Puisi buat sang suami
PUISI BUAT SUAMI
Hujung tahun sejarah itu
Terungkai segala rahsia simpanan Ilahi
Terbuka helaian-helaian buku peribadi
Jujur, penantian hari bahagia yang diimpi
Tidak seindah bayangan diri
Tidak gemilang seperti dirancangi
Bermula itu, diri ini engkau 'ambil'
Diri ini engkau santuni
Dan diri ini juga engkau sayangi
Walau di hatimu penuh tanda tanya
Mengapa diri tidak dicintai
Tatkala lafaz itu engkau ucap
Minda ini seolah-olah terungkap
Hati ini mula mengucap
Engkau suamiku, engkau kekasihku
Yang Dia tetapkan sepanjang penghidupanku
Meski cinta kita tidak indah pada sebelumnya
Tapi indahnya terasa pada pertengahannya
Moga sampai hingga ke akhiratNya
Suamiku...
Maafkan segala silap isterimu
Kekuranganku, harap dapat kau jadikan sebagai kekuatanmu
Kerana aku adalah tulang rusukmu
Membela menyanjung perjuangan hidupmu
Kehidupanku indah bersama cinta
Bersulam redha-Nya dalam akadmu
Semoga kita setia bersama cinta-Nya..
Terima kasih, wahai suamiku..
-ISTERIMU-
^_^
No comments:
Post a Comment