“Apa sebenarnya tujuan kamu berkahwin?”
Teringat pertanyaan seorang
penceramah semasa kursus pra perkahwinan dahulu. Maka setiap seorang yang
ditunjuk memberi jawapan yang berbeza, dan saya tertarik dengan satu jawapan yang
amat menarik.
“Kerana perkahwinan itu adalah tabung pahala, tabung akhirat yang
tidak terkira simpanannya,”
Bila dikatakan tentang ‘tabung’, ia adalah
satu alat yang digunakan untuk mengumpul sesuatu yang sedikit agar akhirnya
menjadi banyak dan dapat kita tuai hasilnya. Maka apabila dikatakan sebagai ‘tabung
akhirat’, ‘tabung pahala’, maka di sinilah tempat kita mengumpul pahala sedikit
demi sedikit untuk dituai di akhirat kelak. Bagaimana? Semestinya dengan
penunaian seikhlasnya kepada suami dan anak-anak. Di sini, ingin saya kongsikan bersama
wasiat Rasulullah kepada anak kesayangannya, Saidatina Fathimah az-Zahra untuk
kita jadikan renungan.
WASIAT RASULULLAH KEPADA FATIMAH AZ-ZAHRA
1.
Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan
anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji
gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.
2.
Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk
suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjauhkan dirinya dengan neraka tujuh
tabir pemisah.
3.
Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu
menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya
seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian
seribu orang telanjang.
4.
Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan kebutuhan tetangganya,
melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kausar pada hari kiamat
nanti.
5.
Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah
keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka
aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah
kemurkaan Allah.
6.
Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan
baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur
seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan
pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia
melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia
dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia
tidak akan membawa dosa sedikitpun. Di dalam kubur akan mendapat pertamanan
indah yang merupakan bagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala
kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan
umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
7.
Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam
dengan rasa senang hati serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya
serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau
dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah
memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.
8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan
Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami
dengan rasa senang hati melainkan para malaikat yang memanggil dari langit
menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni
dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
10. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki
kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggut dan memotong kumisnya, serta
memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang dikemas indah kepadanya
yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudah sakaratulmaut
baginya, serta kuburnya.
Subhanallah, betapa Allah menyayangi insan yang bernama isteri. Lalu di mana tuduhan yang mengatakan isteri di dalam Islam tidak diangkat darjatnya? Beruntungnya menjadi wanita. Selamat menjadi isteri, selamat menjadi penabung yang sejati..^_^
sumber: Google
Wassalam.
No comments:
Post a Comment