Tuesday, May 29, 2012
Monday, May 28, 2012
This is mine..and hope will always be mine
AJ JUNIOR
Sudah bersama saya selama 2 tahun dan selalu mengingatkan saya pada lapangan terbang dan kereta Gen2.. jadi budak baik ye AJ Junior...^_^
Buku- Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa
Bismillahirrahmanirrahim... Kanda Abdul Wahub.....(petikan dari kisah 3 abdul yang tengah masuk ke dalam telinga sekarang..=D) Okey, ini hanya selingan.
Alhamdulillah, hari ini sudah selesai membaca sebuah lagi buku terbitan PTS. Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa hasil karya Mardiana Mat Ishak. Buku ini menghuraikan beberapa perkara penting dalam membina perkahwinan seperti pengantin sepanjang masa. Bermula daripada konsep perkahwinan, cara memilih pasangan, merancang perkahwinan, dan resepi-resepi dalam kehidupan berumah tangga.
Di sini saya suka untuk memetik tips kebahagiaan daripada Wardina Safiyyah..
1. Tiada maksiat sebelum berkahwin.
2. Sentiasa berkompromi dengan pasangan.
3. Keredaan Allah adalah nombor 1 dalam semua perkara.
4. Setiap pasangan perlu tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing.
5. Sentiasa memperbaiki diri dan pasangan.
Amat sesuai dibaca oleh semua. ^_^
^
^^
Muka hadapan buku..
Ha...ini adalah perkara paling istimewa..
Buku ini adalah hadiah daripada staf PTS itu sendiri. ^_^ Ini semua tandatangan 'selamat tinggal' team PTS Millennia yang amat dirindui. Bila agaknya mahu melangkah kaki ke sana semula. Huhu..:')
Karya lagi..
Bismillah..
Hardisk Casing dan Keychain untuk Cik Hamizah..
Pesanan daripada pelajar MRSM Kuching. Alhamdulillah sudah siap dan masih ada pesanan baru lagi yang belum disiapkan. Gambatte!!
Tips Memilih Kereta
Sunday, May 27, 2012
Selamat Pengantin Baru!!
satu dah siap, tinggal pasangan pula..
ini adalah bahagian belakang..
Friday, May 25, 2012
Aku ada, Kau Ada?
Apa khabar semua!! Harap semuanya sihat belaka. Beberapa hari lepas, saya ditanya oleh seorang teman yang disayangi tentang apa sebenarnya tujuan nak meluah, bercerita di dalam laman sosial. Bukan ada orang nak baca pun, malah ada yang memberi kesan yang buruk pada sesuatu perkara.
Maka dengan penuh yakin saya menjawab, setiap manusia ada kecenderungan. Kecenderungan saya adalah untuk menulis apa yang saya perhatikan pada tingkah laku serta kehidupan orang ramai. Agak kurang dalam meluahkan sesuatu perkara. Sedang saya menaip jawapan dengan penuh kesungguhan (haha kesungguhan lah sangat), teringat kisah lampau yang menunjukkan kepada saya bahawa saya memang suka menulis.
Kisah 1
Saya pernah dikecewakan. Dikecewakan yang bagaimana? Oleh siapa? Ha..itu adalah kali pertama saya membuka sebuah buku tulisan meluah perasaan. Haha.. Setiap apa yang menyedihkan saya, akan saya tulis di dalam buku tersebut, dan di sebalik penceritaan itu, saya selitkan semangat supaya tulisan itu dapat terus meresap ke dalam hati. wah gitu...^_^ Tetapi, apa pun, perbuatan itu memang memberi kesan yang positif pada diri saya.
Sekarang, buku itu masih tersimpan di dalam bilik. Pernah sesekali membuka dan membaca kembali. Maka, datanglah perangai senyum sendiri apabila membaca kisah-kisah lama. Tidak kurang juga ada beberapa muka surat yang dikoyak..(sebab takut ada orang lain yang terbaca. Malu den!! =D)
Kisah 2
Kisah ni pula adalah kisah semasa zaman sekolah rendah atas. Saya pernah melihat satu cerita tentang sekumpulan kawan yang menanam wasiat atau pesanan ke dalam tanah. Wasiat mereka dikumpulkan dan diletakkan di dalam botol dan mereka berjanji akan datang semula ke tempat itu apabila dewasa. Jadi, apabila dewasa, mereka kembali dan membaca satu-persatu wasiat dan pesanan itu. Terdetik pula rasa hati nak buat, lantas, satu 'wasiat' pun ditulis. Haha..Letak dalam botol, tak ingat botol apa yang diambil dari dapur dan ditanam di belakang rumah.
Niatnya, mahu membaca semula setelah dewasa, tapi tak sampai sebulan, terus tergerak nak ambil dan baca. Setelah dikorek...hah!! TAK ADA!! Terkejut juga rasa pada hari tu tapi akhirnya persoalan itu diniarkan sahaja. Sehingga satu hari setelah beberapa tahun, mak ada bersuara, "Dulu mak ada tengok Siti (nama panggilan) tanam sesuatu belakang rumah. Jadi, mak pun tengok lepas Siti pergi dan mak dah baca apa yang ditulis..haha.." Waktu tu baru teringat balik tentang 'wasiat' tu.. MAK.!!! Tak dapat ditahan malu je rasa sebab apa yang ditulis sangat memalukan. Sampai sekarang kisah tanam-menanam tu kadang-kadang disebut-sebut. -.-hehe...
Kisah 3
Kisah yang ini pula semasa masih kecil. Masih sekolah rendah. Kadang-kadang rasa tidak puas hati pada adik-beradik, saya tulis perasaan yang saya rasa pada mana-mana buku yang saya jumpa. Salah satunya yang amat saya ingat adalah buku ayah tajuknya "Tips Menternak Burung Merpati", siap ada gambar merpati besar lagi kat depan.
Satu hari saya dipanggil ayah dan ditunjukkan tulisan yang saya buat sebab marah pada seseorang. Waktu itu juga saya dihukum kerana memarahi orang lain dan yang paling penting, 'suka hati je nak conteng buku ayah'..=D Tak tahu di mana agaknya buku itu sekarang.
Tu lah kisah-kisah yang terlintas tatkala menjawab soalan sahabat. Ada lagi kisah yang lain cuma tidak dapat diceritakan..BIarlah Rahsia..=P Sebab itu sampai sekarang saya suka menulis apa sahaja yang hendak ditulis termasuklah blog ni.......Sekian...=D
Ha, awak ada ke???
Wassalam
oh wasiat dalam botol...
Tuesday, May 22, 2012
Jangan marah...sabar.....^_^
Sunday, May 13, 2012
Persiapan Kahwin
Bismillahirrahmanirrahim. Macam suka pula bila menulis tajuk entry baru ini. PERSIAPAN KAHWIN. Sudah sampai masanya saya melakukan persiapan kahwin yang akan berlansung insyaAllah hujung tahun ini. Ya Allah, baru nak mula? Sempat ke ni? Takut pun ada, takut tak sempat..
Sebenarnya, saya sudah di'tugas'kan oleh encik adik yang sudah bertunang tahun lepas untuk menguruskan persiapan perkahwinan beliau bagi pihak lelaki. Sebagai kakak, terasa tanggungjawab untuk membantu beliau tu memang ada. Tapi, si kakak pun masih tidak berpengalaman mengurus perkara macam ni jadi agak terkapai-kapai dalam membuat persiapan.
Setakat ni, beberapa perkara penting sudah diambil perhatian. Tapi, banyak lagi benda lain yang harus dilaksanakan. Ya Allah, berikan hambaMu kekuatan. Sekarang ni, hanya minta panduan daripada mak, adik perempuan dan semestinya sahabat. Sebabnya, semua hero-hero yang ada di rumah ini tidak mengetahui apa yang harus dilaksanakan. Itu baru seorang adik lelaki yang berkahwin. Ada 4 orang lagi hero yang insyaAllah akan menuju ke arah perkara yang sama dan semestinya heroin-heroin yang akan dipertanggungjawabkan.
Tapi, bila difikirkan semula, ini lah peluang saya untuk menimba pengalaman menguruskan majlis perkahwinan. Okey Hajar, fokus!! Ada banyak tugas yang harus dilaksanakan. Ini adalah salah satu tips yang saya peroleh daripada laman sahabat yang lain.
Persiapan 5-4 bulan sebelum majlis.
- Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
- Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
- Membeli cincin kahwin.
- Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
- Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
- Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
- Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Oleh sebab adik ni seorang polis, teringin pula nak sediakansatu set persalinan perkahwinan polis untuk hari kejadian. ^_^
Baik, persiapan dan penyelidikan akan bermula. Doakan saya berjaya ya sahabat..!!!
Wassalam...
sekadar hiasan...^_^
Monday, May 7, 2012
Saya sudah jatuh cinta lagi
Saya jatuh cinta lagi..!! tapi bukan pada seseorang, tapi dengan sesuatu.. ha, jangan fikir yang bukan-bukan ya. saya jatuh cinta pada lagu baru Maher Zain yang terbaru. Selalu dengar lagu ni berkumandang, tapi oleh sebab hanya mendengar tanpa mengenali bibit-bibit maksud yang disampaikan, lagu itu hanya 'melintas' sahaja di cuping telinga.
Tuesday, May 1, 2012
Siapa pasangan kita?
Allah telah tetapkan siapa pasangan kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah menjaga hubungan kita dengan Allah. Dia akan hantar orang yang ditetapkan itu apabila kita sudah benar-benar bersedia. Semuanya berkaitan dengan masa.
Siapa pun kita, di mana kita berada, apa yang kita lakukan, satu nama telah ditetapkan untuk kita. Dia adalah pelengkap hidup, peneman, penasihat dan segala-galanya untuk kita. Masanya akan tiba walau berapa lama kita menunggu.
Tapi, jangan menunggu tanpa berusaha. Usaha juga penting bagi menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan di masa hadapan.
p/s: sedang berusaha...^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)