Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah hari ni dah masuk 2 Ramadhan 1437H. Syukur masih diberi kesempatan bertemu Ramadhan pada tahun ini. Alhamdulillah jugak progress untuk baitijannati dah hampir 60 peratus. Dapur basah dah siap, (dapur kering je belum), langsir pun dah siap pasang. Langsirlah satu-satunya keperluan yang perlu dilengkapkan sebelum nak masuk rumah. Kalau takde langsir, rasanya satu benda pun tak boleh masuk rumah dulu, betul tak? Jadi, sepanjang pencarian mencari langsir ni 'agak' banyak jugaklah research yang dibuat untuk memilih langsir terbaik.(terbaik kottt bagi diri ini....^_^)
Okey, ini adalah tips yang saya dapat daripada beberapa sumber yang tak tahulah berapa kali saya belek sepanjang pencarian ini.
1.Ukuran tingkap
Ini adalah perkara utama dan pertama sekali yang perlu diketahui dan dikuasai. Pastikan ukuran tu betul dan tepat. Jadi, daripada ukuran itu, baru kita dapat tahu besar mana langsir yang kita nak nanti. Dalam ukuran ini, saya hanya ambil ukuran yang tepat, tak ada tambah dan tolak. Bagi mereka yang memilih untuk membeli langsir di kedai yang ada pembantu, mereka akan suggestkan ukuran kain yang perlu dibeli. Tapi bagi mereka yang lebih prefer untuk jahit sendiri, mungkin ada penambahan ukuran yang rasanya diorang sendiri pun tahu.
Ini adalah ukuran yang perlu dititik beratkan.
2. Fabrik
Selepas tahu ukuran dan bayangan langsir yang kita inginkan, pilih pula jenis/ warna fabrik yang kita inginkan. Ini sebenarnya untuk mengelakkan 'kerambangan mata' dalam memilih kain langsir bila masuk kedai nanti. Last-last pening kepala bila tengok semua jenis fabrik, semua warna nampak cantik. Pemilihan warna dan fabrik ni perlu dititikberatkan dengan keadaan pengcahayaan di dalam rumah daaan perabot yang ada di dalam rumah. Kalau rumah yang kelihatan suram, fabrik yang boleh dipilih adalah fabrik yang nipis dan warna yang agak cerah. Dan jangan lupa, sesuaikan dengan tema rumah yang dipilih. Pengalaman pertama ketika memilih fabrik langsir hari tu, saya lebih memilih fabrik yang polos, blackout dan sesuai dengan warna perabot rumah yang kekelabuan.
Pemilihan warna biru yang memberi pengcahayaan lebih kepada ruang rumah. Disesuaikan dengan warna bantal kecil sofa dan karpet.
Langsir polos dan bersaiz besar ni lebih menunjukkan kepada gaya moden. Kebiasaannya disertakan sekali dengan day curtain sebab biasanya kain seperti ini lebih berkonsepkan blackout. Jadi kalau tutup langsir tu waktu siang pun nampak macam malam. Macam langsir hotel kebiasaannya....
Langsir ni lebih berkonsepkan tradisional dan klasik. Banyak corak yang terlihat. Biasanya dipadankan dengan dinding atau perabot yang agak polos.
Ini pulak bagi siapa yang suka bermain dengan warna. Tapi cantik jugak kan? Nampak lebih ceria. Tapi den tak berani ha nak cubo..
3. Bajet
Bajet ini juga penting sangat dalam pemilihan langsir. Sebab kain ni ada banyaaaak sangat jenis dan juga harga. Memilih tanpa bajet akan jadikan kita terbelanja lebih daripada yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi bagi orang yang pertama kali nak beli langsir. Kalau di Kuching ni, kedai menjual kain langsir ni memang tak banyak, jadi nak bandingkan harga memang tak susah. Jadi penting untuk survei harga kain langsir seperti di dalam kriteria yang telah kita tetapkan. Bukan bajet dari segi kain sahaja tau, jangan lupa untuk ambil kira upah menjahit dan accesories lain yang berkaitan. Jenis jahitan langsir juga perlu diambil kira dalam menentukan bajet. Langsir yang menggunakan jahitan biasa mungkin akan menggunakan bajet yang kecil. Hari tu pun, beli kain langsir di Nilai 3, (ikut zauj ada meeting di Semenanjung), bayaran upah untuk buat langsir jenis eyelet adalah RM18 untuk satu keping. Manakala untuk jahitan biasa adalah percuma. Nasib baik masih masuk dalam bajet untuk buat langsir eyelet.
4. Tawakal dan redha
Ha, tips keempat ini adalah tips yang paling penting lepas dapat langsir di tangan. Tawakal dan redha pada apa yang kita dah pilih dan tunggu untuk digantung di rumah. Bila dah digantung, baru kita akan tahu apa fungsinya rasa tawakal dan redha ini perlu diterap..hihihi...
Jadi, itulah antara tips-tips yang ingin dikongsikan buat semua. Bukan sebagai seorang yang pakar bab langsir tau, tapi sebagai seorang yang baru pertama kali memilih langsir untuk kediaman. Sekadar pengalaman untuk dikongsi bersama. Mana tau ada yang nak beli langsir baru untuk Raya ni nanti kan...???
So, selamat berpuasa lagi untuk semua. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah swt. Doakan saya juga sebab tengah pening nak pindah sebelum ke selepas raya. Huhuhu... Pening sebab dry kitchen tak siap je pun.. hihi.. Okeylah.. sayonara..
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment