Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah sudah selamat pulang ke tanah air selepas hampir 2 minggu menikmati bulan madu di Lombok. Sebut je Lombok ni, mesti kita macam pandang peliiik sikit kan? Tempat yang ramai gadis-gadis Malaysia dilarikan. Ya, itulah yang pernah saya fikir pada mula-mula tahu yang suami akan bawa saya ke sini. Terfikir jugak kenapa tak Bali ke, kenapa mesti Lombok? Haha, demand kau.. Jujur saya katakan, destinasi bulan madu ini suami yang seratus peratus rancang dan bayar belanja. Tak tahu menahu pun dia akan bawa ke sini. Waktu dah nak kahwin je baru dia bagitau dah siap rancang semua. Saya hanya perlu pek barang dan ikut je.. hehe..
Jadi nak dijadikan cerita, perjalanan ke Lombok ini bermula setelah hampir 2 jam menaiki kapal terbang dari Kuching ke Kuala Lumpur. Di sana, kami bermalam dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Jakarta pada keesokannya . Di Jakarta pada waktu itu heboh dengan bencana banjir, risau juga kalau hari hujan je memanjang bila kat sana. Waktu sampai tu, memang hujan lebat hingga bila dah sampai kami terpaksa tunggu dahulu di dalam kapal terbang hampir 15 minit untuk bas datang ambik. Alhamdulillah hujan tak lama pun di Jakarta. Di sana, kami bermalam di rumah kakak suami yang memang duk kat sane. Di Jakarta ni pun banyak gak tempat-tempat yang pergi contohnya Monas, lepas tu ke Bandung sekejap dan beberapa tempat makan yang lain daripada lain.
Di Jakarta, inilah dua makanan yang sampai sekarang kalau pergi sana lagi, saya pasti akan cari. Yg atas tu, bubur ayam (bukan sebarang bubur)..entahlah, mungkin cara diorang buat kot. Orang yang jual ni bukak gerai di tepi jalan je. Muda-muda dan nampak kesungguhan nak carik rezeki. Dan yang kat bawah tu pulak ikan tulang lunak. Dia balut kat dalam yang macam sarang tu dan semestinya, sayur asem kegemaranku..huhu..
Okey, balik pada pelan ke Lombok. Hari ketiga di Jakarta, kami menaiki penerbangan ke Lombok selama satu jam setengah. Sampai di Lombok, kami (dua pasangan yang pergi termasuk kak ipar sekali) kami disambut oleh ejen pelancongan yang ditempah oleh kak ipar. Kami dibawa berjalan pusing bandar, makan dahulu di satu tempat yang penuh dengan perekitaran alami. Sampai tak ambik gambar pun..hoho. Kemudian dibawa ke gudang mutiara dan akhirnya ke sebuah hotel untuk kami menginap dahulu pada malam itu. Di Lombok, persekitaran alami dia memang masih banyak. Teringat kata ejen tu tentang kisah gadis-gadis yang dilarikan. Rupa-rupanya itu adalah budaya warga lelaki di sana jika ingin berumahtangga. Bawa balik bakal isteri ke rumah, dan dari situ perancangan perkahwinan akan dilaksanakan. Dengan membawa balik wanita ke rumah, menunjukkan kejantanan yang dimiliki oleh mereka. Haaa..punya semangat nak habaq...haha
Okey, jadi malam tu kami bermalam di The Santosa Villas & Resort.
Esoknya, bermulalah perjalanan kami ke Pulau Gili Trawangan. Dalam perjalanan sempat jugak melihat pemandangan pantai Senggigi yang mashaAllah sangat cantik.
Untuk ke Pulau Gili, perlu menaiki bot yang kebiasaannya ambil masa dalam setengah jam jika bot yang biasa digunakan. Tapi hari tu kami menaiki bot laju yang mengambil masa 15 minit untuk sampai.
Selepas checkin, kami disambut dengan layanan yang sangat baik. Tapi sebelum masuk bilik tu, kami diminta untuk tunggu sebentar kerana pekerja masih nak set up bilik. Ingatkan set up kemas-kemas macam tu je la kan..rupanya..
Patutlah lama bangat tunggunya....tapi saya suka!! ^_^
Petang tu rehat dulu dan aktiviti berjalan menghirup udara pantai bermula malamnya. Kami makan di salah sebuah gerai di situ yang menghidangkan makanan laut. Ha, satu yang menarik di pulau ni, korang takkan jumpa kereta pun kat sini. Semuanya dan kebanyakannya hanya menggunakan basikal dan kereta kuda. Jalan pun kecik je.. Tapi, ha tapi tu..walaupun tempat ni macam baru je, saya dapat melihat ramaaai pelancong-pelancong Barat yang memenuhi kawasan ini. Siap ada bar dan tempat untuk mereka berhibur lagi. Teringat kata suami, kalau di Bali tempat tu dah tak macam dulu. Dah ramai sangat pelancong luar. Terbayang pulak, kalau Kat tempat ni yang tak ramai tahu ni dah macam ni, macam mana agaknya di Bali kan..
Keesokannya, selepas puas berenang-berenang awal pagi di kolam (kalau akhir sikit, kolam dah dipenuhi dengan pelancong lain), kami sarapan sebelum bersiar-siar lagi di sepanjang jalan pulau tersebut. Petangnya, kami ambik keputusan untuk snorkelling. Nak dijadikan kisah, petang tu aktiviti snorkelling sepatutnya, ulang lagi sepatutnya dah tak ada sebab hari hujan rintis. Tapi disebabkan esok dah nak balik, abang ipar tetap jugak nak buat. Pujuk punya pujuk, akhirnya cadangan kami dipersetujui. Maka dengan penuh terujanya, kami berempat bersiap tukar baju, pasang peralatan dan..
dapat jugak walaupun memang hujan waktu tu. ^_^
Pulangnya, berehat dan malam pulak makan lagi.. Lapar tak terkata malam tu.
inilah kakak ipar saya dan suaminya aka ketua rombongan..Dan nak dijadikan kisah, malam tu sebab angin malam, encik suami mula sakit-sakit perut keesokannya sampailah kami pulang ke Jakarta. Kesian sangat kat dia. Nasib baik dah habis dah hari kat pulau tu.
Esoknya, dalam perjalanan ke lapangan terbang, kami sempat jugak singgah di kedai yng menjual susu kuda liar. Nak rasa tapi bila tengok suami macam 'tak terkata' saat mencuba susu tu, terus tak jadi. Diorang siap sediakan madu lagi lepas cuba susu tu. Lagila den taknak..hehe.. Jadi itulah pengalaman kami sepanjang bercuti di Lombok. Alhamdulillah waktu itu juga waktu perkenalan saya dan suami, teman hidup di dunia dan in shaa Allah di akhirat kelak, amin...
Jumpa lagi semua,
Wassalam..^_^