Guru-guru KAFA yang insyaAllah dapat melahirkan ilmuan pada masa akan datang |
Alhamdulillah terasa hari-hari yang dilalui sangat bernilai. Setelah lama tidak keluar bersama, minggu lepas mendapat peluang untuk keluar bersama-sama adik-adik menghabiskan hujung minggu mereka. Hisyam, Is, Aimin dan Anis bersama suami tercinta menghabiskan hari dengan makan bersama. Sayang ibu ayah tidak dapat bersama sekali. Keluarga itu apa yang pentingnya adalah kualiti bersama bukan kuantiti waktu bersama. Ini yang selalu ditekankan oleh suami. Walaupun memiliki banyak masa bersama keluarga tapi masa tidak digunakan dengan berkualiti, tidak akan memberi apa-apa makna buat sejahteranya keluarga. ^_^
Semoga kita dapat sama-sama mendapat masa yang berkualiti dalam keluarga.
Mereka minat muzik, tetapi masih belum dapat membina kumpulan pemuzik. ^_^ |
Esok akan berangkat ke Sabah untuk majlis perkahwinan abang. Tidak sabar pula rasanya!!
No comments:
Post a Comment