Saturday, July 23, 2011

Hak Wanita Sebelum Berkahwin

Pagi ini saya terbaca artikel yang dikeluarkan dalam majalah Anis mengenai hak-hak wanita dari perspektif Islam. Terdapat satu keratan artikel yang dibentangkan oleh Ustazah Zawiah Hassan perihal 7 hak wanita sebelum berkahwin. Jadi, ingin saya kongsikan bersama teman-teman sekalian especially kepada wanita..*yang sudah berkahwin juga harus mengetahuinya....

7 hak wanita sebelum berkahwin adalah:
  • Hak menyatakan persetujuan terhadap perkahwinannya sendiri.
  • Hak menuntut ganti rugi jika ia terlibat dengan kes putus tunang.
  • Hak untuk tidak dipaksa berkahwin.
  • Hak mendapat wali hakim sekiranya ketiadaan wali nasab.
  • Hak mendapat atau menerima mas kahwin setelah menjalani akad nikah.
  • Hak menerima dan menyimpan surat akuan nikah dan perakuan taklik.
  • Hak untuk mendaftarkan perkahwinannya.
Semua yang dinyatakan lebih kepada aspek munakahat pada wanita. Ada banyak lagi hak-hak yang telah ditetapkan untuk wanita. Jadi, tidak salah mengatakan wanita itu adalah istimewa....^____^

Monday, July 18, 2011

lari cepat lari...!!!!

Bismillahirrahmanirrahim......
Alhamdulillah, lama dah menyepi dari laman blog ni. Entahlah kenapa rasa macam 'kurang' sikit nak update kan...n tak tahu kenapa, malam ni rajin pulak...=)
Jumaat lepas, ana n akhi, aimin, datang ke padang jubilee di padungan sebab ada Hari Sukan SJK Sg Apong n SJK Bintawa. Pagi tu terpaksa bangun n mandi awal2 pagi macam nak pegi sekolah...=)
Sampai je di Padang Jubilee, ramai dah guru,ibu bapa dengan anak2 diorang kat sane.


Muka bangun tidur...semangat kumpulan merah!!!

Perbarisan dari pelajar..

Pengetua SJK Sg Apong beri ucapan...mula-mula u memang tak faham sebab guna bahasa Cina...
NAsib baik ada translate balik bahasa melayu... =)

Tak tahu nape, tergelak tengok gelagat diorang lari dalam guni...SEMANGAT BETUL!!!

Ni pulak acara lumba lari...

Pagi tu, memang tengok orang lain punya acara je. Adik sendiri xde pulak. Tu pun, dia marah sebab cikgu tak pilih die dalam mane-mane acara... Aimin x laju lari la maksudnya tu syg.....=P


N LASTLY.....

Keluar dari padang, n terus jalan-jalan ambik gambar kat luar sebelum balik rumah...haha...

Sekadar Gambar Promosi...di belakang bas..... ^___^

Wednesday, June 8, 2011

Anak Kucing...

Bismillah.....Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernyawa di muka bumi ni...=)

Tadi baru je lepas bagi susu kat anak kucing yang baru jumpe semalam. Malam sebelum semalam (macam mane ayat ni???=D) , tengok dah beg kat tepi tangga kolej. Tapi tak tergerak hati pulak nak jengok apa benda kat dalam. Semalam, lepas balik dari kampus, baru dengar bunyi mengiau dari dalam beg tu sebelum naik tangga. Ada seekor je kucing kat dalam tu...eh salah, anak kucing. Kesian sangat. Nampak kelaparan.

Dengan penuh rasa kesian (=P), saya pegi beli susu kat 7e and bawak kucing tu naik atas. Tak tau nak buat macam mane. Lepas tu, terus bukak internet carik macam mane nak jaga anak kucing yang kecik lagi ni....huhu...

Mula-mula dia tak nak minum susu yang saya bagi. Tu satu. Satu lagi, dengan suara die yang kuat tu, takut pulak kang orang rasa terganggu. Last2, ambik kotak kak dyana then letak kain batik kat dalam tu, bawak kat rumah depan. Kat situ la bermulanya aktiviti bertungkus-lumus memberi susu kepada si anak kucing ni...tapi die tetap xnak, tapi tetap suap kat mulut die.

Malam tadi pun da ade taktik bar da macam mana nak suap susu kat die. Sekarang die tengah tido kat atas botol panas yang berbalut. Mudahan la die dapat terima susu tu, and sihat sampai besar......=(


tdo lepas minum susu...

bertahan ye sayang.....

Monday, June 6, 2011

kerja kosong,temuduga,resume,kerja....kerja...

Bismillah.....
Alhamdulillah....

Syukur sebab masih dapat terus membuka dan meng'update'kan blog yang telah lama ditinggalkan ni....=)

Hari ni, genap 2 minggu dunia praktikal ditinggalkan, tapi masih ada di bumi Semenanjung Malaysia ni untuk langkah seterusnya. Report&pembentangan.....2 perkara yang amat merunsingkan fikiran saat ini. huhu....

Tadi & esok telah dan akan diadakan kursus untuk sesi temuduga sebelum memohon pekerjaan...Che E yang sampaikan tadi, and the result memang best sangat. Penceramah dari negeri di bawah bayu tadi memang memberi semangat untuk berkeyakinan pada hari temuduga. Tapi mudahan semangat ni sampai la ke Sarawak nanti. amin....

Tinggal lagi lebih kurang sebulan untuk kembali ke tanah air. Rindu sangat da rasanya kat famili di rumah. Namun, yang pastinya, lepas ni, akan banyak rintangan yang perlu ditempuh. salah satunya adalah................. (mudahan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan)..=)

Untuk kawan-kawan yang bersama saat suka dan senang 4 tahun di sini, thank you so much...really2 love u all... kenangan pasti takkan dapat dilupakan...conform!!!
Buat kawan-kawan, kakak-kakak, abang-abang di PTS, thank you so much too for everything. Kalian pasti sentiasa dalam ingatan. Thanks for the bag and nice cloth...=) and also for the very nice and meaningful book...=)



Monday, May 16, 2011

Perasaan...

Perasaan ini,
Kadang ada yang memahami,
Kadang ada yang sekadar melayani,
Kadang ada yang terlebih merasa diri
sehingga hati yang merasa
terasa luluh di kala perkara lain menyusuri,

Kadang ada yang lebih mementingkan diri,
Kala diri terasa hebat malayani,


Its 3 days more...

Tanggal 20 Mei 2011, tamatlah tempoh untuk menjalani praktikal. Ada 3 hari lagi yang tinggal. Macam2 rasa dapat rasa sekarang. Excited, sedih, gembira semua ada. Tapi yang pastinya lepas ni banyak lagi perkara yang nak kena tempuh. Mudahan semuanya dapat dilalui dengan okey..!!! =)

Jadi, mungkin ini adalah detik-detik terakhir sebelum balik semula ke tanah air...sebelum bergelar graduan hujung tahun ni.... >__< Banyak perancangan dah dibuat, apa yang tinggal adalah usaha yang perlu dikerahkan.... chaiyok2!!!!



Tuesday, May 10, 2011

Benarkah cinta itu menyusahkan???

Assalamualaikum....salam sejahtera untuk semua...

Lame da rase tak update blog ni. Kerja pun semakin banyak sekarang walaupun hanya tinggal seminggu lebih sahaja lagi nak tinggalkan tempat ni. Tapi xpela, lepas ni xde keje bosan jugak. =) Hari ni tibe2 pulak nak bicara tentang perkataan keramat iaitu 'cinta'. dalam hidup ni, ada yang mudah mendapat dan mengambil cinta dan ada yang payah untuk melakukannya. Tapi kenapa manusia perlukan cinta. Kalau dikatakan cinta itu perlu dalam keluarga, pastinya itu bukan cinta kan?? tu namanya sayang. btol tak??

Saye ada kawan yang masih tidak mengambil cinta sebagai teras utamanya. Die cakap cinta itu menyusahkan. Maksud beliau adalah cinta sesama insan la kan... Kalau nak buat sesuatu kene bagitau. Kena ambik berat pada orang yang dicintai. Kalau x ambik berat maksudnya tak cinta. Then, bila terlalu 'mengambil berat' dikatakan sebagai mengongkong...

Then, kalau cinta kena jaga hati pasangan masing2 n jaga hati sendiri untuk tak buat orang yang dicintai sedih dan kecewa....huhu. Bagi saya, memang da jadi resam, tak semua perkara bawak kebaikan dan tak semua perkara bawak keburukan. apa yang rakan katakan memang benar, tapi itu adalah tanggapan dari segi kontranya. Pandang pulak pro nya bagaimana. (mcm marah la pulak....=D)...Bukan apa,sekadar menyatakan pendapat sendiri yang pernah mengalami cinta...=D

Buat teman itu, fikir2kanla ye.....=)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram