Sudah tiba musim kemasukan pelajar baru ke universiti terutama
pelajar asasi dan diploma. Alam baharu yang akan memberi pelbagai
perkara baru yang tidak pernah diperoleh di alam persekolahan. Salah
satunya adalah penyertaan dalam persatuan yang lebih terbuka dan
meluas. Sukarelawan Siswa/Siswi PDRM USIM. Kenangan menyertai pasukan
ini memang tidak akan dapat dilupakan. Kenangan selama 3 tahun di
universiti kadang-kadang menggelikan hati. Alhamdulillah dan
bersyukur yang teramat kerana dipilih menyertai pasukan ini hampir 6
tahun yang lalu. Semuanya bermula dengan pujukan seorang senior untuk
menyertai temuduga SUKSIS dan akhirnya teringin juga untuk
menyertainya. Dengan penuh debaran, saya melangkah sendirian menuju
ke tempat temuduga.
Sebelum menjalankan
temuduga, saya menjalani pemeriksaan fizikal. Kriteria yang
diperlukan bagi anggota wanita adalah memiliki ketinggian 150 cm ke
atas. Istimewanya, ketinggian saya pada waktu itu,
150.3cm....ingatkan memang terus disingkir tapi abang senior benarkan
saya menjalani temuduga. Di dalam bilik temuduga itu, smuanya anggota
polis yang terlatih termasuk seorang jurulatih anggota kami sendiri
dan akhirnya temuduga berjalan dengan lancar berkat pengalaman
sebagai ahli PBSM suatu masa dahulu..^_^ Tibanya hari pengumuman
penerimaan anggota, tercatat juga nama di atas senarai yang diterima.
Pada mulanya keliru samada ingin menerima terus ataupun tidak, tapi
disebabkan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru, saya hadiri juga
perjumpaan yang pertama pada waktu itu.
Kursus ini memberi banyak
pengajaran buat saya dan anggota lain terutama sekali dalam hal
pengurusan masa. Walaupun ramai yang menolak tawaran tersebut kerana
takut masa belajar tidak mencukupi, tapi bagi saya, jika pandai
menguruskan masa, semuanya akan ok..dan alhamdulillah, aktiviti yang
disertai lansung tidak mengganggu masa pembelajaran saya lebih-lebih
lagi kebanyakan aktiviti dilaksanakan pada waktu cuti dan pastinya,
banyak cuti yang perlu saya korbankan. Tapi, seronok!!
Aktiviti wajib yang perlu
dikuasai oleh semua anggota adalah kawad. Walaupun penat, aktiviti
kawad adalah aktiviti yang menyeronokkan dan pastinya sangat
mengujakan apabila diminta untuk berbaris mengikut paras ketinggian
dan semestinya saya adalah insan di hujung sekali…yang paling
‘comel’ =P
Aktiviti kokurikulum
seperti ini bagi saya memang perlu disertai oleh pelajar atas
sebab-sebab tertentu. Antaranya adalah:
- Mendedahkan para pelajar tentang skop pekerjaan bagi sesuatu unit beruniform. Sekurang-kurangnya walaupun tidak menceburi bidang pekerjaan tersebut, pelajar sedikit sebanyak dapat merasai pengalaman tersebut. Paling menarik adalah memakai pakaian uniform yang pastinya tidak semua dapat merasainya.
- Mendorong pelajar untuk mencuba sesuatu yang mencabar dan baru. Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh pasukan beruniform tidak pernah dialami oleh pelajar itu sendiri semasa di sekolah menengah dan dengan menyertai aktiviti seperti ini, pengalaman itu dapat dijadikan sebagai pendorong untuk mencuba perkara yang lebih mencabar daripada sebelumnya.
- Melatih pelajar dalam pengurusan masa. Unit beruniform yang berada di bawah latihan pasukan beruniform semestinya meletakkan masa sebagai perkara utama dalam latihan. Dengan terbiasanya menjaga masa ini dapat membantu pelajar untuk mengaplikasikan tabiat tersebut ke dunia luar. Membahagikan masa antara berpersatuan dan belajar juga dapat diaplikasikan dan dilatih dalam latihan ini.
- Mengeratkan hubungan antara pelajar lain serta jurulatih yang mengajar. Faedah ini memang tidak dapat dinafikan sama sekali. Dengan berpersatuan, pelajar dapat berkenalan dan mengeratkan hubungan dengan pelajar daripada fakulti lain atau antara senior dan junior. Dan apa yang lebih menarik, mungkin ada yang bertemu jodoh dalam persatuan ini dan semuanya sudah terbukti dalam skuad saya.
- Berpeluang menjejakkan kaki ke tempat yang belum pernah dijejaki. Ini adalah pengalaman saya sendiri di mana setiap cuti semester, pasti ada latihan yang dijalankan di luar kawasan universiti. Di samping dapat menjalankan latihan, dapat juga berjalan-jalan melancong ke kawasan orang lain. Cuma Terengganu sahaja kawasan Semenanjung yang belum pernah saya jejaki lagi..insyaAllah hujung tahun..amin..^_^
- Bagi pasukan uniform yang memberi ‘elaun’ kepada anggota semestinya dapat membantu pelajar itu sendiri dalam kewangan terutama buat pelajar perantau seperti saya ini. Alhamdulillah, saya tidak perlu lagi meminta belanja duit poket daripada ibu ayah dengan adanya duit elaun dan biasiswa yang diperolehi…
Banyak
lagi faedah yang dapat diperoleh daripada persatuan uniform begini
yang sepatutnya tidak dilepaskan oleh pelajar. Melepaskan peluang
menyertai persatuan dan pasukan seperti ini adalah satu kerugian
kerana keluarnya daripada universiti, ini semua tidak akan diperolehi
lagi dan sesiapa yang menyertai, hanya mereka sahaja yang tahu
perasaannya, kan?
Jadi,
tahniah buat adik-adik yang mendapat tawaran memasuki alam universiti
dan selamat menempuh alam baharu. Jangan lepaskan peluang yang ada
yang tidak akan kita peroleh setelah keluar nanti… Selamat maju
jaya adik-adik!!! ^_^
No comments:
Post a Comment