Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran. seringkali saya mendengar ayat ini untuk menyerlahkan keindahan bahasa Arab itu terutama kepada umat Islam. Namun bagi saya, dahulu kata itu hanya di bibir sahaja, tidak sampai ke hati. Setiap kali peperiksaan, rekod untuk bahasa Arab majoritinya ditulis dengan dakwat merah.
Sehingga habis tingkatan 5, saya bertekad untuk tidak memasuki tingkatan 6 kerana tidak mahu menduduki ujian bahasa Arab. Namun, Allah tetapkan hati ibu untuk memujuk saya memasuki alam persekolahan semula. Alhamdulillah berkat usaha dan juga berkat mentaati nasihat ibu, bagi saya ini adalah ganjaran yang paling bermakna apabila sedikit demi sedikit saya cuba untuk memperlajari bahasa Arab dengan hati terbuka.
Tiba saat yang ditunggu-tunggu bagi lepasan STPM, saya menerima sms daripada bahagian IPT tentang keputusan tawaran kemasukan ke universiti. Terkesima sebentar apabila melihat tawaran bidang yang diterima adalah Bahasa Arab dan Komunikasi. Terus terang saya katakan, saat itu, perasaan kecewa itu sangat menebal kerana pengharapan pada tawaran untuk bidang syariah tidak diperolehi. Sehingga satu masa saya katakan pada diri sendiri untuk bekerja terlebih dahulu. Namun tiba pula nasihat ayah yang nampaknya bersungguh untuk menyuruh saya menyambung sahaja pelajaran ke IPTA tersebut.
Permulaan masuk ke IPTA, memang diberi pilihan untuk menukar kos yang diharapkan. Tapi entah kenapa, hati pula terasa seperti ingin mencuba untuk membawa diri mendalami bidang bahasa Arab. Maka, 4 tahun mempelajari ilmu yang berkaitan, minat pada bahasa Arab semakin mendalam dan akhirnya berjaya menghabiskan pengajian.
Habis sahaja pengajian, alhamdulilah, setelah menunggu selama hampir 3 bulan selepas konvokesyen, saya ditawarkan untuk bekerja di sebuah jabatan. Pada mulanya, saya hanya ditempatkan di bahagian yang meliputi semua tugas jabatan. Namun dengan izin Allah, akhirnya penempatan itu diubah semula dan saya ditempatkan di bahagian yang suda semestinya menemukan saya semula dengan bahasa Arab dan insyaAllah akan memberi bengkel bahasa Arab pula kepada anak-anak sekolah rendah. Allah...indahnya perancanganMU...
Bagi saya, bahasa Arab sudah tidak dapat dipisahkan lagi dari kehidupan. Baru saya sedar betapa istimewanya bahasa Arab ini dalam kehidupan saya sendiri. Menariknya, petang tadi saya mendengar forum yang disiarkan di radio yang membicarakan beberapa tips dalam memupuk sikap tanggungjawab dlm diri anak-anak. dan salah satu tips yang diberikan adalah, 'Semaikan minat mempelajari bahasa Arab kepada anak-anak sejak dari kecil lagi'. Penerangan yang diterangkan memang menepati dengan apa yang dialamil. Alhamdulillah, Allah beri jalan ini dan insyaAllah akan saya kongsikan bersama generasi-generasi yang akan datang. insyaAllah..^_^
No comments:
Post a Comment