Vanilla Muffin tanpa coklat cip |
- Nak buat
muffin nie kena pastikan oven betul-betul panas baru lah masukkan adunan
dalam oven.
Panaskan lebih kurang 20 minit gitu.. - Selain dari itu, perkakas untuk bahan kering kena pastikan betul-betul kering.
- Bahan kering (bahanB) kena digaul rata keseluruhannya sebelum buat lubang ditengah.
- Sementara bahan cecair (BahanA) pula, kena pastikan ianya betul-betul dipukul rata dan sebati kesemuanya baru lah dituang kat tengah lubang bahan kering (BahanB) tadi.
- Hah! Sebelum tuu..... yang paling penting sekali :::: Telur tuu dibuang tali pusatnya! Supaya nanti muffin kita tak hanyir. (yang ini saya tak buat..hehe tak reti mana nak carik tali pusat)
- Sebaiknya
jangan masukkan terlalu banyak muffin yang nak dibakar dalam oven. Ikut
kebesarannya oven anda. Jangankan nak cepat dok sumbat semuanya dalam
oven.
- NO NO NO ehh ..... kesabaran tuu perlu. Kalau tak percaya, try masukkan 9-12 biji muffin sekali gus dalam oven then bakar dan kemudian next round masukkan pula 5-6 ajer biji muffin. Tengokkan hasil ketinggian dan kegebuan nyer nanti. (bergantung besarnya oven anda - janganlah oven besar dok masuk 5-6 biji ajerr ehhh...) Ini kerana kuantiti muffin yang berada dalam oven bersaling kait dengan kepanasan suhunya.
- Kalau nak muffin naik tinggi membukit dan cantik, haruslah buh 3/4 adunan dalam cup.
- Masa pembakaran muffin nie, Nina guna api atas bawah. Oven Nina sememangnya tiada kipas so untuk sesapa yang ovennya ada kipas tuu sila lah tutup kipas tersebut. (setahu Nina, kipas amat sesuai untuk biskut) Maaf lah kalau salah ehh ..... hehee
- Adunan muffin sepatutnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kalau adunan terlalu cair, haruslah dimasukkan 1/2 adunan sahaja dalam cup. Jika dituangkan 3/4 adunan dalam cup, nanti akan melimpah dan kejadian muffin tersebut tu nanti tak naik membukit.
1: Lubang di tengah-tengah sebelum Bahan B dimasukkan 2: Tekan coklat cip ke dalam dengan penyungkil gigi |
No comments:
Post a Comment