeli cincin kahwin.
- Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
- Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
- Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
- Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Oleh sebab adik ni seorang polis, teringin pula nak sediakansatu set persalinan perkahwinan polis untuk hari kejadian. ^_^
Baik, persiapan dan penyelidikan akan bermula. Doakan saya berjaya ya sahabat..!!!
Wassalam...
sekadar hiasan...^_^
No comments:
Post a Comment