Apa khabar semua!! Harap semuanya sihat belaka. Beberapa hari lepas, saya ditanya oleh seorang teman yang disayangi tentang apa sebenarnya tujuan nak meluah, bercerita di dalam laman sosial. Bukan ada orang nak baca pun, malah ada yang memberi kesan yang buruk pada sesuatu perkara.
Maka dengan penuh yakin saya menjawab, setiap manusia ada kecenderungan. Kecenderungan saya adalah untuk menulis apa yang saya perhatikan pada tingkah laku serta kehidupan orang ramai. Agak kurang dalam meluahkan sesuatu perkara. Sedang saya menaip jawapan dengan penuh kesungguhan (haha kesungguhan lah sangat), teringat kisah lampau yang menunjukkan kepada saya bahawa saya memang suka menulis.
Kisah 1
Saya pernah dikecewakan. Dikecewakan yang bagaimana? Oleh siapa? Ha..itu adalah kali pertama saya membuka sebuah buku tulisan meluah perasaan. Haha.. Setiap apa yang menyedihkan saya, akan saya tulis di dalam buku tersebut, dan di sebalik penceritaan itu, saya selitkan semangat supaya tulisan itu dapat terus meresap ke dalam hati. wah gitu...^_^ Tetapi, apa pun, perbuatan itu memang memberi kesan yang positif pada diri saya.
Sekarang, buku itu masih tersimpan di dalam bilik. Pernah sesekali membuka dan membaca kembali. Maka, datanglah perangai senyum sendiri apabila membaca kisah-kisah lama. Tidak kurang juga ada beberapa muka surat yang dikoyak..(sebab takut ada orang lain yang terbaca. Malu den!! =D)
Kisah 2
Kisah ni pula adalah kisah semasa zaman sekolah rendah atas. Saya pernah melihat satu cerita tentang sekumpulan kawan yang menanam wasiat atau pesanan ke dalam tanah. Wasiat mereka dikumpulkan dan diletakkan di dalam botol dan mereka berjanji akan datang semula ke tempat itu apabila dewasa. Jadi, apabila dewasa, mereka kembali dan membaca satu-persatu wasiat dan pesanan itu. Terdetik pula rasa hati nak buat, lantas, satu 'wasiat' pun ditulis. Haha..Letak dalam botol, tak ingat botol apa yang diambil dari dapur dan ditanam di belakang rumah.
Niatnya, mahu membaca semula setelah dewasa, tapi tak sampai sebulan, terus tergerak nak ambil dan baca. Setelah dikorek...hah!! TAK ADA!! Terkejut juga rasa pada hari tu tapi akhirnya persoalan itu diniarkan sahaja. Sehingga satu hari setelah beberapa tahun, mak ada bersuara, "Dulu mak ada tengok Siti (nama panggilan) tanam sesuatu belakang rumah. Jadi, mak pun tengok lepas Siti pergi dan mak dah baca apa yang ditulis..haha.." Waktu tu baru teringat balik tentang 'wasiat' tu.. MAK.!!! Tak dapat ditahan malu je rasa sebab apa yang ditulis sangat memalukan. Sampai sekarang kisah tanam-menanam tu kadang-kadang disebut-sebut. -.-hehe...
Kisah 3
Kisah yang ini pula semasa masih kecil. Masih sekolah rendah. Kadang-kadang rasa tidak puas hati pada adik-beradik, saya tulis perasaan yang saya rasa pada mana-mana buku yang saya jumpa. Salah satunya yang amat saya ingat adalah buku ayah tajuknya "Tips Menternak Burung Merpati", siap ada gambar merpati besar lagi kat depan.
Satu hari saya dipanggil ayah dan ditunjukkan tulisan yang saya buat sebab marah pada seseorang. Waktu itu juga saya dihukum kerana memarahi orang lain dan yang paling penting, 'suka hati je nak conteng buku ayah'..=D Tak tahu di mana agaknya buku itu sekarang.
Tu lah kisah-kisah yang terlintas tatkala menjawab soalan sahabat. Ada lagi kisah yang lain cuma tidak dapat diceritakan..BIarlah Rahsia..=P Sebab itu sampai sekarang saya suka menulis apa sahaja yang hendak ditulis termasuklah blog ni.......Sekian...=D
Ha, awak ada ke???
Wassalam
oh wasiat dalam botol...
No comments:
Post a Comment