Friday, July 6, 2012

Bengkel Bahasa Arab UPSR



Bismillah..alhamdulillah petang ni baru sahaja selesai menghabiskan masa di Sibu untuk bengkel UPSR bahasa Arab pelajar. Bermula hari Selasa berkongsi ilmu di madrasah Kuching, disambung ke SK Agama Sarikei semalam, dan SK Agama Sibu petang ini. Alhamdulillah.. Kanak-kanak memang pelbagai ragam. Ada yang bersemangat, ada yang kurang nersemangat tapi alhamdulillah akhirnya memberi respon, ada yang nampak senyap tapi bergeliga..Tak kurang juga ada yang menunjukkan sikap yang kurang menyenangkan. Ha, nasiblah diorang kena bebel oleh ustazah tak berpengalaman..=D Tapi, pengalaman pertama ini memang amat menyeronokkan.

Semoga apa yang disampaikan dapat menjadi panduan dan bekalan buat pelajar. dan pastinya menjadi permulaan dan pengalaman berharga buat saya yang masih baru merangkak ke alam ini.

Masih berada di dalam hotel, malam ini ada perancangan untuk bersiar-siar di luar. Untungnya, malam ni ada majlis dan acara besar di dataran berhadapan dengan hotel. ^_^ Yeay!!! Esok pula akan berangkat ke Kuching untuk bertemu sang Elite...
Wassalam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram