Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Pagi tadi saya mendengar motivasi radio IKIM yang membicarakan mengenai usia. Rangkap pertama yang dikeluarkan oleh pemberi motivasi adalah hadis Rasulullah yang mengatakan tempoh usia umat akhir zaman adalah antara 60 hingga 70 tahun. Bagi mereka yang diberi lanjutan usia hingga 80 tahun dan 90 tahun, itu adalah kurniaan Allah yang tak terhingga.
Lantas saya bertanya pada diri sendiri, berapa agaknya tempoh had usia saya sendiri? Pernahkah kita terfikir dengan hutang-hutang yang kita tinggalkan andainya tempoh hidup kita tidfak sepanjang yang kita jangkakan? Saya perhatikan persekitaran kereta Elite yang masih lagi 'panas' yang tengah saya pandu. Adakah saya masih sempat lagi membayar kereta ini sehingga habis? Sedangkan berhutang itu perlu diselesaikan agar roh kita selamat. Semoga saya masih sempat membayar semua hutang-hutang yang saya buat.
Di situ juga saya fikirkan semula tentang kehidupan orang lain yang banyak memperoleh sesuatu perkara tapi berlandaskan hutang. (sempat lagi berfikir semasa memandu..^_^ jangan diamalakan...=P) Back to the point, saya bertanya pada diri, ada insan yang berhutang sehingga memberi tempoh 25 tahun untuk melangsaikan semuanya. Tapi, adakah 25 tahun itu kita masih ada dipinjamkan nyawa dari Pencipta?
Ya Allah, beruntungnya sesiapa yang diberi nikmat 'kekurangan' harta. Bukan kerana kekurangan mereka, tapi kerana kelebihan mereka yang biasa hidup dalam kesusahan dan tidak mendorong mereka untuk membuat hutang.. Mereka ini lebih berharta daripada orang kaya yang banyak hutang..Semoga kita semua diberi kesempatan untuk melangsaikan apa yang sepatutnya sebelum kita melangkahkan kaki ke alam yang lain...AMIN..