Wednesday, June 8, 2011

Anak Kucing...

Bismillah.....Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernyawa di muka bumi ni...=)

Tadi baru je lepas bagi susu kat anak kucing yang baru jumpe semalam. Malam sebelum semalam (macam mane ayat ni???=D) , tengok dah beg kat tepi tangga kolej. Tapi tak tergerak hati pulak nak jengok apa benda kat dalam. Semalam, lepas balik dari kampus, baru dengar bunyi mengiau dari dalam beg tu sebelum naik tangga. Ada seekor je kucing kat dalam tu...eh salah, anak kucing. Kesian sangat. Nampak kelaparan.

Dengan penuh rasa kesian (=P), saya pegi beli susu kat 7e and bawak kucing tu naik atas. Tak tau nak buat macam mane. Lepas tu, terus bukak internet carik macam mane nak jaga anak kucing yang kecik lagi ni....huhu...

Mula-mula dia tak nak minum susu yang saya bagi. Tu satu. Satu lagi, dengan suara die yang kuat tu, takut pulak kang orang rasa terganggu. Last2, ambik kotak kak dyana then letak kain batik kat dalam tu, bawak kat rumah depan. Kat situ la bermulanya aktiviti bertungkus-lumus memberi susu kepada si anak kucing ni...tapi die tetap xnak, tapi tetap suap kat mulut die.

Malam tadi pun da ade taktik bar da macam mana nak suap susu kat die. Sekarang die tengah tido kat atas botol panas yang berbalut. Mudahan la die dapat terima susu tu, and sihat sampai besar......=(


tdo lepas minum susu...

bertahan ye sayang.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram